Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 11 Ogos 2016

Kanak-kanak 7 tahun bergelar PROFESOR UNIVERSITI TERKEMUKA !

 

Hasil dari pembelajaran seusia 2 tahun.. hasilnya amat menakjubkan ! 7 tahun dah bergelar Profesor gituu ! Giler aaahhhh ! Tertanya gak.. apa yang diajar seusia 2 tahun dulu ? Mak dia kasi air penerang hati ke ? Atau sememangnya dah genius ? 7 tahun dah kerja dan gaji 5 angka ! Fuhhh…

Ok.. aku reka cerita jer ! Kenapa aku reka cerita ? Sebab satu je.. Aku dapati di zaman ni , ramai parents di Malaysia dah nak anak mereka jadi ‘profesor’ dan gadaikan zaman kanak-kanak mereka ! Terfikir juga aku.. camana kehidupan parents mereka di zaman kanak-kanak satu tika dulu ! Apakah sememangnya bergelumang dengan ensiklopedia dan menonton National Geographic serta Oh, My English jer ?

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri membesarkan anak. Aku tak nak masuk campur !

image

Kanak-kanak 7 Tahun Gila Akibat Terlalu Banyak Belajar

Tapi masalahnya , anaku aku juga akan turut terkesan ! Nanti masuk darjah 1 , jika tak setanding dengan pelajar lain.. kena duduk kelas belakang ! Kata ‘mereka’ , darjah 1 dah kena pandai membaca dan kenal angka.. Tu diaa ! Tahap pendidikan negara dah setanding negara moden ! Persoalannya , ye ke setanding ??? Setahu aku makin mengarut jer ! Malah ada guru-guru pun dah pening ! Kejap ubah sana sini.. Kelam kabut ! Yang jadi mangsa sapa ??

Aku pening. Memang seronok tengok anak anak kecil kita dah pandai ! Tapi bila dah pandai , diorang godek telefon pintar kita , komputer kita.. pastu apa jadi ? Haaa.. Kalau ada saluran yang lebih luas untuk kembangkan pemikiran serta pencapaian mereka , tak pe la gakkk.. kan ? Hurmm..

Tahun depan Qhaliff dah kena gi taska. Persoalannya , taska mana ? Kalau taska ‘biasa-biasa’ , ada yang kata.. nanti diorang belajar main dan menyanyi jer.. Membaca lom tentu boleh ! Kalau taska ‘mahal-mahal’ , inshAllah boleh membaca ! Atau duduk rumah je , aku ajar ?

Teringat aku di usia 7 tahun.. waktu tu , aku main guli , gasing , congkak , ting ting , galah panjang dan macam macam lagi permainan tradisional.. Sekarang ?? Main game ! Adussss…

4 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Minda kita masih dijajah dengan sistem pendidikan sekular. Walhal sebagai umat Islam kita sudah sedia maklum didikan agama itu yang utama jika mahu berjaya di dunia mahupun akhirat. Semoga kita adalah ibubapa mengutamakan didikan agama kepada anak-anak.

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Ikut yang Rasulullah SAW ajar..ya memiliki anak yang pintar itu impian ibu bapa..tapi jangan sampai merampas nikmat zaman kanak2 mereka..kesian mereka kerana itu hak mereka dalam meniti peringkat kehidupan.

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Betul...anak zmn sekarang kita yg risua nak lepaskan bermain sorang diluar bersama rakan tanpa pantauan dari mata kita...disebabkan kes culik yg byk tu membataskan mereka nak main permianan tradisional mcm dulu2...

sekarang hadap game...hmmm baik dari hilang didepan mata.

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

kan...kami ni skrg gigih nak ajar anak2 pemainan tradisi balik... walau cuma mainan peluk tiang...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI