Jika si ayah boleh dukung anak ,24 jam sehari !

 

Alhamdulillah.. Tak demam dah Zahra. Kalau dia demam , dia asyik nak suruh dukung ke mana saja nak pergi.. terutama dalam rumah ! Wife memang tak leh dukung dah dia.. Aku lak , kalau dukung dia.. Qhaliff pon nak jugak pastu ! Confirm akan bergaduh dua beradik. Tapi , nak tak tak nak.. aku kena dukung gak laa..

Ikhlas.. sebab dia anak aku.. Kalau bukan aku , sapa lagi nak dukung dia kan ?

image

Teringat ayah di rumah mak . Tunduk sayu sejenak.. Ayah ada seorang. Mampu dukung dua orang anak. Jaga dari kecil hingga besar panjang malah ada yang sampai ke kawin pon masih lagi ambik berat !

Bila si ayah sakit.. berapa orang anak sanggup ‘dukung’ si ayah lak ? Macam ayah aku.. sejak keluar dari hospital ni , dia tak boleh duduk setempat. Asyik nak kena bergerak sana sini.. Bila baring , dia nak bangun. Bila bangun, dia nak berjalan.. Bila berjalan , dia penat.. Nak duduk. Bayangkan.. tak sampai 5 minit , dia buat semua tuuu..

Nasib baik ada adik perempuan aku serta keluarganya di sana. Dialah banyak membantu. Tapi dia pon sedang sarat mengandung. Suaminyalah yang rajin ‘melayan’ ayah. Sabar melayan karenahnya. Terus terang , memang sangat mencabar jaga ayah… seperti melayan budak kecik yang teriak nakkan mainan !

image

Kes ni seperti dua tahun lepas. Di kala wife sarat mengandung , ayah juga kena jalani pembedahan kanser lidahnya. Aku jadi kelam kabut. Tak tau mana satu perlu didahului. Wife , takda orang nak tengokkan.. Takkan nak biarkan dia lak ? Dia mengandungkan zuriat aku ! Ayah.. pastinya insan paling banyak berjasa dan aku tak mampu membalas walau sebesar zarah sekali pun !

Baru aku tahu , camana jadi ayah ! Memang si ayah tak nak menyusahkan anaknya.. tapi di saat begini , si ayah memerlukan anaknya.. seperti si anak memerlukan ayahnya.. setiap saat !

5 ulasan:

  1. InsyaAllah abg ben,Allah bantu abg ben..tawakkal padaNYA..dan moga Allah permudahkan urusan abg ben untuk laksanakan tanggungjawab pada keluarga dan pada ibu bapa..amin...

    BalasPadam
  2. moga segala urusan aben sekeluarga dipermudahkan olehNYA... Insyaallah niat yang baik Allah akan sentiasa buka jalan penyelesaian yang terbaik...

    BalasPadam
  3. moga dipermudahkan urusan. Tanggungjawab kita kepada anak kita dan ayah kita.

    BalasPadam
  4. Mantap dan menyengat artikel ni.

    BalasPadam
  5. Ben berbakti pada ayah ben, ghaliff & zahra memerhati. InsyaAllah jika sampai masa ben & zila memerlukan, anak anak ben akan berbakti pada ben & zila plak.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009