Pingat Perak Olimpik untuk kita lagi..

by - Sabtu, Ogos 20, 2016

 

Berjuta rakyat Malaysia mengharapkan pingat emas buat pertama kalinya dalam Sukan Olimpik namun pingat perak juga rezeki kita.. Tak mengapalah.. Belum rezeki kita ‘merasai’ emas lagi.

Walaupun beregu lelaki negara itu telah berikan persembahan terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi kita. Tahniah buat mereka kerana pencapaian mereka itu ! Bukan mudah tapi mereka telah buktikan , mereka juga layak digelar jaguh dunia..

image

Dan sebelum itu , Dato’ Lee Chong Wei telah melayakkan diri ke perlawanan akhir dengan menewaskan seterunya sejak tahun 2008 lagi iaitu Lin Dan dalam satu perlawanan yang cukup sengit !

Apakah Dato’ Lee Chong Wei bakal membawa pulang emas setelah dua kali membawa pulang perak dalam dua kali percubaan mendapatkan emas ?

Aku yakin boleh !

You May Also Like

0 comments