Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 31 Ogos 2016

‘The Hipster’ POMADE atau GATSBY CLAY , pilihan aku ?

 

Pilihan utama aku satu tika dulu ialah , gel ! Mana mana gel asalkan kasi keras terpacak , memang aku suka ! Huhuhuh.. Cicak jatuh , confirm mati tanpa sempat ucap selamat tinggal punya ! Heeee..

image

Tapi sejak sejak dah masuk 40 an ni , nasfu nak pacak pacak ni , dah berkurangan ! Heheheh.. Aku nak tampak lebih kemas dan lebih kacak.. Aum.. Kononnya laaa. hahahha..

Ada satu ketika , Hipster jadi igauan lelaki di media sosial. Dan kemunculan  POMADE menarik minat aku untuk mencubanya. Ramai kata best dan wangi ! Wangi ??? Wahhh.. Rambut berbau wangi memang anak dara suka ! Hahahaha..

Ok.. aku nak try jadi pengguna setia gitu.. ! Aku order dari Sue Suraya sebab masa tu dia dok promote. Anaknya jual ! Dan memang ianya berbau wangi.. Aku tak tau berapa jenis bauan yang ada.. Yang aku punya , epal !

Dan pada masa sama , aku ada beli Gatsby Clay. Maklumlah , POMADE nak guna masa gi dating jer.. Hahahaha.. Gatsby nak guna masa gi event seharian. Haaa.. Ada perbezaan tau !

Kawan-kawan di Facebook pon ada menyatakan perbezaan tu ! Dan aku akuinya. Namun hanya salah satu menjadi pilihan utama aku. Yang mana satu pilihan aku ? Dan kenapa ?

 image

Aku takda masa nak kemaskan rambut terutama selepas wudhu’. Mana mana satu yang sesuai untuk aku , korang rasa ? Heheheh.. Dan aku rajin basuh rambut.

Aku suka guna…

Bersantai sambil bekerja di Tasik Titiwangsa

 

Ada meeting. Kalau berjaya , Alhamdulillah.. Tak berjaya , tak pe.. cuba lagi ! Yang penting , usaha.. kan ? Hehehe.. Dan berkat ! Penting tuuu..

Nak tinggalkan anak anak kat umah , macam tak best. Hari ni kan cuti umum. Alang alang , bawak je la gi beriadah kat sini.. Diorang pon lama dah tak lepak keluar.. Maklumlah , daddy banyak agendanya.

Aktiviti , main belon ! Hehehe.. Ingatkan nak naik helikopter tapi… cuaca tak best lak..

image

image

image

image

Dan kemudian , basikal lak.. Murah je sewa basikal kat sini.. Memang meriah la kat sini. Aktiviti sihat penduduk ibukota. Cuti digunakan dengan sebaik baiknya. Alhamdulillah…

image

image

Kul 7 petang , balik ! Oh yaa.. Bagi yang tak kenal sapa budak laki sebelah Qhaliff tu.. dialah baby pertama yang muncul dalam entri di blog aku ni dan mendapat sambutan hangat ! Hahahaha.. Entri apa ? Entri tahun 2010 dan mendapat 111 komen !  Baca BLOG AKU TELAH DIJUAL ! 

Petang… balik !

image

Selasa, 30 Ogos 2016

#Merdeka59 | Mendekati Nilai Nilai Positif

 

Esok , negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59. Ramai masih dok menyatakan dan mempersoalkan apakah kita benar benar merdeka ? Hurm… Apakah kita benar benar merdeka ??? Hanya korang jer boleh menjawabnya.. dengan positif !

Yer.. positif ! Amatlah penting kita mendekati hati yang positif ! Bagaimana kita nak positif ? Mudah saja. Kita berkawanlah dengan mereka yang positif minda dan perilakunya ! Secara tidak langsung , kita akan turut menerima impaknya.. kita akan turut positif , sedikit demi sedikit..

Mana lagi payah ? Nak positif atau nak negatif ? Minda yang negatif akan menghasilkan tubuh badan yang tidak sihat ! Asyik punya pemikiran yang keterlaluan dan adakalanya hingga nak bawa ke dalam mimpi ! Teruk sungguh !

Alhamdulillah… Allah telah menemukan aku dengan insan insan yang positif kebelakangan ini. Secara tidak langsung , aku juga turut berubah cara pemikirannya..

Kalau tak percaya.. cubalah buat.. Hati akan lebih tenang jika kita positif.. Kita jangan saja berfikiran positif tetapi perilaku kita juga mestilah positif ! Haa.. Jangan pandai cakap tapi tak reti nak buat ! Tak guna gak tuuu.. kan ?

Apa apa pun , jutaan terima kasih pada wakil blogger #KBBA9 yang sudi melawat ayah aku. Yer , aku tau.. dan aku positif ! Hehehehe..

image image

Puan Shiqeen Sattar dan Puan Nooraini Ali , blogger KBBA9 dan juga pegawai polis di Bukit Aman.. Semoga kehadiran mereka dalam komuniti blogger yang aku tubuhkan ini memberi impak positif dan lebih maju ke hadapan !

Positif Ben.. Positif ! Bukan semua leh positif.. kan ? Hahahaha…

Lelaki dirasuk hantu ‘ Pokemon’ !

 

Hahahaha.. Aku ternampak posting ni di Facebook seorang rakan. Secara jujurnya , aku memang malas nak amik tau tapi tertarik pulak nak tonton kali ini..

Hanya sebab ada POKEMON , aku cepat cepat klik !

image

Apakah sebab POKEMON  , dia jadi gini ??

“ Rakaman menunjukkan seorang lelaki dirasuk ketika bermain Pokemon Go sambil meronta-ronta di lantai di Brazil. Lelaki itu menjerit 'Pokemon, Pokemon !'  sambil mengeluarkan suara watak-watak dalan animasi tersebut. “ - KINITV

Tapi yang pasti , memang ramai yang ‘dirasuk’ POKEMON sejak ianya ‘tiba’ di Malaysia. Hahahaha.. Pandai pandai la yer. Nak main tu , main la.. jangan sampai ‘lupa dunia’ dah.

Isnin, 29 Ogos 2016

Tempah suit di Sarto Di Moda !

 

Mudah ! Aku ingat payah ! Hahaha.. Aku memang teringin nak pakai suit lama dah. Maklumlah , selalu gi  majlis rasmi tapi pakaian agak kurang sesuai. Maka teringinlah nak ada satu pasang yang moden dan menarik.. Heheheheee..

Peluang tu tiba-tiba menjelma bila tukang jahit terkenal di Bangkok, Thailand singgah ke Kuala Lumpur dan membuka tempahan buat mereka yang berminat !

Beberapa orang blogger dibawa jumpa Mr.Vik , pemilik Sarto di Moda dan seterusnya membuat ukuran untuk tempahan suit pilihan masing masing.

image

image

image

Ukuran dicatit oleh Mr.Vik sendiri. Sangat teliti orangnya.

image

Selesai mengukur.. masa untuk pilih kain lak ! Mr.Vik akan syorkan pada kita fabrik mengikut bajet serta kesesuaian kita. Dan fabriknya memang berkualiti dan selesa untuk dipakai.

Ada banyak sangat pilihan.. Nasib baik Mr.Vik banyak membantu aku dalam memilih fabrik yang sesuai dengan aku..

image

image

Pemilihan material dan fabrik dah selesai. Tiba masa untuk design suit yang aku inginkan. Nak yang terkini atau aku ada rekaan tersendiri ? Hahaha.. pastinya aku amik yang terkini la.. Kang aku kasi rekaan tersendiri , mau gak nampak pelik.. Hahahaa.. Dan menariknya , dia mampu meniru mana mana rekaan suit yang terkenal di dunia ! Tunjukkan je design padanya.

Dan sekali lagi Mr. Vik menolong aku dengan memberi contoh design yang sesuai dengan aku. Sangat berpuashati aku dibuatnnya. Selesa dengan caranya.

Siap ! Baju kemeja dan suit akan siap dalam tempoh yang dijanjikan.. Tak sabar nak tengok hasilnya.

Selepas sebulan lebih , suit aku siap ! Dia pos terus ke blogger blogger yang terlibat. Tak sabar nak try.. Huhuhuh.. Masa aku amik tu pun dan macam tak percaya jer.. Fabriknya memang sedap dan selesa !

Amacam ? Sesuai tak dengan aku ? Haaa.. Menarik kan ? Aku kata dahh..  Memang terbaik Mr.Vik ni.. Patutlah dia antara tukang jahit yang terkenal di Bangkok malah dia sering ke luar negara untuk mengambil tempaha?

image

image

Haa.. jom tengok jahitan dan fabrik yang digunakan.. Amacam ?

image

image

image 

image

image

image

Berapa harga ? Suit ( Coat dan seluar ) bermula dari RM750. Jika nak kemeja lengan panjang yang ditempah , harga bermula dari RM120. Jika nak tempah kedua duanya sekali , harga promosi dalam RM850.

Nak tempah gak ??? Ok.. Kalau korang nak , korang boleh dapat diskaun hanya dengan menggunakan nama aku jer ! Huhuh.. Camana ? 

Hantar pesanan di Facebook Mr.Vik iaitu di Sartimoda , dan mention nama BEN ASHAARI dan korang akan dapat diskaun 5% !! Haa.. banyak gak tuuu wooo…  Boleh email ke info@sartomoda.com atau ke www.sartodimoda.com/malaysia.

Dan untuk pengetahuan korang , jika benar benar berminat nak buat suit dengan Mr.Vik ni , dia akan kembali ke Malaysia pada bulam March 2017 nanti. Jangan lupa buat temujanji dengannya terlebih dahulu. Sila email Mr.Vik yer..

Hehehe.. tak sangka.. ada dah satu suit yang cukup sesuai dengan aku ! Korang bila lagi nak ada ? Kalau dah ada.. buat la lagi satu.. hehehe…

Tergugatkah si angah dengan si sulung dan adiknya nanti ?

 

Setiap malam , Zahra akan turun tidur dengan aku di tilam bawah. Qhaliff dan ibunya , tidur di atas katil utama. Aku ‘terpaksa’ tidur bawah sebab tak muat nak tidur 4 orang sekali gus ! Hahahaha.. Tak lama lagi , tambah lagi sorang..

Zahra , bakal bergelar kak ngah. Garang sungguh dia tapi aku dapati kegarangannya adalah bersebab. Jika aku cakap dengan baik dan lemah lembuh , dia akan mengalah tapi bukan masa tu gak ! Beri masa sedikit pada dia.. dia sendiri akan datang ‘menyerah kalah’ .

image

Anak no 2 memang ego tinggi eh ? Aku anak no 2 dan aku rasa memang Zahra ni seolah olah cermin diri aku. Dia punya keras kepala , sama cam aku tapi dalam masa sama sebenarnya , seorang yang lembut hati.. hehehehe.. kan kan ?

Dan yang pasti , Zahra memang cukup melekat dengan aku. Kalau dia bangun tidur , dia akan cari aku.  Kalau nampak aku , terus suruh dukung. Hurm.. Qhaliff takkan dapat peluang bermanja dengan aku. Huuhu..

Aku risau gak nanti. Bila ada adiknya nanti.. camana lak dia ? Tapi dia beruntung.. sebab adiknya nanti ialah lelaki. Maka dia tak tergugat sebab dia satu satunya anak perempuan ! huhuhh..

Anak no 2 kata orang punya keras hati , pendendam tapi seorang yang pemaaf.  Yeke ?

image

Jangan cepat kecam orang !

 

Bila aku ternampak berita atlit paralimpik viral , aku kagum dan bangga tapi kemudian aku tertanya.. Kenapa di Doha tapi bukan Rio ?? Bukan ke Olimpik baru-baru ni , di Rio ? Hurmm.. Aku biarkan jer la.. Malas amik tau… Kenapa ? Sebab aku bukak berita online seperti Sinar Harian , Harian Metro , takde cerita diorang ni..

image

Dan malam tadi , aku ternampak kawan aku update status di Facebooknya dan ianya melibatkan  ‘KJ ’ .  Apa isu lak kali ni ?? Macam menarik jer ni..

Aku pon search di Facebook.. Kemudian ternampak ‘KJ’ update status di Facebooknya.. Aku tersenyum. Kali ni , aku menyokong dia.. Hehehehe.. 

Aku baca ‘mereka’ yang menghentam beliau ‘kaw-kaw’ tanpa usul periksa ! Huhuhuh.. Apadaaaa ! Kan dah malu ! Lain kali , jangan cepat melenting dan cari salah orang. Periksa terlebih dahulu woooo !

Menurut Khairy Jamaluddin , video Ridzuan Puzi yang telah menang pingat emas dalam acara 100m T36 adalah  daripada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2015 dan bukannya di Paralimpik 2016 dan  Paralimpik 2016 yang dianjurkan di Rio belum bermula lagi.

Sekarang , sapa yang malu ? Kan dah tak pasal pasal viral hentaman tuan tuan tu ! Huhuhuh..  Nak baca lebih lanjut , sila ke FB Khairy Jamaluddin sendiri.

Ahad, 28 Ogos 2016

Bila anak anak kita dah petah berbicara..

 

Muhammad Qhaliff Iman , 4 tahun dan Zahra Nur Iman , 2 tahun. Belum pernah lagi pergi mana mana taska atau pengasuh jaga mereka.

Bila melihat anak orang lain di usia anak anak aku , kebanyakkan mereka dah petah bercakap. Mulut macam bertih jagung. Laju je cakap cam orang dewasa. Qhaliff pulak masih cakap Jerman.

Tetapi sekarang , dah makin ok percakapan dia malah sesekali dia akan cakap omputeh terutama dengan ibunya. Zahra , masih pelat tetapi dia suka meniru percakapan abangnya.. Kekadang rasa macam dapat anak kembar je aku.. Hahahaha..

image

Aku dapati cara untuk mengalakkan anak kita bercakap ialah dengan rajin membiasakan mereka dengan rakan sebaya mereka. Dedahkan mereka dengan persekitaran yang mereka selesa dengannya. Dan rajin berbual dengan mereka.

Tapi bila dah petah berbicara , jangan pening lak ! Mereka akan tanya pelbagai soalan pada kita dan pastikan kita menjawabnya. Jangan marah mereka kerana ini akan membuatkan mereka takut untuk bertanya pada kita lagi.

Dan ingat.. mereka mencontohi cara kita berbual ! Jangan terkejut.. bila gaya percakapan mereka , sama cam ibu bapanya ! Hati-hati.. Jangan bergaduh depan anak.. Jangan tinggi suara. Television dan gadget lak , adalah ‘guru’ merka.. Pastikan mereka tonton ‘yang elok-elok ‘ jer..

Selsema teruk ? Ini rahsia aku hilangkan selsema !

 

Kelmarin , aku selsema teruk gara gara berjangkit dengan Zahra. Qhaliff pon selsema jugak. Sebelum ni , aku dah jarang nak dapat selsema tetapi selepas ‘stok’ aku abis , selsema pon hinggap dengan jayanya !

Rahsia aku ? Heheheh.. Aku amalkan air detoks jer ! Setiap hari aku minum. Dan baru baru ni , stok lemon dan epal hijau abis. Maka aku tak dapat la minum air detoks tu. Kesannya , seperti aku kata tadi.. aku asyik bersin dan selsema ! Memang tak best sungguh.

Semalam.. Gi Alamanda dan aku daptkan stok aku. Selepas beberapa kali aku minum , selsema aku mula berkurangan dan akhirnya tiada.. Kecuali bila aku makan mee Ramen Samyang tu jer , hidung aku berair gara gara kepedasannya ! Hahahaha.. Giler pedas tul !

Camana nak buat air detoks tu ? Mudah sangat.. Cari lemon , epal dan habbatus sauda.. Potong dan campurkan dengan air mineral. Letak dalam peti ais.. Minum setiap masa..

image

Air detoks ni sesuai dengan aku. Aku tak tau la orang lain camana. Kalau selsema teruk , boleh la cuba.. Sekurang-kurangnya , mencuba kann…

Sabtu, 27 Ogos 2016

Bila-bila masa je boleh beranak dah !

 

Hari ni g check up lagi di Klinik Pakar Wanita Azalea. Seminggu sekali gi check kat sini. Terpaksa sebab wife ada masalah skit.. maka kena pantau setiap minggu.  Suka sini sebab doktor perempuan , parking mudah dan berada dekat dengan pelbagai restoran. Hehehe.. Kalau ramai orang , g makan.. Nanti staff call bila masa kita dah tiba..

image

Ketika sampai sini , budak budak dah tertidur dalam kereta. Maka wife turun sorang jer. Aku duduk dalam kereta. Lagi pun hujan. Hurmmm.. Kena tunggu reda dan diorang bangun.

Tak lama kemudian , Zahra bangun. Aku gi hantar Zahra ke mak dia. Dia nak tengok baby katanya.. Huhuh.. Qhaliff masih tidur. Dalam 10 minit kemudian , baru dia terjaga. Aku ajak dia turun masuk ke dalam klinik..

Sayangnya , wife dah masuk jumpa doktor dah.. Aku tak dapat nak tengok muka baby. Nak tak nak tunggu kat luar je la. Hurm.. Layan kan Qhaliff jer . Qhaliff pon boring sebab Zahra takda. Kalau Zahra ada , aku confirm jadi Hulk. Abis diorang jadikan klinik tu cam taman permainan. Budak budak.. kan ?

Wife keluar dari bilik Dr.Azimah.. Seorang doktor yang cukup lembut melayan budak budak dan juga pesakitnya. Memang boleh dibawa berunding dan tanya apa saja , InshaAllah akan dijawab dengan baik.

Aku bawa budak budak naik ke kereta dan wife uruskan bahagian dia. Seminit kemudian , dia sampai. Aku pandang dia dan bertanya apa berita terkini ?

“ Dah 37 minggu. Bila bila masa je boleh beranak. “ .

Aku tergamam ! Kenapa ??? Dalam kepala aku , projek untuk blog tengah banyak sekarang ni ! Adehhhhh… Acaner eh ? Kalau aku kena outstation , sapa nak jaga ? Kena pulak tuuuu.. dekat nak Raya Haji dah !

image

Hurm.. Aku rasa , aku kena dah bersara awal dari dunia blog ! Takda orang nak jaga budak budak ni.. Huhuh.. Walaupun ada yang offer , aku tak berani nak tinggal diorang ni.. maklumlah , tak pernah berpisah !

Maka.. aku jaga ketiga tiga la eh ?? Blog ? Aku.. aku.. hurm…

Jumaat, 26 Ogos 2016

Tak pedas langsung pun mee Ramen Korea tu !

 

Akhirnya aku tergoda juga untuk membeli mee Ramen ni. Dan teringat yang aku pernah makan juga mee Ramen ni hasil dari pujukan si BeautifulNara ketika ke Korea bersama sama dibawah tajaan Samsung, tahun lepas . Abg Nara tu , duduk bertahun lamanya kat Korea. Maka dia tau mana tempat halal di makan.

Dan mee Ramen ketika aku makan tu , giler punya pedas ! Kali pertama aku tak berjaya abiskan mee sesedap gituuu !

image

Apakah mee Ramen ni sepedas macam kat tempat asalnya ? Tu yang aku nak tau tuuu.. Aku beli dan… hehehehe..  Wife geleng kepala jer ! Maklumlah , dah berpuluh kali gi AEON Alamanda , ni kali aku membelinya ! Selalu tengok jer.. Aku memang dah tak beli mee segera berbulan lamanya.. uuhuh.. Nak kurus katanya..

Ok… Malam ni , makan malam aku ialah mee Ramen ni. Aku masak sendiri. Rakan rakan suruh buat live masa makan tapi aku tak nak.. Mana bolehhh !  Kot kot pedas sungguh kee .. haaa… berciciran air hidung keluar tanpa henti ! Mana sempat nak stop ! Haa.. Viral nanti.. Baru ada akal aku ! Hahahaha..

Aku buat kasi basah skit..  Kering , tak syiok aar ! Dan dua bungkus sekali gus ! Dia punya bauuuu. Fuh ! Terus wife yang sedang tidur , bangun dan mintak tinggalkan skit !

Aku makan dulu.. Rasanya macam mee tom yam pon ada gak.. tapi pedasnya lebih ‘mendalam’ ! Suapan ke dua.. Ok lagi.. Masuk  4,5 kali suap… peluh mula keluar ! Setitik demi setitiik ! Aku nak lari cari susu yang ada dalam peti ais.. tapi aku tahan lagi.. Aku cuba makan sesuap lagi.. Tetiba rasa bibir macam Ning Baizura dah !

image

Ok… Pedas !! Aku cari susu untuk melegakan kepedasan di bibir aku tu ! Dan berjaya ! Fuhhh..

image

Baiklah.. aku mengaku ! Mee Ramen memang pedas sangat ! Kalau 20 tahun dulu , mungkin aku leh tahan la.. mungkin bibir aku dah season kot ? Hahahaha ..

image

Ok.. korang memang patut cuba ! Buat mereka yang kaki pedas.. patut cubaa !

Kelainan juadah sarapan dan makan tengahari di Restoran Anjung Selera , Seremban 2.

 

Lama dah aku nak cari makanan selera melayu yang menepati tekak aku ni ! Kalau jumpa pon mesti ada yang sedikit ‘kekurangannya’. Dan baru-baru ni , kak D’Laila ada ajak aku makan tengahari di sebuah restoran yang pernah dia menimba ilmu dalam dunia masakan ni.. Katanya restoran ni memang ok sangat la kalau mereka yang teringin nak makan masakan kampung.

Restoran Anjung Selera di Seremban 2… dekat dengan Colombia Asia Hospital atau lebih tepat lagi di Oakland Business Center.

image

image 

Dari luar , restoran ni nampak biasa jer.. Tetapi bila aku hampiri jer pintu masuk.. aku tersenyum ! Banyaknya pilihan lauk pauknya ! Semuanya  kelihatan menyelerakan sungguh !

Sampai aku tak tau nak amik lauk mana dulu.. Sedap sedap belaka ! Dan akhirnya aku tau camana nak buat.. Aku kena test bihun goreng dia dulu.. Kalau bihun goreng dia sedap , maka yang lain InshaAllah sedap !

Aku amik bihun… dan ! Huhuhhu.. Bihun basah gitu. Aku suka sungguh la bihun basah gini.. Tak suka kering !

image

image

Selepas selesaikan bihun , baru aku pusing tengok lauk pauk untuk makan tengahari.. Masa ni baru jam 10 lebih.. Mengikut Puan Faridah , pemilik Anjung Selera ni.. lauk makan tengahari akan siap dalam jam 11 pagi dan ketika tu ramai dah datang dan bungkus. Jam 1 tengahari , ramai dah datang dan banyak lauk sedap sedap akan selesai sudah ! Huhuhuh..

Apa saja masakan ikan keli , adalah feveret aku. Kalau sedap ikan keli ni , makaaaa… restoran ini akan aku singgah selalu.. InshaAllah.. Huhuh..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Banyak lagi makanan. Tak sampai hati lak nak letak banyak banyak gambar makanan.. Sian kat geng luar negara yang baca entri ni.. Hehehe.. Rindu nanti kat tanah air.. kan kan ?

Ok.. Bagi mereka yang nak gi ke Restoran Anjung Selera ni , mereka bukak setiap hari di awal pagi hingga petang. Malam tak bukak.  Jika nak tau lebih lanjut atau nak tanya apa apa.. sila LIKE page Restoran Anjung Selera, Seremban 2. dan beralamat di No. 597, Jalan Haruan 4/8 Oakland Commercial Center, 70300, Seremban 2.

Dibuka juga untuk tempahan catering…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI