Geligata , Gegata , Kelopak Garam atau Ludah Pontianak antara namanya !

by - Khamis, Julai 07, 2016

 

Wife aku kasi satu artikal.. aku baca. Pasal menda yang sedang kejap ada kejap takde di badan Qhaliff hingga naik ke muka ! Bengkak ok !! Terus tak kacak di pagi raya. Nak amik gambar pon tak kasi.. huhuh..

Aku baca dan aku google lagi.. Macam macam pendapat , cara dan juga punca dikatakan berlakunya geligata yang tak kira usia nak kena ni !

Hurmm..

Dalam istilah perubatan , ianya dipanggil Urticaria yang mana ianya tindak balas sistem imun disebabkan oleh alahan tertentu. Urticaria atau gegata adalah sebahagian kulit yang terlibat menjadi bengkak , menebal dan kemerahan akibat alahan pada sesuatu samada habuk , sengat serangga atau makanan laut

image

Pakar mengatakan..

image

Qhaliff dah masuk hari kedua .. Hilang bila aku pakaikan losyen Tea Tree Oil Magic Body dari Cosmoderm ni. Tapi bila bangun pagi , dia mula ada balik ! Ada dua punca aku syak. Satu , bila panas.. Dua atau sejuk ! Aku tak pasti sebab wife suka matikan aircond selepas subuh. Tak pasti la masa tu kot atau sebelum lagi dah ada.. Hurm..

Esok kalau ada gak.. memang gi klinik la jawabnya. Nak kena cari klinik area Kota Baru , Kelantan ni la jawabnya..

You May Also Like

7 comments

  1. Mandi air garam. Inshaa Allah hilang bengkak tu..

    BalasPadam
  2. Hu3..ad yg kata kna ludah di hantu...tp xmlarat...cpt sembuh..miang dan gatal jgk tu klu kna...sian qhalif..ariraya xselesa.sakit gatal2

    BalasPadam
  3. Anak pernah kena.mandikan air garam kasar dgn bacaan surah.boleh jd gatal.tp anak kami doc dh bg ubat gatal sesiap yg jenis sirap tu skali.

    BalasPadam
  4. Cuba tenyeh gatal2 tu dengan daun bonglai.layurkan kat api dulu then lumur ke badan anak sampai lumat.

    BalasPadam
  5. kalau kes sebegini, biasanya pesakit memerlukan antihistamin. Untuk kana-kanak berumur 5 tahun ke atas yang boleh makan ubat biji, biasanya akan diberi tablet piriton dan ubat sapu (calamine lotion).
    langkah sampingan yang perlu dilakukan ialah, pastikan punca terjadinya masalah tersebut dan cuba elakkan. Contohnya jika di tempat tidur, maka perlulah diganti cadar, selimut dan sarung bantal. Basuh dan ganti dengan yang lain. Jika boleh, tilam dan bantal tu tolong jemur di bawah sinaran cahaya matahari.
    Jika disebabkan oleh tersilap makan, cuba elakkan dari mengambil makanan tersebut.
    InsyaAllah jika 'urticaria' itu jenis biasa, ia akan hilang dalam tempoh 1-2 hari.
    Sekian dari saya: http//:usryabdullah.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Saya dulu pernah kena mungkin dlm beberapa tahun sekali pun tanpa sebab, skrg anak perempuan pula 'mewarisinya', pun tanpa sebab. Saya dulu selalu tuam, Alhamdulillah OK. Bila pat anak, Saya Cuba juga, kdg kurang tapi kalau tak, bawa ke klinik dan diberi ubat sapu & antihistamin. Punca mungkin dari udara yg kurang bersih atau tempat tidur yg berabuk. Seringkali terjadi pada yg ada allergy...

    BalasPadam
  7. Cumur minyak kelapa je Abang Ben. Minyak kelapa tu kalau tak de, boleh buat sendiri. Ambik santan letak dlm peti sejuk. Bila santan tu beku, ia akan ada 2 bahagian. Satu bahagian yg putih seputihnya (kepala santan), dan satu lagi kurang putih. Ambik yg putih seputihnya tu, masak sampai jadi minyak. Tak lama pun, sekitar 10 minit atau kurang. Pastu cumur kat tempat bengkak tu. Saya pun baru je kena. Dah selamat sembuh dah. Bau pun wangi je.

    BalasPadam