Hancurnya sebuah perniagaan kerana…

by - Selasa, Ogos 16, 2016

 

Semalam , aku ada singgah makan sebentar di sebuah restoran.. kat E-Curve, Damansara. Ni kes terpaksa makan sebab dah terlalu lapar. Hehhehehe.. Terpaksa !

image

Dan masa sama, terpaksa mengejar masa. Pelanggan di restoran tu , ketika itu.. tak de orang ! Aku bertanyakan beberapa soalan. Soalan mudah jer.. Tapi aku rasa cam cakap dengan SINGA ! Muka masa dan balasanya tiada berintonasi. Mendatar ! Huk alohhhhh ! Rileks laaa..  Tau la nak balik dah tapi janganlah layan kami ni macam.. Hurm.. Oh ya , aku dan 2 orang rakan blogger ! Kalau tak kerana kelaparan dan mengejar masa , aku dah blah dan cari restoran lain !

Masa makanan dihantar pon tiada sebarang ucapan ! Aku tengok di skrin tv restoran tu.. Rasanya bukan milik restoran tempatan ni.. Tapi sayangnya , pekerjanya ‘orang tempatan ‘ yang tak reti nak meraikan pelanggan ! Haihh..

Teringat juga beberapa hari lepas aku ke Alamanda. Gi sebuah premis terkenal.. Begitu juga keadaan. Bila masuk dalam tu , muka pekerja macam.. TERPAKSA BEKERJA DI SITU ! Pelik aih.. Dan satu kesilapan mereka ialah , aku kenal ‘orang besar’ premis tu.. Terus aku hubunginya melalui whatsapp.. Bukan berniat buruk tapi ramai kot pelanggan kuar masuk situ.. tapi dengan  muka pekerja-perkerja macam tu ,  semua orang akan keluar dan pergi ke premis lain !

Gara-gara orang macam ni laah…. banyak perniagaan alami kerugian dan seterusnya , TUTUP KEDAI ! Ubahlahhh… bukan anda bekerja di situ PERCUMA ! Tak suka , berenti kerja dan buka bisnis sendiri. Pastu , buatlah muka macam tu dan tengok sendiri.. apakah anda mampu mendapat keuntungan atau sebaliknya  ?

You May Also Like

9 comments

  1. Muka kena paksa kerja kan ben...selalu jumpa...terkadang rasa macam apa salah kita kan...patutnya dia ada istiqomah dalam pekerjaan...masalah peribadi tak boleh campur aduk dengan pekerjaan...

    BalasPadam
  2. ralit dok tengok henpon, pelanggan kat tepi pun tak peduli dah... huhuhuhuu...

    BalasPadam
  3. Masa mintak kerja..semua boleh..bila dah dapat keje..apa pon xbolehhhh..

    BalasPadam
  4. kalau masuk kedai yang pelayannya buat tak nampak dan buat muka macam mmg jam tu gak kuar balik... biar tak makan pon tak pe...

    BalasPadam
  5. tu belum lagi yg tak reti ckp melayu ngan bi nk amik order keh keh keh

    BalasPadam
  6. kalau ummi dpaat [ekerja mcm ni. dah lama kena sekolah!! geram aihh, duit gaji nak, kerja main-main. hish

    BalasPadam
  7. Sedih kan bila perniagaan dah elok pekerja pulak buat hal..ermm

    BalasPadam
  8. mereka perlu diberi penekanan lagi. etika sambut pelanggan. org layan baik, dari tak beli terus nak beli tau..

    BalasPadam
  9. PC dengan suami kena jeling pun pernah...huhuhu...bila kita tanya dia cakap mcm nak tak nak..suara dengar tak dengar..kita nak kepastian..layan macam kita ni seolah olah hari hari datang makan free..sedihnya la...ralat hati..

    BalasPadam