Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 14 Julai 2016

Wife darah rendah !

 

Wife ada darah rendah. Sejak mengandungkan Qhaliff lagi dia ada isu ni. Dan dia amik macam macam suppliment untuk  kawal tekanan darah dia.. Aku lak ada darah tinggi ( terpikir gak.. gabungan dua darah in , anak dapat darah normal kah ? Huhuh.. )

Hari ni , wife gi kerja memandu sendiri. Aku terlalu penat dah ulang alik kebelakangan ni.. Ulang alik rumah ke hospital .. balik Kelantan. terlalu penat memandu..

Dan pagi tadi dia kasi mesej..

“ Tak leh jalan. Tetiba tadi rasa menyucuk bhgn bawah perut. Nak gi klinik jap.. “

Aduhhh… Kereta ada satu jer. Aku nak g sana pon tak leh. Kunci rumah lak, semua kat dia ! Aku terkurung dengan anak anak ! Semua kunci dia terbawak. Termasuk kunci spare ! Hurmm..

Katanya dia leh handle lagi.. Gi Klinik Azalea jer. Dekat.. Kalau gi hospital kerajaan , mau kena tahan katanya.. Dan tak lama kemudian aku terima mesej dari wife..

image

Doktor tak kasi dia buat kerja umah.. dukung anak ! Kena rehat jer.. Sebab takut bleeding ! Kalau bleeding , kena emergency czer ! Aku suruh berehat kat hospital.. dia tak nak lak. Takut tak leh jumpa anak anak..

Hurm.. pening aku..

9 komen :

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

kesiannya. dugaan isteri mengandung. moga kak zila kuat.

Afiq Halid berkata... [Reply to comment]

Teringat dulu masa mak mengandungkan adik, 3 bulan duduk di hospital sebab bleeding sampailah bersalin. Dapat pelepasan balik sebab nak sambut raya. Itu pun seminggu kalau x silap. Lepas tu masuk balik. Apa pun, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

Moga dipermudahkan segalanya buat wife Ben ..aaminn

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

:) dugaaan

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Subhanallah..sabar untuk setiap dugaan ya abg ben :(

Nooraini Ali. berkata... [Reply to comment]

Semoga tabah dan banyakkan zikir dan bacaan ayat quran.

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

perempuan mmg macam tu ben... nak warded tu memang susah...bercinta la nak gi.. kalau boleh bila bersalin tu siap je terus balik... lagi la bila dah ada anak yang menunggu kat rumah... semoga dipermudahkan urusan ben sekeluarga ye... dan kalau yang terbaik warded...cuba la pujuk...

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

Moga dipermurdahkan urusan dan diberi kesihatan yang baik...Insya'Allah..

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Dah merasa duduk hospital 2 bln masa mengandungkan si kembar, mmg kena kuatkan hati laa tiap hari rasa nak balik. Tambah plak kalau dah ada anak, konpem rindu. Tapi kalau doktor insist suh warded, pujuk laa Zila ye. 24hrs ada org monitor & kelengkapan semua ada dekat, tak yah risau bab tu.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI