Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 19 Julai 2016

Caj parking naik ! Wajarkah ??

 

Tepuk dahi aku ! Aku mampu berdoa agar event event blogger tidak di tempat tempat seperti yang tertera di bawah ni tetapi aku rasa laa.. rasa laaaa.. sedikit demi sedikit , semua tempat akan terlibat !

Apa alasan mereka ? Gunakan pengangkutan awam ??? Apakah pengangkutan awam di ibukota berada dalam tahap begitu baik ?? Kalau begitu , aku cadangkan juga semua menteri dan juga big boss menteri guna je pengangkutan awam. Jangan risau.. kita akan bagi laluan khas untuk mereka.. Asalkan sama sama guna pengangkutan awam..  Lambat ? Pandai pandai la atur masa..

image

Petrol naik.. nak turun , tunggu alasan terbaik.. Tapi yang pasti , bila naik je , semua harga barang terlibat sama. Bila turun , cuma petrol je turun..

Dulu aku pengguna tegar pengangkutan awam. Tapi baru baru ni , tambang semua dah naik.. aku kena kira balik.. Berbaloi ke guna pengangkutan awam atau baik guna je kereta ! Lebih kurang jer ! Malah lebih cepat !

Atau dah tiba masa aku guna basikal untuk bergerak ! Tetapi masalahnya.. Jalanraya kita adalah sebahagian dari trek Formula 1 yang takda penamat !

Buntu beb ! Buntu !! Katanya rakyat diutamakan ! Tapi ni macam.. hurmm.. Entah laa…

** Berhijrah ke Perth ? Huhuh.. Jual nasi lemak kat sana pon best !

3 komen :

Mezquita Lifestyle berkata... [Reply to comment]

semua dzh naik, jap lagi rakyat naik HANTU..
rakyat diutamakan semuanya propa dah lari konsep sebab dah terlalu banyak lubang yang nak dituup.. dek kerana perbuatan sendiri.

Usry Norie berkata... [Reply to comment]

Tak berapa berani nak komen. tapi memang akan membebankan lagi mereka yang terlibat.

Nooraini Ali. berkata... [Reply to comment]

suka naik kenderaan sendiri walaupun motor, senang nak bergerak sana-sini.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI