Bila JDT ada kapal terbang sendiri..

by - Rabu, Ogos 03, 2016

 

image

Dulu aku tak beberapa nampak hala tuju TMJ dengan JDT ni. Ok , secara jujurnya aku bukan peminat Liga M dan mana mana Liga dalam dunia ni. Aku dah ‘bersara’ dari bolasepak lama dah.. Kecewa dengan aktiviti rasuah dan perjudian melibatkan bolasepak tempatan dan juga antarabangsa.

Tapi aku senantiasa memerhati perkembangan JDT. Sememangnya ramai kecam terutama part membeli pemain. Agaknya mereka terlupa , ini kelab profesional ! Serupa macam Real Madrid , Manchester United atau mana mana kelab di dunia ! Beli pemain bertujuan untuk menaikan nama JDT ! Bila nama ada , banyak bisnes boleh buat !! Tak semestinya bola sepak jer ! Ini adalah salah satu strategi yang cukup bijak.. Mulakan dengan sukan dunia dan di Malaysia , sukan ini sering dipolitikkan dan mendapat nasib yang agak malang apatah lagi syarikat syarikat besar tidak berminat untuk menaja liga ini. Sangat malang !

Pemain pemain bolasepak negar kita , memang berbakat besar ! Seusia 12 tahun hinggalah ke 23 tahun , kita punya pemain pemain yang cukup berbakat besar ! Tapi apa jadi selepas mereka masuk ke liga utama.. Krikkk krikkk….

Nasib baik ada JDT ! JDt pantas hidu peluang dan beli pemain. Dengan cara ini , pemain berbakat besar mampu ke peringkat lebih tinggi dengan kelab bertaraf profesional ! Kannn !

Bila JDT ada kapal terbang sendiri.. apa lagi alasan untuk pemain tidak cemerlang ??? Kan kan ? Tahniah buat TMJ dan JDT ! Semoga kejayaan mengiringi JDT dan pasukan yang benar benar ingin cemerlang !

You May Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah..terima kasih abg ben memberi respon yang positif pada JDT..syukur..moga orang lain juga sentiasa memberi aura positif pada usaha yang dilakukan TMJ..

    BalasPadam
  2. Betul betul.. setuju kata abang ben. Dulu memang tak nampak hala tuju JDT. masa tu boleh assume JDT byk membazir. But bila compare dgn kelab2 luar negara baru tau apa sbnrnya yg di rancang TMJ utk JDT... :)

    BalasPadam