Menang tapi aku kecewa..

by - Rabu, Ogos 17, 2016

 

Tahniah ! Moga emas jadi milik negara buat pertama kali..

image

Tapi benarkah sukan menyatukan kita , rakyat berbilang kaum ? Aku baca komentar di banyak fan page terutama akhbar akhbar online.. Komen komen berbaur perkauman merosakkan semangat serta mood ketika ini !

Di kala rakyat  ‘murung’ dengan isu isu skandal penyelewangan yang berlaku di kalangan ‘orang atasan’ , Olimpik telah menghilangkan perasaan itu setika. Tapi bila baca komen komen ( walaupun segelintir tapi sebenarnya agak serius ) yang tak sepatutnya keluar dari mulut rakyat negara ini sendiri , aku hampa.. Mood nak tengok Malaysia menang buat pertama kali pingat emas , tidaklah melonjak lonjak seperti insan lain.

Salah siapa ? Salah sendirikah ?

Apa pun.. semoga emas menjadi milik kita nanti.. Hanya EMAS saja akan dikenang.. Percayalah ! Tun Mahathir yang berpuluh tahun memerintah serta berjasa pada negara ini pon , ‘ghaib’ sekelip mata.. Maka , EMAS saja membuatkan anda dikenang dan menjadi lagenda.

Realiti di negara ini.. Telan sajalah ..  Oh , sukan dan politik tidak boleh dipisahkan.. Boleh dikatakan… politik memang tak boleh dipisahkan dari apa jua bidang.. kan kan ? Hahahaha…

Tahniah kontigen negara.. capai KPI !

You May Also Like

0 comments