Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 16 Ogos 2016

Hancurnya sebuah perniagaan kerana…

 

Semalam , aku ada singgah makan sebentar di sebuah restoran.. kat E-Curve, Damansara. Ni kes terpaksa makan sebab dah terlalu lapar. Hehhehehe.. Terpaksa !

image

Dan masa sama, terpaksa mengejar masa. Pelanggan di restoran tu , ketika itu.. tak de orang ! Aku bertanyakan beberapa soalan. Soalan mudah jer.. Tapi aku rasa cam cakap dengan SINGA ! Muka masa dan balasanya tiada berintonasi. Mendatar ! Huk alohhhhh ! Rileks laaa..  Tau la nak balik dah tapi janganlah layan kami ni macam.. Hurm.. Oh ya , aku dan 2 orang rakan blogger ! Kalau tak kerana kelaparan dan mengejar masa , aku dah blah dan cari restoran lain !

Masa makanan dihantar pon tiada sebarang ucapan ! Aku tengok di skrin tv restoran tu.. Rasanya bukan milik restoran tempatan ni.. Tapi sayangnya , pekerjanya ‘orang tempatan ‘ yang tak reti nak meraikan pelanggan ! Haihh..

Teringat juga beberapa hari lepas aku ke Alamanda. Gi sebuah premis terkenal.. Begitu juga keadaan. Bila masuk dalam tu , muka pekerja macam.. TERPAKSA BEKERJA DI SITU ! Pelik aih.. Dan satu kesilapan mereka ialah , aku kenal ‘orang besar’ premis tu.. Terus aku hubunginya melalui whatsapp.. Bukan berniat buruk tapi ramai kot pelanggan kuar masuk situ.. tapi dengan  muka pekerja-perkerja macam tu ,  semua orang akan keluar dan pergi ke premis lain !

Gara-gara orang macam ni laah…. banyak perniagaan alami kerugian dan seterusnya , TUTUP KEDAI ! Ubahlahhh… bukan anda bekerja di situ PERCUMA ! Tak suka , berenti kerja dan buka bisnis sendiri. Pastu , buatlah muka macam tu dan tengok sendiri.. apakah anda mampu mendapat keuntungan atau sebaliknya  ?

9 komen :

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Muka kena paksa kerja kan ben...selalu jumpa...terkadang rasa macam apa salah kita kan...patutnya dia ada istiqomah dalam pekerjaan...masalah peribadi tak boleh campur aduk dengan pekerjaan...

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

ralit dok tengok henpon, pelanggan kat tepi pun tak peduli dah... huhuhuhuu...

Azura Mendezz berkata... [Reply to comment]

Masa mintak kerja..semua boleh..bila dah dapat keje..apa pon xbolehhhh..

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

kalau masuk kedai yang pelayannya buat tak nampak dan buat muka macam mmg jam tu gak kuar balik... biar tak makan pon tak pe...

eima berkata... [Reply to comment]

tu belum lagi yg tak reti ckp melayu ngan bi nk amik order keh keh keh

Nooraini Ali. berkata... [Reply to comment]

kalau ummi dpaat [ekerja mcm ni. dah lama kena sekolah!! geram aihh, duit gaji nak, kerja main-main. hish

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Sedih kan bila perniagaan dah elok pekerja pulak buat hal..ermm

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

mereka perlu diberi penekanan lagi. etika sambut pelanggan. org layan baik, dari tak beli terus nak beli tau..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

PC dengan suami kena jeling pun pernah...huhuhu...bila kita tanya dia cakap mcm nak tak nak..suara dengar tak dengar..kita nak kepastian..layan macam kita ni seolah olah hari hari datang makan free..sedihnya la...ralat hati..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI