Sabar dalam mendidik anak–anak !

 

Bukan mudah ! Jujur kata , aku sendiri pon kerap hilang sabar dengan anak anak aku ni. Rumah bersepah dengan mainan. Zahra lak , rajin tumpahkan air manisan , ais krim , makanan.. Fuhh ! Nasib dapat isteri rajin kemas rumah. Kalau dapat yang jenis pemalas ? Aku pon tolong kemas.. bukan tengok jer ! Huhuhu.. Cari isteri yang rajin tau ! Ada yang pandai berhias jer tapi malas kemas rumah ! Ok , tu isu lain..

Tapi sejak kebelakangan ni , Qhaliff dah mula bertambah jadi ‘abang ‘. Suruh basuh mulut adik dia.. dia buat ! Suruh kemas , dia kemas.. tapi selepas 4 kali arahan la ! Hahahaa.. SABAR !!

image

Diorang selongkar permainan lama. Cari yang boleh dimain bersama ! Bagusss.. Gadget , sesekali je main. Tu pun bila aku yang suruh. Selebihnya , gini je la.. dan layan kartun kat tv. Malam , mak dia ajar ngaji dan aku ajar workout.. eh ? Hahahaha.. Nak kasi Zahra jadi sprinter negara ! Dan Qhaliff .. hurmm.. Hee.. Gurau jer ! Hak mereka.

Abis main.. kemas balik !

image

Kita jangan bagi arahan jer.. Kena turut sama kemas ! Baru ‘jalan’ . Kalau sekadar jadi mandor , memang laaaa .. Didik bekerjasama  dari sekarang.. kan ?

4 ulasan:

  1. Cantik background baru..erk kita anak sorang pun penat kemas barang mainan dia. Belum terpijak malam2. Sakitnya tapak kaki.

    BalasPadam
  2. Tau xpa. Time depa punggah mainan tu aduhaiiii sabar je lahhhh. Masa tu otak-otak depa ligat dan kreatif

    BalasPadam
  3. Lepas main, kemas sendiri, baguih! Comei lah header baru ni. Tapi awat perut Aben slim sgt? hehehehe

    BalasPadam
  4. Jangan lupa bagi pujian lepas mereka kemas tu...
    nak lagi bagus, bagi stiker to aprreciate usaha mereka tu..
    lepas ni, tak perlu suruh pun mereka akan kemas sbb budak2 suka sgt dapat pujian and appreciation :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009