Sebab tu aku ‘malas’ nak tengok bolasepak !

by - Ahad, Ogos 07, 2016


image

Kecewa aku dengan insiden ni ! Tahap pencapaian bolasepak kita , tak semaju negara lain.. tapi bab gini , hurmm.. semaju mereka ! Apa dah jadi ? Tak boleh ke tonton bola sama sama ?? Duduk di tempat masing masing dan layan je bola tu ! Kalah menang , penonton bukan dapat duit ! Haishhh…
Ni antara sebabnya , aku malas nak layan bolasepak tempatan. Antarabangsa , lama dah aku pencen ! Sekurangnya, sebagai blogger.. aku berminat nak promosi bolasepak tempatan tapi bila melihatkan suasana bolasepak tempatan yang semakin ‘kenegerian’ aku hilang minat !
Hurm.. kes kes gini , memalukan negara kita. Nasib la ada sukan seperti badminton , hoki , lumba motor, basikal dan beberapa sukan lagi yang menaikkan bendera Malaysia di negara luar.. Kalau tak ?? Tak tau laaaa nak kata apa !
Yer.. aku tau.. aku tak patut jadikan ini satu alasan untuk ‘menolak’ bolasepak tempatan tapi  aku rasa.. cukuplah ! Letih dah aku nak rasa kecewa.  Sikap pemimpin persatuan yang tidak mencari jalan keluar untuk bersatu.. menambahkan lagi kekeruhan yang sedia ada !
Sukan Olimpik dah bermula.. dan berapa tinggi tahap sukan kita ?

You May Also Like

3 comments

  1. lama jugak x tgok. melainkan xdak siaran sgt. hehe

    BalasPadam
  2. Malu sgt mesti media luar negara sonok dok canang bola sepak kita ni cm ne kan...huhhh

    BalasPadam
  3. Meluat sebenarnya dengan sesetengah peminat bole sepak ni..semangat tu dah bagus, tapi macam over sgt.

    BalasPadam