Sampai bila aku nak bekerja ?

by - Jumaat, Julai 15, 2016

 

Selepas subuh.. aku memerhati di luar jendela.. Belum jam 7 pagi tapi kereta dah mula memenuhi jalan raya ! Hari ini Jumaat. Pasti ramai dalam mood amat gembira sekali. Esok cuti ! Ahad cuti !! Pastu keje balik ! Adehh..

image

Teringat aku satu tika dulu.. Kehidupan aku banyak dihabiskan di dalam ERL dan PEJABAT sehinggalah aku terfikir..

“ Sampai bila aku nak macam ni ? Sampai pencen baru nak rasa keindahan kehidupan ini ??? “

Bila aku bergelar blogger.. baru aku tau betapa luasnya dunia ini dan kata kata ini menambahkan lagi keyakinan aku..

image

Dan baru-baru ni , ayah aku ada bagitau pasal Bill Gates. Dan aku memang tau mengenainya. Sangat mengagumkan sama sekali. Teringin nak jadi begitu gak.. hehehe.. Tidur pon dapat duit ! Hahahaha..

image

Tapi betul la kata kata dia ..

image

Simpan duit dari sekarang.. Bila anak anak dah kenal dunia , bawak diorang pusing dunia.. hargai kehidupan ini dan belajar bersyukur dengan melihat negara orang…

Persoalannya.. bagaimana ? Hehehe.. Sebenarnya ada idea dalam kepala aku cuma tunggu masa jer.. InshaAllah.. Sekurang-kurangnya aku dah amik langkah pertama.. Aku tak perlu ada rutin yang sama setiap hari.. Rutin yang boleh bikin aku stress sangat ! Huhh.. Nasib baik laaa aku pandai cari sesuatu yang boleh bikin hilang stress ketika tu.. hehehe.. Usha awek kat lrt.. Awek yang sama ! Tengok apa dia pakai hari ni.. esok.. lusa.. hahahahha ..

You May Also Like

4 comments

  1. Yup... betul tu... LeYa pun sedang merancang untuk ke arah itu. Kearah bebas kewangan, masa dan ada bersama keluarga

    BalasPadam
  2. abg ben... saya pun tengah fikir untuk lebih maju dan berjaya... Tak nak makan gaji je sampai tua. Nak jadi cam Bill Gates juga tidur pun duit masuk. Tapi.... abg ben, boleh tak visit blog saya juga.
    https://billabellabell.blogspot.my
    Sy hari-hari baca post abg Ben. Nak jadi blogger berjaya cam abg ben jugak.

    BalasPadam
  3. Bestnya kalau tidur pun duit masuk kan..

    BalasPadam