Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 10 Julai 2016

Syif malam di hospital..

 

Esok sekolah bermula.. Mereka yang bercuti panjang pun akan mula kembali mengadap boss yang dicintai. Heheheee.. Disebabkan aku ini suri rumah yang tak bekerja , maka akulah memikul tanggungjawab menjaga ayah aku sebelah malam.. malam ini.. Malam esok , tak tau sapa.. Aku nak jaga tiap malam pon , aku bukanlah muda 20an.. Dah 40 wooo ! Aku pun tak sangka dah cecah 40.. Dulu start blogging , umur 32.. Huk.. huk.. muda bergetah masa tu.. Lagi pun , ada anak bini gak kat rumah tu… Mengandung lagi haa.. kan ? Sian kena drive sendiri esok.. hurmm..

image

Di hospital.. aku nampak masalah parking dah selesai ! Alhamdulillah.. Senang sangat nak parking skang. Wad ayah aku betul betul sebelah bangunan tempat letak kereta ni.. Tak payah menapak jauh jauh dah sekarang ni.. Huhuh..

Polis Bantuan yang bertugas pon takde la garang garang sangat.. Selagi ikut peraturan , takde masalah.. Begitu juga dengan jururawat.. setakat ni , Alhamdulillah..

Hurmm.. dua pesakit yang kelmarin ada di wad ayah aku ni , dah takda.. Pakcik sebelah ayah aku ni masih ada.. Menurut dia , diorang dah dipindahkan ke tingkat atas. Dan ada pesakit baru kat sini. Tak interview lagi. Rasanya orang Indonesia gak..

Pakcik ni , masih ditemani isterinya. Setia menjaga suaminya. Bagusnya. Bukan mudah nak dapat isteri cam ni.. Siang malam ada.. Datangnya pulak naik teksi. Sekali naik , RM30 tak lari katanya.. Dari Ampang… Hurmm..

Inilah ciri ciri wanita yg patut dicari bila nak dijadikan isteri. Cari yang boleh menjaga kita di kala susah.. Bukannya nak kat kita sebab muka kacak atau duit banyak. Bila masuk wad, upah orang je jaga.. Hurmm.. Tu pon kalau dia nak upah.. Kalau tak , harap kat nurse je.. Huhh !

image

Perkembangan ayah aku.. Air katanya dah tak keluar. Darah tinggi stabil. Kencing manis pun ok katanya.. Esok tunggu doktor datang check dan bagi kata putus. Boleh balik ke tak.. Zahra dah mencari atuknya ni.. Huhuh..

Korang.. yang merokok tu , jaga la kesihatan skit. Bila sakit , bukan korang je susah.. Abis semua orang terlibat sama ! Kang kalau tak jaga masa kat wad , tangkap syahdu.. meleleh airmata.. takda orang nak jaga.. takda kawan datang lawat.. haaaa.. Nak harap nurse .. bukan selalu dia leh nak jaga ko jer ! Hurmm..

Ok.. sambung nanti.. Nak save bateri..

1 komen :

Usry Norie berkata... [Reply to comment]

Tujuh tahun saya merasa pahit manis bekerja shift malam di Hospital di Jabatan kemalangan dan kecemasan Hospital...... KL. Perit juga sebab 4 malam berturut2 kena kerja dari pukul 9mlm sehingga 7 pagi. Nasib baik, sempat la lelap di kerusi depan kaunter untuk 1 atau 2 jam tanpa gangguan. nasib tak baik, strat dari pukul 9mlm samapi 7 pagi tak semapt nak lelap mata langsung. lepas satu, satu kes yang datang.
Yang seronoknya, slepas shift malam, dapat cuti 3 hari... campur dengan 1 hari 'day off' dan 1 atau 2 hari public Holiday yang masih belum 'claim', tu dia... satu minggu direct saya cuti. Rindu juga zaman tu, tapi sejak dah tua dan 'naik pangkat' ni, rasa tak sesuai dah untuk kerja shift malam.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI