Jangan cepat kecam orang !

by - Isnin, Ogos 29, 2016

 

Bila aku ternampak berita atlit paralimpik viral , aku kagum dan bangga tapi kemudian aku tertanya.. Kenapa di Doha tapi bukan Rio ?? Bukan ke Olimpik baru-baru ni , di Rio ? Hurmm.. Aku biarkan jer la.. Malas amik tau… Kenapa ? Sebab aku bukak berita online seperti Sinar Harian , Harian Metro , takde cerita diorang ni..

image

Dan malam tadi , aku ternampak kawan aku update status di Facebooknya dan ianya melibatkan  ‘KJ ’ .  Apa isu lak kali ni ?? Macam menarik jer ni..

Aku pon search di Facebook.. Kemudian ternampak ‘KJ’ update status di Facebooknya.. Aku tersenyum. Kali ni , aku menyokong dia.. Hehehehe.. 

Aku baca ‘mereka’ yang menghentam beliau ‘kaw-kaw’ tanpa usul periksa ! Huhuhuh.. Apadaaaa ! Kan dah malu ! Lain kali , jangan cepat melenting dan cari salah orang. Periksa terlebih dahulu woooo !

Menurut Khairy Jamaluddin , video Ridzuan Puzi yang telah menang pingat emas dalam acara 100m T36 adalah  daripada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2015 dan bukannya di Paralimpik 2016 dan  Paralimpik 2016 yang dianjurkan di Rio belum bermula lagi.

Sekarang , sapa yang malu ? Kan dah tak pasal pasal viral hentaman tuan tuan tu ! Huhuhuh..  Nak baca lebih lanjut , sila ke FB Khairy Jamaluddin sendiri.

You May Also Like

2 comments

  1. nampak sangat tak ikut perkembangan terkini para pengomen... takan taktau olimpik dan paralimpik tu mmg tak buat serentak ??

    BalasPadam
  2. Sukan paralimpik tak mula lg, fitnah dah merata-rata.. ape2 pun gd luck buat atlit paralimpik 2016..

    BalasPadam