Bila cerita pasal anak..

by - Rabu, Julai 27, 2016

 

Aku ada terbaca tadi mengenai satu post di blog.. Hurmm.. Bila kita bercerita pasal mengandung , anak.. apa saja laaa .. Sebelum post tu , kita kena pikir hati orang yang membacanya !

Betul jugak tu.. kalau kita nak post sesuatu yang memang kita berniat nak post tanpa ada niat nak riak atau menunjuk , rasanya baik batalkan la.. Tapi jika tiada perasaan tu.. aku rasa takda masalah pon ! Takut kawan terasa ? Kalau kita asyik nak pk apa perasan orang lain , aku rasa baik suruh kerajaan haramkan je media sosial atau biar je ustaz ustaz atau para pakar motivasi je ada akaun.. Kita baca je apa mereka tulis !

Aku tertarik posting kawan ni.. ada benarnya !

image

Kita post je la.. Selagi mana niat kita tu tak disulami gelak tawa syaitan , maka buat je laa.. Cam aku sendiri pon.. Aku post tu bukan sebab nak kasi sapa sapa terliur sebaliknya ianya merupakan satu promosi dan juga gaya hidup aku.. Bukan mewah pon tapi sederhana sangat.. Nak kata mampu pon , tak la mampu mana sangat.. Boleh la hidup..

Soal anak.. Memang aku memahami sangat apa perasaan mereka yang takda anak tu .. tapi mereka juga ada post sesuatu yang kita sendiri tak mampu nak ada ! Acaner tu ? Segalanya berbalik pada hati.. Doa yang baik baik !

Jaga hati orang tu bagus tapi kita kena jaga hati kita dulu.. Kalau mereka jaga hati mereka , apa yang kita post , mereka senyum. Takda masalah pon !

You May Also Like

4 comments

  1. "Memang aku memahami sangat apa perasaan mereka yang takda anak tu .. tapi mereka juga ada post sesuatu yang kita sendiri tak mampu nak ada"

    betul juga. rezeki masing2 kan. antara cepat atau lambat. balik kepada hati. yang baik, sokonglah. yang buruk, abaikan. tak la seksa jiwa. hehe

    BalasPadam
  2. Kalau suka bacalah.
    Kalau tak suka takyah baca.
    Ok bai!!!
    Wall/blog aku suka hati aku kan...

    BalasPadam
  3. Setiap apa yang di kongsi oleh orang lain kita pilih yang baik ambil dan simpan...yang kurang baik jentik jauh jauh...begitu juga kalau kita kongsi harapnya yang baik kawan kawan manfaatkan dan yang sebaliknya buang jauh jauh..

    BalasPadam
  4. Setuju. sampai bila pun kita takkan dapat puaskan hati semua orang..

    BalasPadam