Gillette lancar Mach3 terbaru !

by - Isnin, Ogos 22, 2016


Bertempat di Talent Lounge , PJ Trade Centre semalam , Gillette dengan rasminya telah melancarkan satu lagi bilah pencukur yang lebih tajam  untuk memberikan hasil cukuran yang lebih kemas dan bersih lalu menampilkan kulit muka yang hebat !
Apabila bercukur dengan pisau cukur pakai buang yang biasa , keadaan kulit akan terjejas dan akan menyebabkan kesan kemerahan dan kerengsaaan.
Gillette Mach3®, Mach3® Sensitive dan Mach3® Turbo , dibuat khas untuk lelaki yang pentingkan kekemasan Ianya lebih baik daripada pisau cukur pakai buang biasa walaupun pada cukuran ke 10.
image
Gillette Mach 3_0002
Fahrin Ahmad selaku selebriti jemputan sendiri mengakui akan kelebihan bilah pencukur terbaru dari Gillette ni.
“ Saya percaya alat pencukur yang betul boleh memberikan kulit yang hebat. Kita perlu mendapatkan pisau cukur yang sesuai untuk hasil yang hebat. Apabila anda memberikan hari dengan kulit yang hebat, minda anda juga akan memfokus untuk melakukan perkara yang hebat ! “
image

3 Manfaat Utama  Gillette Mach3® Turbo
1. Bilah yang lebih tajam yang menggunakan daya potongan yang lebih rendah dan rasa lebih selesa bila bercukur.
2. Teknologi salutan bilah yang lebih maju.
3. Bar Gel yang dipertingkatkan untuk memberi pelinciran dan luncuran yang lebih baik.

7 Ciri-Ciri Utama Rangkaian Gillette Mach3® Baru
1. 3 bilah berbanding 2 bilah pencukur untuk memberikan hasil cukuran yang lebih kemas dan tahan lama.
2. Bilah yang disambung dengan spring menambahkan keselesaan cukuran.
3. Pelindung kulit yang lembut.
4. Pangsi hadapan yang mengalihkan daya dari tangan dan meningkatkan keselesaan kulit
5. Binaan terbuka membolehkan katrij dibilas dan dibersihkan dengan lebih mudah.
6. Pemegang ergonomic memberikan pegangan yang selamat dan kawalan yang bagus dalam keadaan basah.
7. Sistem cantuman tunggal yang menyambungkan pemegang ke katrij dengan mudah dan memenempatkan pencukur pada posisi optimum di atas kulit
image
Dan Fahrin Ahmad membuktikannya.. serta 2 lagi hadirin dijemput untuk turut serta..
image
image
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Singapura dan Brunei , En. Ong Yuh Hwang..
Gillette faham bahawa kulit yang hebat bermula dengan cukuran yang hebat , terutamanya apabila sedang bersedia untuk acara yang penting di mana kita perlu memberikan penampilan yang terbaik. Kami juga faham bahawa kesan kemerahan dan kerengsaan akibat bercukur dengan pisau cukup pakai buang yang murah boleh menghalang anda dari mendapat kulit yang hebat, “.
Majlis dimeriahkan lagi dengan satu game yang meriah di mana melibatkan Fahrin serta hadiran.
image
Terbaik dari Gillette untuk lelaki seperti aku ! Heeee.. Penting jaga raut wajah wooo !

You May Also Like

5 comments

  1. Boleh belikan untuk Abang Man nie.. :)

    BalasPadam
  2. Suh Gilette keluarkan produk untuk pompuan lak

    BalasPadam
  3. menarik lah produk baru gillete ni..
    boleh beli utk suami..

    BalasPadam
  4. boleh syorkan ke angah ni . sian dia pernah luka sebab guna pencukur bese je

    BalasPadam
  5. Memang pengguna setia walaupun janggut, misai dan bulu roma x lebat..haha haa

    BalasPadam