Tiada gadet , kemaruk tv pula ?

 

Television bukan gadget yer ! Ada yang anggap tv tu gadget ! Sila fahami maksud gadet tu. Ahaaa.. Kalau tv tu gadget , maknanya panggung wayang tu pon gadget la gak ! Adehh.. Hahahaha..

Hari ni , tak keluar gi mana mana. Aku rasa cam malas sangat nak keluar. Penat kot ? Dah dua hari berturut keluar.. Maka siang hari ni nak duduk rumah jer.. Tunggu malam..

Dan budak budak ni ? Tak usik langsung handphone aku atau mak dia ! Waduh.. cekal sungguh la terutama si Qhaliff !

image

image

Apakah mereka kemaruk tv ? Aku rasa takde pon.. Tv tu jadi teman bila diorang tak tau nak buat apa dalam rumah. Nak selongkar permainan , dah abis selongkar dah.. Nak makan , dah makan dah.. Maka , tv je la jadi sasaran. Malam baru belajar ngan ibu. Daddy kalau ajar , macam ajar kat ipta ! Confirm student dua orang ni  menguap..

Ada yang tanya aku.. Kalau makcik pakcik datang rumah , budak budak ni confirm pinjam handpone mereka.  Dan diorang kasi pulak ! Huhuh..

Nasihat aku la… kalau tau anak anak buah suka pinjam phone.. sila la sorok dari mereka. Off data ke , remove game ke .. Sama sama membantu. Jangan jadi tukang galak sama. Sian anak buah kita tu..

Aku ngan anak anak buah , memang garang. Takat nak tengok kartun yang aku download , tu ok jer.. Game ? Tiada .. Tu pon kasi bila bateri tinggal bawah 50%. Sekejap je akan jadi 0 !

5 ulasan:

  1. bgus la kalau bdk2 tak sentuh gadget pun ok..

    BalasPadam
  2. Betul yang dewasa kena sama sama sokong kawal...sebabnya kadang anak anak tak nak main gadjet ibu ayah sebab ibu ayah dah warning siap siap..tapi sedihnya ibu ayah tak warning anak anak bila main gadjet saudara mara...pakcik makcik..makin galak lagi ada...PC ralat bila tengok situasi macam tu...

    BalasPadam
  3. Kartun kat tv sekarang best2. Yang dah besar ni pun kadang2 kemaruk TV. Hehehe

    BalasPadam
  4. kemaruk TV xper.
    its better than gajet.

    BalasPadam
  5. gajet dan tv itulah dunia kanak2 atau remaja masa kini...cuma mak bapak kena pandai uruskan supaya tdk menjadi melampau..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.