Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 15 Julai 2016

Selamat Tinggal SengHeng !

 

image

Hurmm.. Wife ajak beli aircond satu lagi. Nak letak dalam bilik tidur bawah. Bilik yang dia akan abiskan masa untuk berpantang nanti. Aku tanya dia.. nak beli kat SengHeng lagi ke ? Terus dia rejek mentah mentah ! Cari jer tempat lain ! Boring dah ngan SengHeng !

Sebelum ni , aku tak nafikan yang SenHeng mmg bagus ! Tapi kes aku yang mana aircond yang rosak sebelum Tahun Baru Cina ari tu , tak selesai sampai sekarang.. aku malas dah ! Jaminan 5 tahun ! Selepas Qhaliff lahir , baru beli. Qhaliff baru 4 tahun.

Dah 2 kali buat report. Dua kali jugak orang diorang datang check. Mula mula kata , void waranty sebab ada orang bukak. Walhal masa datang check tu , kata barang dalam rosak ! Tunggu ada spare part. Nanti 2 minggu diorang call balik..  Sebulan.. dua bulan.. takda apa apa ! Wife buat follow up. Kata diorang , aircond tu dah void warranty sebab ada orang lain bukak ! Huhhhh.. Ari tu tak kata apa apa pun ??? Tiba-tiba bagi jawapan gitu ! Aku tanya tang mana voidnya ? Takda jawapan.. Wife mintak orang diorang datang sekali lagi dan buat pemeriksaan ! Kalau void , nak tau tang mana ..Diorang janji nak datang semula..

Tunggu punya tunggu.. lama la gak ! Datang laaa sorang lagi technician. Check.. Dia kata barang dalam rosak ! Kena tunggu spare part.. 2 minggu lagi dia call ! Hehehehe.. Itu sebelum puasa ! Sekaranng dah raya ! Dari Tahun Baru Cina sampai skang.. Aircond aku tu tersadai gitu jer !

Kepercayaan aku pada SengHeng , dah lebur !  Bukan tak mampu panggil technician berbayar tapi aku nak tengok tang mana warrantynya cover ! Kalau betul void , kasi la bukti.. takda pulak ! Asyik tukar jawapan jer.. So ok laa.. Ternyata jaminan bertahunnya tak leh pakai ! Maka , aku malas dah nak beli kat diorang !

Selamat Tinggal SengHeng.. Bye bye.. Adios Amigos bebeh ! Selama nni aku dok promote kata SengHeng bagus kat kawan kawan blogger.. tapi segalanya sia sia belaka.. hukkk.. sedih aku SengHeng buat lagu ni !

Nanti beli aircond baru jer..

1 komen :

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

xbaik wat cenggitu kat customer tau, sengheng! choii..!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI