Kanser mungkin dah ke otak..

 

Aku buat muka cool.  Ayah serta abang aku berada di sisi doktor mendengar penerangan doktor yang masih muda tu. Penerangan dia cukup berhati-hati.. Takut tersalah anggap oleh kami, adik beradik.

Ayah yang mendengarnya , seperti sudah redha. Tenang. Sesekali dia minta izin untuk berdiri. Tak boleh duduk lama.. berdiri lama dan juga baring terlalu lama. Nak kena bergerak senantiasa. Ke tandas , jangan cakap laa.. terpaksa pakai lampin orang tua dah dia .. Hurmm..

Kata doktor , kanser di paru paru tak pasti berpunca dari kanser lidahnya atau sememangnya dah ada di paru-parunya. Abang aku ada memberitahu doktor apa yang berlaku pada ayah.. Jawapan doktor.. tu pun tak beberapa confirm sebab belum dibuat scan di bahagian kepala.. mungkin kanser dah naik ke otak. Menurut sejarah sepanjang dia jadi doktor , ada seorang pesakit tu , punya 5 kanser di 5 tempat berlainan ! Maka tak mustahil kanser boleh merebak ke otak !

Masing masing senyap. Kimoterapi dan radioterapi tidak digalakkan sama sekali ! Dengan faktor usia serta punya beberapa penyakit sebelum ini , dia dinasihati untuk tidak menjalani radioterapi dan kimoterapi.

Hurmmm.. Ikutkan , dia boleh ditahan di wad tapi takde guna gak.. Dia nak balik ke rumah. Rehat…

Aku hanya mampu memandang dia jer dan berdoa..

image

14 ulasan:

  1. Ayah Ben ke?
    Allahuakbar..besanya dugaan.
    Semoga ayah Ben trm dgn tabah Dan redha

    BalasPadam
  2. Allahuakbar :'(
    Semoga Aben & keluarga sentiasa tabah dgn ujian ni..
    Ya Allah..Kau ringankan beban sakit En.Ashaari, Kau permudahkanlah segala urusannya ..

    BalasPadam
  3. Moga segalanya dipermudahkan. Moga Allah beri kesembuhan segera. Amin..

    BalasPadam
  4. Sabar dah bertabahkan abg ben ashari..

    BalasPadam
  5. Allahuakbar....

    Semoga Allah memberikan kesembuhan pada ayah....semoga keluarga juga tabah dan diberi kekuatan dengan ujian ini....

    BalasPadam
  6. Moga dipermudahkan untuk ayah ben & ben sekeluarga. Moga Ayah Ben kuat dan tenang menghadapinya...

    BalasPadam
  7. Allah..Allah..Allah..sebaknya rasa hati..

    BalasPadam
  8. Bergenang airmata baca ni.. semoga ben kuat untuk jaga ayah... jaga semampu yg boleh..semoga keluarga ben semua tabah...

    BalasPadam
  9. Semoga tabah menghadapi ujian.

    BalasPadam
  10. Ya Allah ... sedey sebak baca
    Hanya mampu doakan yang terbaik dan Moga dipermudahkan untuk Ayah Abg Ben dan sekeluarga
    Kuatkan tabahkan mereka menghadapi dugaan ini.

    BalasPadam
  11. Allahuakhbar...

    paling takut bila terpaksa duduk dalam keadaan yang sama macam ben skrg ni... semoga ada jalan keluar yang terbaik untuk merawat ayah ben... dan semoga Allah permudahkan jugak urusan seluruh ahli keluarga...

    BalasPadam
  12. berat mata memandang berat lagi diri yang menanggung. Moga Allah permudahkan segalanya buat ayah Ben dan semoga keluarga tabah dengan ujian ini

    BalasPadam
  13. Allahuakbar, moga aben sekeluarga kuat semangat demi ayah. Kita semua doakam yang terbaik, dan moga ada jalan untuk disembuhkan penyakit ayah... Amin...

    BalasPadam
  14. sy & adik beradik dh lalui saat mcm ni, sedeh ati bkn kepalang..namun demi mak, demi kami sesama sdri.. kami berusaha utk cuba sorok rs ati sdri dr arwah abh..bg support pd arwah abh & satu sama lain..
    mmg berat dugaan ni abg ben, semoga abg ben bleh kuatkan semangat..redha..dan kn ikhtiar selagi mampu..cuba la cellmax tu sedaya mungkin..
    sy doakan ayh abg ben sembuh dr penyakitnya..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI