Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 7 Julai 2016

KLINIK PRIMER , antara terbaik di Kelantan !

 

Kalau aku tulis terbaik , nanti ada tanya ..

“ Ko dah gi semua klinik kat Kelantan ni ke , boh ? “. Payah gak nak menjawab kan ? Maka , untuk keselamatan di masa hadapan , maka aku tulis je antara yang terbaik ! Play safe kata orang Jawa.. Tapi kalau ikut bintang , aku boleh bagi 5 dari 5 bintang !

Aku mula kenal klinik Primer ni dari satu projek amal yang team KBBA9 terlibat baru baru ni. Yang tu , Klinik Primer Cherang.  Menurut adik ipar aku yang aku mintak dia tolong uruskan projek tu , klinik tu mmg cantik dan tersusun. Wah…

image

Dan tadi.. nak dijadikan cerita , aku dan wife nak bawak Qhaliff ke klinik sebab penyakit geli gata dia tu.. Tercari cari gak la klinik area Kok Lanas yang buka.. Ada satu tapi orang memang ramai laaa..  Terpaksa naik ke bandar Kota Bharu.

Melalui Wakaf Che Yeh.. aku ternampak Klinik Primer yang bersebelahan dengan CIMB Bank. Aku nampak ada selipar di luarnya. Tertanya sendirian aku..

“ Ni macam klinik yang terlibat ngan projek KBBA9 ari tu jer? Tapi tu kat Cherang.. Ni kat Wakaf Che Yeh.. “.

Aku tanya wife aku. Nak patah balik atau nak tengok kat area bandar jer ? Dia bagi jawapan yang aku rasa macam baik aku cakap ngan robot jer !

“ Ikut abang je la.. “.

Jawapan begini biasanya membuatkan ramai suami mati dengan lebih cepat ! Dah la dia yang memandu kereta.. dia gak kena pikir ! Dia gak buat keputusan.. Jadi apa apa , dia gak dipersalahkan ! Arghhhh…

Ok.. aku nekad.. Patah balik. Buat U-Turn… Hehehehe.. Dan terus memandu ke Klinik Primer Wakaf Che Yeh. Tengok dari luar , aku terbayang beberapa klinik yang ada di KL. Mesti harga double punya nii.. Maklumlah , cuti raya kan ? Aku baca notis di luar , katanya buka juga waktu raya.. Hurmm.. Tak pe la.. Asalkan Qhaliff sihat, dah la..

Wife masuk. Aku duduk dalam kereta . Zahra tidur. Malas nak masuk dalam jugak. Dalam kereta sejuk. Dalam klinik mesti panas.. Menangis lak dia nanti.

image

Kemudian wife bagi gambar kat group whatsapp famili. Aku tengok gambar tu..

“ Uihhh.. lawa klinik ? Takkan kot ? Macam hotel tuuuu… Huhuhu… “.

image

Tak lama kemudian , wife keluar dengan Qhaliff. Ceria Qhaliff.. Dan wife bercerita dengan penuh rasa cam tak percaya ! Hahahaha.. Katanya cantik sangat klinik tu. Tandas bersih. Kemudian bila jumpa doktor , doktor pulak baik. Cakap lembut dan memang doktor pun smart dan kemas ! Patut klinik dia macam tu…

Arghhhh… Rugi tak masuk. Kalau aku masuk , abis semua sudut aku amik gambar ! Wife bercerita mengenai hiasan, susun atur.. memang tak percaya la klinik ni terletak di Kelantan. Maklumlah , ramai masih ingat Kelantan ni mundur ! Sebab tu aku tulis pasal ni gak !! Kasi tau.. haaaa.. Jangan tengok sebelah mata woooo ! Klinik ni setaraf klinik berbayar mahal di KL nun !

Aku tanya harga.. semua ubat termasuk ubat batuk aku , cuma RM61 jer.. ada 4 jenis ubat kesemuanya.. Murah laaa kan ? Dengan keselesaan gini.. takkan nak mintak RM1 kot ??

Aku check Facebook.. cari kot kot ada fan pagenya.. Adaa ! Klinik Primer Wakaf Che Yeh !

image

Aku skodeng jap Fan Page mereka.. Gulp..

image

Menarik ! Korang godek la sendiri yer.. Memang bagus la doktor doktor di Klinik Primer ni ! Tak kira cawangan Wakaf Che Yeh atau Cherang , mereka telah lakukan tugas dengan cukup dedikasi , ikhlas dan terbaik ! Tahniah !

Pasni , aku confirm jadi pelanggan tetap di Klinik Primer andai aku berada di Kelantan.. hehehe.. Tetiba sakit perut lak.. Adeh..

5 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Menariknya klinik ni....

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Skali pandang mcm ala ala spa plak

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

wah..terbaik..:)

Zuraiza Yusoff berkata... [Reply to comment]

Assalmualaikum...En. Ben
Setelah diteliti..baru sy cam...doktor yg bertugas tu..Dr Arif memang bekas pelajar USM...
Sangat baik dan mesra alam orangnya...

Izzat berkata... [Reply to comment]

Yup...klinik Premier Wakaf Che Yeh tu... Compare Klinik lain di kelantan dia terbaik .. Kami sekeluarga pesakit tetap..walaupun kami doktor... selesa ...AA

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI