Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 8 Ogos 2016

Kerana rokok !

 

Hurm.. Aku tak larat nak ‘cerita’ pada rakan rakan yang aku sayang dan kisah mengenai kanser yang dihidapi oleh ayah aku serta pesakit pesakit yang beradi di Hospital Kuala Lumpur yang mana aku sempat ‘ lawat ‘ mereka ketika aku menjaga ayah aku di sana..

Ayah aku , merokok dah lama. Di usia 73 tahun , dia sah dapat kanser lidah dan telah jalani pembedahan.

image

Pada awalnya , lidah dia seperti ada ulser. Kecik jer bentuknya. Jumpa doktor dan tiada yang merbahaya katanya. Tidak lama kemudian , semakin besar dan berbentuk seperti bunga! Jumpa pakar dan sah ada kanser tahap 1 ! Kalau tak silap aku , 1 bulan lebih dia ditahan di dalam hospital

Dan masih aku ingat lagi.. ketika hari dia jalani pembedahan , wife aku juga turut ditahan di hospital dan menanti masa untuk melahirkan Zahra ! Wife di Hospital Putrajaya dan ayah di Hospital Kuala Lumpur ! Bayangkan camana aku nak kena lari sana sini untuk jaga keduanya !

Sebab tu aku selalu kata pada rakan rakan yang merokok.. Jangan sombong ! Jangan ingat bila sakit , terus mati dan takkan susahkan sapa sapa ! Bila kawan kawan tak datang lawat , sentap. Bila takda sapa nak jaga ketika ditahan di hospital , sentap ! Tapi bila dinasihati , dimaki balik ! Haihhh..

Selepas pembedahan , ayah kena jalani radioterapi setiap hari ! Nasib baik rumah mak aku di Cheras ke HKL cuma dalam 7-8 km je . Kalau kena macam umah aku di Sepang tu ? Tu pun kami adik beradik bergilir-gilir hantar ke HKL.. hari hari selama sebulan lebih ! Seingat aku laa.. 2 tahun lepas kot !

Sangka kami , kanser dah takda. Cuba bagi ubat yang dikatakan mampu mengubat kanser tapi ayah tak nak minum. Dia lebih percayakan ubat doktor.. Nak kata apa .. ikut je laa..

Dan baru-baru ni ada dia tunjuk kat aku.. Bibirnya ada cam ulser ! Aku tak nak pk itu kanser. Aku positif. Aku kata cuma ulser biasa. Tak nak kasi dia susah hati.. Huhu..

Ulser tu makin besar dan bengkak..

image

Dan.. hurmmm… tak mampu aku nak ceritakan dalam ni. Cuma satu je aku pinta. Kalau benarlah korang , yang merokok tu.. sayangkan anak bini dan anak anak mahupun keluarga tersayang.. fikir fikirkanlah… Memang betul korang takkan susahkan orang lain tapi orang lain yang sayangkan korang tu takkan tengok saja  ! Dan sanggup ke nak ulang alik hospital ? Kalau berkemampuan , boleh duduk hospital mewah.. kalau tak mampu ? Hurmm.. Dan ingat , nurse takkan nak jaga korang 24 jam ! Nak tak nak , kena ada ahli keluarga jaga korang ! Fikir masak masak la yer ! Ni masanya nak mengubah sebelum terlambat !

“ Kalau aku tau cam ni punya teruk , aku tak mau merokok langsung “.

Kata ayah aku..

4 komen :

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Satu perkongsian pengalaman sebenar ben...terkedu baca...mcm suami juju tak merokok langsung...yg dihiraukan sekarang adalah rakan rakannya yang sekeliling perokok tegar berbatang2 rokok...yang menjadi perokok pasif adalah suami sendiri...Allahuakbar...minta dijauhkan...tapi kalau nak kena...nak buat cm ne kan...ujian Allah hari2...moga ayah ben segera sihat...faham situasi kena ulang alik tu...mujur keje sendiri senang...

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

Macam mana nak benteras masalah perokok tegar ni yea... dah macam2 nasihat dan contoh diberi tapi, bila berhenti sekejap, lepas tu... on balik merorok...

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Subhan Allah..

Rozita Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

simpati dengan ben dan family... semoga kalian kuat hadapi semuanya... cantik header blog baru...sapa buat?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI