Anak No 2 sebenarnya seorang yang manja ?

 

image

Yeke anak no 2 ni sebenarnya seorang yang manja ? Di riak wajah dan tingkahlakunya , dia nampak seperti seorang yang garang dan tegas ! Macam Zahra laa.. Garang sungguh laaa.. kalau aku  babap dia , dia akan balas balik camana sekali pun! Selagi tak dapat.. selagi tu dia berusaha..

Tapi bila kena marah.. dia nak orang yang marah tu sendiri pujuk dia ! Tak nak orang lain.. Dia tak makan apa jua pujukan selagi orang yang marah dia tu , tak datang pujuk dia.. cam Zahra , kena dukung dan usap belakang badan dia.. Terus cool la dia !

Aku anak no 2.. Anak no 2 akan memahami perangai anak no 2 gak.. hahahaha.. Saling memahami gituuu ! Keras hati.. tak makan rasuah berbanding anak pertama ! Hahahaha.. Tak boleh survive kalau sorang sorang.. Yeke ? Bukan tak boleh tapi lambat nak boleh serasi dengan kawasan sekeliling.. Bila dah serasi , dia akan jadi KING ! Hahahaha..

Menurut sebuah blog yang aku google dan jumpa fakta mengenai anak no 2 ni , anak kedua memiliki jiwa yang kreatif dan cenderung membebaskan diri. Anak kedua biasanya lebih senang bersendirian dari berkumpul dengan anggota keluarga lainnya. Seiring dengan kesendiriannya, anak kedua selalu memiliki semangat untuk melakukan sesuatu. Sehingga imaginasi yang ada dalam dirinya berkembang dengan sangat baik.

Selain dari tu , anak kedua memiliki sifat friendly namun perangainya sukar dijangka ! Ini kerana anak kedua agak kurang dapat perhatian jika dalam adik beradik yang agak besar seperti tiga atau empat beradik. Kan ?

Dan anak kedua , sering kena beralah berbanding no 1 dan no 3.. kan kan ? Hahahaha.. Itulah yang aku rasa dan Zahra sedang alami sekarang.. Kesian anak no 2 kan ? Tapi mereka punya daya saing serta semangat yang dasyat ! Bila mereka bangkit , fuhhhh… Dasat wooo..  Cam aku. Hahahaha.. Gurau jer..

Sebagai ibu bapa.. kita kena prihatin dan elakkan dari bersikap ketidakadilan dari berlaku ! Bayangkan jika Qhaliff dan Zahra menangis serentak atau berebutkan satu jenis permainan.. Sapa yang bakal diminta beralah ? Huhu…

3 ulasan:

  1. mi kerap juga marah lt anak no.2. manja sangat pun..naik geram. tapi terimalah..amanah allah.

    BalasPadam
  2. I anak no 2, tak manja tp keras kepala hehe.

    BalasPadam
  3. Betul la..anak no 2 saya pn mnjaaaaa sgt..susah beralah...tapi bila fikir balik...saya pn anak no. 2..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009