Bila TUA datang menjemput..

by - Ahad, Julai 31, 2016

image

Hari ni , aku gi ziarah orang tua aku. Kali terakhir aku ziarah , dua hari lepas..kalau tak silap aku. Kalau wife aku kerja , hari hari aku gi ziarah… Sekarangn dia ‘cuti sakit’ .. tak gi kerja dan aku kena jaga dia di rumah.. Dalam pemerhatian !

Hurm.. ayah dah menjangkau 75 tahun. Karenahnya , seperti Qhaliff. Manja.. Segalanya nak diminta anak anak buatkan. Setiap hari dia bertanyakan anak anaknya.. Kenapa tak datang lawat.. kenapa tak call.. walhal selalu je gi.. Rindu la tu.. Nak anak anak disampingnya..

Hurmm.. Aku dah 40 tahun. Kalau dipanjangkan umur , entah begitukah nasib aku.. aku pon tak tau ! Tapi yang pasti , kita perlu didik anak anak sejak dari kecil agar sayangkan orang tuanya. Jangan ‘sampahkan’ orang tuanya ! Dan segalanya bermula dari tunjuk ajar di rumah ! Betul asuhan , inshaAllah.. tak perlu risau.

Tapi isunya bukan tu jer.. ada antara kita terlupa diri makin tua ! Bersikap macam budak budak lagi ada la ! Kekadang naik pelik aku ! Apakah tak sedar diri makin tua ? Penyakit dah mula singgah ! Lutut dah mula mengeletar tapi perangai makin mengalahkan budak budak ! Ni satu masalah ni.. Aku risau aku jadi macam tu gak ! Risau sangat..

Maka .. ada beberapa jenis orang tua yang bakal kita hadapi dalam dunia ni! Orang tua tak sedar diri ! Atau orang tua yang sedar diri.. Tu baru 2.. ada banyak lagi… Cer kasi contoh jenis orang tua yang ada atas muka bumi ni ?

You May Also Like

2 comments

  1. masa tua jika diijinkan oleh Allah swt tentu kita semua tentuakan menghampiri juga pada kita, tinggal kita pilih hendak menjadi orang tua yang mana

    BalasPadam
  2. Ziarah makan orang tua lebih utama daripada melawat makan orang jauh.. Di tempat saya masih banyak yg melupakan makam orang tuanya sementara makan jauh disambangi,,Miris...

    Thanks for sharing
    http://anwariz.com

    BalasPadam