Bila bawak Qhaliff gi kerja..

by - Isnin, Julai 18, 2016

 

Tengok jam dah pukul 9 pagi. Qhaliff masih tidur. Zahra pon gitu gak. Hurm.. tengok muka dia. Kesian. Dah beberapa hari tak keluar rumah. Mesti sangap je. Adik dia tak pe.. Asalkan ada makanan , dia mampu teruskan kehidupan !

Tanya wife.. Wife kata terpulang pada aku. Aku kena pikir masak masak. Apakah Qhaliff akan sopan di sana nanti atau akan buat karenah ? Hurmmm..

Aku nekad. Aku bawak dia ke Sunway Piramid. Tawakal je laa. Harap harap tak timbulkan masalah !

No toys ok ? Janji ? “. Pinta aku

Ok.. no toys. Nanti gi Legolanda , ok ? “. Jawab dia.

Jam dah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Set Waze. Destinasi Sunway Piramid. 11.30 sampai ! Hurmm.. Ada setengah jam nak mencari tempat tu. Aku dah la benci gi Sunway Piramid ! Huhuhuh.. Aku benci sesat dalam tu !

Enjin dihidupan. Muka Qhaliff terpancar gembira. Moga segalanya berjalan lancar..

Hurm.. tiba destinasi seperti yang dirancang. Event bermula jam 12 tengahari. Masuk ke dalam cafe.. dan.. Qhaliff mula tarik muka ! Arghhhh… Dia tak nak duduk. Dia tarik aku keluar. Aku dah rasa macam nak jadi Hulk dah. Salam pon tak nak.. Bual apatah lagi ! Dia wat bodoh dia jer.. Geram pulak aku..

Tujuan aku bawak dia sebab nak kurangkan beban wife di rumah jaga dua dua superheroes ni.. Huhuh.. Tunggang langgang rumah dibuatnya..

Maka terpaksa aku keluar dari cafe dan cari premis yang ada jual mainan ! Aku ternampak AEON.. dan ke sana …

image

Dan dapat ! Transformers lagi. Adehhhh… Pastu , terus berubah perangai dia.. Jadi mesra sangat ! Huhhh…

 

 

 

image

image

Suruh la buat apa saja ponn.. Dia ok jer ! Ikut jer ! Kecik besar kecik besar aku tengok dia.. Tapi bila tengok dia pastu.. Hurm.. sejuk hati.. Sekurangnya dia tak merengek bila tengok macam macam punya mainan ada kat area Sunway Piramid tu.. Dia amik tu jer.. Dah cukup untuk dia ..

image

Hurm… dia dapat tu.. Ok sampai ke rumah ! Takda masalah langsung. Suh makan .. minum.. ok jer ! Tak mintak apa apa dah. Hurm..

Terfikir.. lain kali , nak bawak lagi ke tak ? Ke bawah Zahra? Hurmm..

You May Also Like

6 comments

  1. Alhamdulillah sangat dah tu abg ben sebab Qhaliff cuma nak satu permainan je mood dah ok...syukur...

    BalasPadam
  2. Macam dah boleh buat koleksi transformers di rumah abg Ben. Lepas ni cuba bawa Zahra pula. Gilir2.

    BalasPadam
  3. mestila kena bg upah kat dia sbb temankan ayahnya keje kan. ayahnya tu pon wat keje tu banyakkkk dpt upah kan kan kan hehehe

    BalasPadam