Anak perempuan cepat merajuk ?

by - Khamis, September 29, 2016

 

Aku tak leh dukung Aariz. Zahra suruh letak dia kat atas katil. Aku letak ,dia  datang duduk kat pangkuan aku. Air mata , bercucuran ! Aduh… kuat cemburukah itu tandanya ?

image

Malamnya , aku keluar dengan Qhaliff ke kedai makan. Tapau makanan. Qhaliff ngan Zahra nak makan roti canai telur. Bawak Qhaliff senang skit berbanding Zahra. Dia suka berjalan ke sana sini tanpa rasa takut langsung ! Hurmm..

Tak lama kemudian , wife antar gambar.. Zahra meraung tengok kitorang takda dalam rumah ! Hahahaha ..

image

Tertidur depan pintu menanti kitorang balik. Sampai je rumah , dia nampak aku , terus sambung menangis.. Aku hulur choki choki.. terus ok ! Hahahaha.. Makcik sorang ni , kaki makan ! Nanti bawak gi food review , mesti berbaloi punya.. Dia suka makan tapi jumlah skit jer.. Nafsu besar.. Aku jugak kena abiskan.. Adeh..

Memang anak perempuan manja ngan ayah eh ?

You May Also Like

2 comments

  1. Hihi betul la tu abg ben, anak perempuan selalunya mmg manja dgn ayah.

    BalasPadam
  2. Alahai, manja nya.. Geram pulak dgn zahra ni 😂

    BalasPadam