Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 3 Ogos 2016

Blogger bakal disaman Menteri Besar ?

 

image

Tu diaa ! Abis seluruh ‘persatuan blogger’ mendapat tempias ! Huhuhuh.. Apa kes ni ??

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau masih berhak menyaman blogger yang menuduh beliau bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri sekalipun blogger itu sudah memohon maaf.

"Memang dia sudah minta maaf dan tarik balik dakwaan yang dibuat...tetapi saya masih berhak untuk saman beliau kerana fitnah itu telah merosakkan reputasi saya," kata Azlan.

Menteri Besar itu berkata fitnah yang sengaja ditimbulkan blogger itu adalah serius kerana ia tidak hanya melibatkan rakyat di Perlis tetapi juga seluruh Malaysia.

Fitnah itu dilaporkan terkandung dalam sebuah artikel tulisan blogger tersebut bertajuk 'Pemimpin Umno Perlis Terlibat Salurkan Dana Gerakan Mahathir Jatuhkan Najib'.

Azlan menyatakan hal ini kepada pemberita sejurus selepas penangguhan persidangan hari kedua Dun hari ini. – Bernama “

Nasihat..  Nak update cerita tanpa bukti kukuh terutama isu politik atau orang perseorangan ni memang bahaya ! Silap silap , jadi fitnah ! Huhhh..

Bahaya zaman ni ! Fitnah di hujung jari jer. Hari ni kawan , esok lusa jadi musuh dan tersebarlah pelbagai fitnah yang mengaibkan ! Moga rakan rakan blogger berfikir panjang sebelum melakukan apa apa jua tindakan yang akan memudaratkan diri sendiri !

8 komen :

anis abdullah berkata... [Reply to comment]

senang citer usah blog pasal politik dan perkara2 sensitif. tak guna rating naik pastu kena saman....hehe itulah yang saya elakkan.

ZULHILMI TEMPOYAK berkata... [Reply to comment]

makan diri.. uhuhu

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Respect Pak Habib @ Syed Hussin Al Attas penulis isu politik yang tersohor. Tidak gentar menulis kerana dia hanya menulis perkara yg benar. Pernah disaman dan ditangkap kerana tulisan beliau tapi Allah Maha Berkuasa yang benar pasti menang!.

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Respect Pak Habib @ Syed Hussin Al Attas penulis isu politik yang tersohor. Tidak gentar menulis kerana dia hanya menulis perkara yg benar. Pernah disaman dan ditangkap kerana tulisan beliau tapi Allah Maha Berkuasa yang benar pasti menang!.

Usry Norie berkata... [Reply to comment]

Tak boleh nak kata apa dah. Kalau kena saman, naya je. Tapi kalau citer tu betul, ada bukti, blogger tadi makan besar.
Saya suka tulis cerita bisness je..

Azura Mendezz berkata... [Reply to comment]

Isu semasa x semestinya politik pentadbiran negara semata2..tapi xboleh nak salah kan blogger tu jugak..ada manusia dilahirkan dgn pemikiran yang tipikal..well..serve him right! =P

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

blogger mana ni. semoga dipermudahkan urusan

Shahida Dzulkafli berkata... [Reply to comment]

Bila terlalu mengejar rating.. semua isu nak di up dekat blog.. Inilah padahnya bila isu menjadi fitnah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI