Selamat Tinggal Pokemon Go !

by - Ahad, Ogos 07, 2016

 

image

24 jam selepas aku install aku dapati , Pokemon Go ni cumalah satu permainan yang.. hurmmm.. biasa jer ! Mungkin aku tak pandai main atau tak reti nak main ! Tapi bila memikirkan ‘data’ yang digunakan serta masa yang dihabiskan jika serius , hurmm.. baik aku google info terkini dan update dalam blog ! Lagi bermanfaat !

Aku dapati ramai kawan kawan dah download dan mencubanya. Ada yang post , jumpa Pokemon dalam masjid dan surau ! Hehehee.. Sekurangnya diorang ke masjid kan.. solat dulu pastu tangkap Pokemon. Aku tau.. ada yang fikir gitu.. Terpulanglah !

Aku gi Putrajaya malam tadi dan pasang Pokemon Go ! Fuhh.. Dasat ! Macam macam ada.. Pastu aku tutup ! Aku tak berminat ! Aku tak nak buang masa gitu jer ! Masa dengan anak anak lebih berharga.

Hurm.. Ini cara aku berfikir. Aku pernah ada PS2. Aku beli seminggu dan jual ! Kenapa ? Aku dapati duit tak keluar dari konsol atau tv bila aku menang walhal masa aku terbuang begitu saja ! Aku tau.. ada yang kata , abis tu.. aku duduk ngadap Facebook dapat duit ke ? Aku amik gambar dan post ke Instagram dapat duit ke ???? Dapat ok ! Berbaloi sangat ! Lepas la nak beli mainan kat anak aku.. beli jaket baru.. belanja keluarga aku makan dan beli ubat untuk ayah aku !

Dan terbaru… aku rasa banyak negara Islam dah pon umumkan yang Pokemon Go ni haram.. huhu.. Dan ramai kawan kawan di Facebook yang beragama Islam sentap ! Cuba korang search POKEMON GO di Facebook ! Dan baca komen ! Hurmm.. Menyedihkan ! Tu belum part mereka yang bukan Islam , mencaci maki ! Hurmm..

image

Segalanya bersebab ! Dan jangan jadi ‘kurang bijak’ dengan mengaitkan dengan rasuah , arak , zina , maksiat dan sebagainya.. itu dah terang terang dalam Islam , apa hukumnya ! Sekurangnya diorang dah buat kerja dan terpulang pada kita nak ikut atau tidak ! Dan aku ikut !

Selamat Tinggal Pokemon Go ! Tak bermanfaat untuk aku , sama sekali ! Buang masa jer !

Aku dah berusia 40 tahun dan masa untuk aku atas dunia ni , dah tak banyak.. takkan nak abiskan masa layan game ? Hehe…. bodohnya aku ! Lebih baik aku buat menda yang lebih bermanfaat.. dari cari Pokemon tu..

Aku tau.. korang ada alasan korang ! Terpulang. Takda isu pon. Ini cara aku berfikir untuk membuatkan aku uninstall Pokemon Go tu. Aku rasa , di zaman muda aku.. aku dah terlalu banyak masa dipersiakan dan sangat menyesal !

Untung anak muda zaman ni terutama mereka yang dah mampu menjana pendapatan dari Internet ni ! Mereka yang dah travel ke sana sini , aihhh.. bestnyaaa !

Dan ‘aku’ sibuk nak cari Pokemon ??? Adehh.. Maaf, aku nak jimat bateri hp.. nak jimat masa dan pergunakan masa dengan sebaiknya !

You May Also Like

12 comments

  1. Semua terpulang atas diri sendiri untuk memanfaatkan atau untuk memudaratkan.. dari segi agama pulak setikat ini wilayah persekutuan yang mengharamkan. Sama macam kes vape...

    BalasPadam
  2. Check dalam playstore, takda pun Pokemon Go.. Hahaha maka berhuhuhu jer tgk org main.. Tp mungkin kalau ada, maka aku akn leka..

    BalasPadam
  3. Tak teringin pun nak install. Mungkin sebab saya sudah berusia dan tak sesuai lagi untuk bermain permaian komputer. Banyak benda berfaedah lain yang saya boleh lakukan.

    BalasPadam
  4. Aku pun xtau mendalah apa pokemon go ni... Nak try gak download tp memory phone membataskan... Hahah

    BalasPadam
  5. Pokemon go.. Masih belum menarik minat untuk download..

    BalasPadam
  6. Dari hari tue lagi baca.. Org duk perli2 di fb.. Tak paham.. Best sgt ka?

    Baca article ini jika Anak sering Mengamuk Di Shopping Complex

    BalasPadam
  7. Tau xpe..akan terleka kerana setiap masa rasanya nak mencari pokemon...

    BalasPadam
  8. Orang yang menemplak fatwa agamawan ni adalah golongan yang cetek pengetahuan agama, hidup hanya untuk berhibur..tanggungjawab pula terabai..lepas tu sibuk salah2kan orang lain.

    Kita boleh tengok nanti orang yang sibuk dengan Pokemon Go ni bukan dari kalangan orang yang produktif.

    Enough said!!

    Ada mafhum hadis Nabi yang menyebutkan "Barangsiapa yang diingini Allah kebaikan padanya, nescaya Allah beri kefahaman agama kepadanya."

    Sama2lah kita sedar diri dan ambil iktibar..

    Tq bro Ben

    BalasPadam
  9. Yup..sm..smalam gak uninstall..sj nk tgk ap best Sgt..dh main dh dpt tgkp..OK done..bye2

    BalasPadam
  10. Yup..sm..smalam gak uninstall..sj nk tgk ap best Sgt..dh main dh dpt tgkp..OK done..bye2

    BalasPadam
  11. Juju bukan jenis suka main game...mai lah jenis game apa pun dlm hp tu jarang nak layan...cuba gak nak main game...tp jenis cpt bosan...baik main sukaneka masa gathering kbba ritu...leh gak keluar peluh hehe

    BalasPadam
  12. yang kesian, orang islam sendiri yang duk blame mufti. padahal mufti da berapa ribu hadis/alquran hafal, berapa buku die baca berbanding bdk fb yg duk baca article dari fb je. sadis

    BalasPadam