Anak dara demam lak..

by - Jumaat, Ogos 12, 2016

 

Tetiba.. takda angin takda ribut.. Rabu lepas aku demam ! Tak cukup rehat gamaknya ? Lepas makan ubat , rasa lega la skit.. Malam tu , Zahra datang tidur ngan aku. Terasa badan dia cam…panas skit !

“ Aku demam ke , dia yang demam ni ? “ . Bisik hati kecil aku. Aku pujuk hati.. biarlah aku je demam. Kalau dia demam , hilang ceria rumah ni. Dia suka menyanyi.. menari.. kacau abang dia.. dah kasi tumpah ais krim ! Kalau demam , dia duduk diam jer.. atau nak melekat ibu atau bapak dia !

image

Sah dia demam.. Semalam , asyik menangis. Tak senang duduk dia.. Aku kena dukung.. Badan terasa bahang. Termometer , dah 7-8 kali beli.. semua dah rosak ! Tak abang kasi rosak , adik dia ! Tak kasi.. meraung kaw kaw.. Hurmm..

Lepas makan ubat demam.. baru lena tidur sampai ke siang.. Ni demam lagi.. Kang g klinik , check.. Hurmm.. Sana sini tak sihat.. Huhuh.. Ujian buat aku..

You May Also Like

3 comments