Tak pedas langsung pun mee Ramen Korea tu !

by - Jumaat, Ogos 26, 2016

 

Akhirnya aku tergoda juga untuk membeli mee Ramen ni. Dan teringat yang aku pernah makan juga mee Ramen ni hasil dari pujukan si BeautifulNara ketika ke Korea bersama sama dibawah tajaan Samsung, tahun lepas . Abg Nara tu , duduk bertahun lamanya kat Korea. Maka dia tau mana tempat halal di makan.

Dan mee Ramen ketika aku makan tu , giler punya pedas ! Kali pertama aku tak berjaya abiskan mee sesedap gituuu !

image

Apakah mee Ramen ni sepedas macam kat tempat asalnya ? Tu yang aku nak tau tuuu.. Aku beli dan… hehehehe..  Wife geleng kepala jer ! Maklumlah , dah berpuluh kali gi AEON Alamanda , ni kali aku membelinya ! Selalu tengok jer.. Aku memang dah tak beli mee segera berbulan lamanya.. uuhuh.. Nak kurus katanya..

Ok… Malam ni , makan malam aku ialah mee Ramen ni. Aku masak sendiri. Rakan rakan suruh buat live masa makan tapi aku tak nak.. Mana bolehhh !  Kot kot pedas sungguh kee .. haaa… berciciran air hidung keluar tanpa henti ! Mana sempat nak stop ! Haa.. Viral nanti.. Baru ada akal aku ! Hahahaha..

Aku buat kasi basah skit..  Kering , tak syiok aar ! Dan dua bungkus sekali gus ! Dia punya bauuuu. Fuh ! Terus wife yang sedang tidur , bangun dan mintak tinggalkan skit !

Aku makan dulu.. Rasanya macam mee tom yam pon ada gak.. tapi pedasnya lebih ‘mendalam’ ! Suapan ke dua.. Ok lagi.. Masuk  4,5 kali suap… peluh mula keluar ! Setitik demi setitiik ! Aku nak lari cari susu yang ada dalam peti ais.. tapi aku tahan lagi.. Aku cuba makan sesuap lagi.. Tetiba rasa bibir macam Ning Baizura dah !

image

Ok… Pedas !! Aku cari susu untuk melegakan kepedasan di bibir aku tu ! Dan berjaya ! Fuhhh..

image

Baiklah.. aku mengaku ! Mee Ramen memang pedas sangat ! Kalau 20 tahun dulu , mungkin aku leh tahan la.. mungkin bibir aku dah season kot ? Hahahaha ..

image

Ok.. korang memang patut cuba ! Buat mereka yang kaki pedas.. patut cubaa !

You May Also Like

5 comments

  1. Bak sini baki 3 bungkus tu, hahahahahaa...

    BalasPadam
  2. Hahaha berpeluh peluh tu haaa. Ok lah nak kena cuba gak lah ni

    BalasPadam
  3. Memandangkan Abg ben pn dah cuba, den nak torai ah gini. Haha

    BalasPadam
  4. Ada extra tak? Nak nak nak . Hehehe :D

    BalasPadam
  5. pedas sungguh memula memang macam tak mampu aje nak abeskan hahaha

    BalasPadam