Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 6 Ogos 2016

Tekanan darah kembali normal gara-gara Chia Seed ?

 

Kali pertama aku disahkan ada hypertension , ketika usia 28 tahun. Waktu tu aku bergelar guru sandaran. Happy lak dapat hypertension ni sebab tiap minggu leh dapat mc walaupun gaji ditolak ! Ah , malas nak kerja masa tu sebab ‘ tak dapat sokongan majikan’ ! Kerja teruk pon , bukan ada orang nak kisah.. Sendiri sakit , sendiri tanggung ! Sakit pon gara gara stress ngan budak budak ! Cikgu lak tak dibenarkan merotan. Nasihaattt jer ! Huhh..

Sejak dari tu , tiap kalu aku gi doktor.. tekanan darah belah mesti lebih 170 dan bawah lebih 100 ! Marah doktor !! Siap suruh gi check up. Kot kot ada masalah dalaman ! Aku tak nakkk ! Mati tanam je laaa ! Huhhh..

Tapi bila dah tua tua gini ditambah lagi dengan pengalaman jaga ayah aku di hospital , pendapat aku mengenai kesihatan berubah ! Kalau mati terus , tak peee ! Kalau tersadai dalam hospital ??? Sapa nak jaga ? Nak harap nurse , muka berkedut dah ! Kalau masa hensem , ok laa.. tu pon 50-50 nurse nak mai jagakan ! Hahaha..  Gurau je nurse !

Macam aku cerita dalam entri pagi tadi , Takkan sebab Chia Seed ??.. aku masih belum percaya la sangat akan ‘kebagusan’ Chia Seed ni ! Aku pernah perli wife ! Mudah sangat percaya ngan desas desus di media sosial ni ! Asal yang viral , mesti bagus ! Huhhh !

image

Dan aku ternampak laa mesin periksa tekanan darah tinggi yang baru adik aku beli di farmasi. Jenis mahal punya ! Aku pon nak try laa.. Kali terakhir aku periksa darah tinggi , doktor suruh aku gi hospital untuk full medical check up ! Hurmm.. Dan kasi ubat ! Aku tak makan dan tak pergi hospital !

Aku nekad… nak test ! Cubaan pertama..

image

Aku berdiri ketika ni. Cara amik tu salah ! Dia suruh duduk dan relakss ! Baru tekan START tuuu ..

Aku pun ikut jer laaa ..Disusuli kedua dan ketiga ! Macam tak percaya lak !

image

Ehhhh.. aku cuba lagi ! Beza tak banyak pon.. Lari skit jer ! Huhuhuh.. Aku tunjuk kat mak mertua aku yang kebetulan ada di rumah mak aku , yang mana dia adalah bekas jururawat kerajaan. Katanya normal !

Waahh ! Tak percaya aku !! Aku pandang wife aku. Tak riak di wajahnya. Eleh , nak kata aku tak percaya la tuuu ! Hahahaha.. Patut la rasa lain je sejak dua tiga hari ni. Tak de rasa sakit kepala atau stress dah ! Awal pagi , lawas jer perut. Senang buang air besar ! Tak rasa cam sembelit atau pedih gituuu ! Alhamdulillah..

Oh ya , aku tak jual tau.. Dan aku syorkan google dan cari kesan negatif Chia Seed ni ! Ada yang kata tak bagus untuk mereka yang ada kanser. Wallahualam..

Setakat ni , aku yang ada masalah sendiri di lutut dan siku , dah terasa ok sangat ! Masih ada rasa sengal tapi tu lebih baik dari sebelum ni.. nak angkat besi pon sakit ! Apatah lagi nak berlari !!

6 komen :

Nooraini Ali. berkata... [Reply to comment]

wah betul ya..nak kena try ni..sejak 2 menjak ni 140 - 145 kat atas..😓😓😓

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Wah menarik.. Bleh cuba ini.. Tq sharing abg Ben 😉

Nooraini Ali. berkata... [Reply to comment]

wah betul ya..nak kena try ni..sejak 2 menjak ni 140 - 145 kat atas..😓😓😓

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Sebab makin positif rasanya sebab tu tak stresss kah kah kah...

Nilam syapina berkata... [Reply to comment]

Ouhhh , tahu jugak pasal tu. Mak Nil plak minum yg lain jgak. syukur bagus

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

TQ ben kongsikan...julia salah seorang yg jenis hypertention dalam diam...tak tahu dah cara mana nak turunkan tekanan darah...lepas ni nak beli chia seed...Ya Allah, haraplah dapat normal mcm ben...dlu masa preggy last pi checkup selalu kat border line je...huhhhhhhhh

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI