Merayu sakan nak berhutang tapi bila nak bayar ..

 

Realiti gambar ni !

image

Masa nak pinjam , merayu sakan. Keluar air mata darah ! Tapi kenapa masa nak bayar tu.. hurm… buat bodoh jer ? Tak malu ke ?? Kalau tak malu kat orang tu , tak malu ke kat Allah ? Ke memang jenis tak reti malu ???

Kalau tak mampu nak bayar .. kenapa tak hubungi dan beritahu yang tak mampu nak bayar ? Tapi ni senyap jer ? Malah ada pulak yang siap blocked no tel , facebook dan sebagainya ! Kenapa semua ni boleh berlaku ? Nak elakkan dari kantoi eh ?? Kata tak de duit tapi boleh pulak shopping bagai ?

Tolong laa.. jangan kaitkan dengan Allah ketika nak bagi alasan ! Sepatutnya cerminkan muka tu dulu sebelum nak kaitkan dengan Allah !

Serius aku tak paham.. Aku pun pernah gak susah ! Pernah gak tak de keje ! Tapi takda la hidup mewah bagai ! Harta benda aku gadai untuk bayar hutang ! Takda la pulak nak berlagak tunjuk mewah walhal pinggang tu , dikelilingi hutang ! Agak agak la skit..

Nasihat aku .. kalau nak hidup aman damai.. tenteram .. bayar hutang kawan kawan ! Selagi tak bayar , kawan kawan dok marah.. maki hamun dalam hati.. bayangkan itu jadi doa untuk korang ! Fuh.. tak takut ke ?? Lebih lebih jika punya anak !

Banyak sangat terjadi kesi gini. Adik aku yang juga pemandu bas sekolah.. kata dia part nak kutip duit sewa bas memang mencabar ! Terutama bila dah berbulan tertunggak ! Fuhhh.. boleh meraung kat situ gak wooo !

Kekadang aku terfikir.. Kalau hutang dah beribu.. perlu ke guna peguam untuk kutip hutang ? Alang alang nak berdarah , kasi terus naik mahkamah ! Nak sangat kan ?

8 ulasan:

  1. Mungkin jenis yang kena ugut baru tau nak bayar utang kot.

    BalasPadam
  2. Kan.. Geram sangat la taktau nak buat apa. Kita pun kadang-kadang sesak juga nak guna duit. Sampai kita pula jadi segan dah nak minta. Huu sedih la

    BalasPadam
  3. memang betul sangat tu...sama-sama ambil pengajaran

    BalasPadam
  4. aku tak bagi dh org nak berhutang..

    malas dah nk menyupah dlm hati ni..haha

    BalasPadam
  5. elakkan berhutang jika tak mampu membayarnya

    BalasPadam
  6. Tapi kalau family sendiri yang berhutan tapi tak bayor2..macam mana nak buat tu

    BalasPadam
  7. aku lebih takut hutang dari hantu...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009