Bahaya di dalam rumah..

 

Tiba-tiba terdengar suara Zahra memanggil abangnya. Qhaliff yang berada di ‘bawah’ mendepakan kedua tangannya seperti ingin menyambut sesuatu.. dan tiba-tiba anak patung milik Zahra , jatuh dari tingkat atas !

Aku dah syak dah ! Berkali kali dah aku larang. Zahra ni , tak makan saman. Lagi dilarang , lagi dia buat ! Pagar besi asal yang dipasang di rumah ni, ada kelemahan yang ketara. Qhaliff pernah nyaris jatuh dari tingkat atas gara gara dia mengolekkan diri dan nasib baik aku sempat halang ! Sejak tu , aku letak kayu penghalang..

Kali ni Zahra lak.. Terus aku cari tali dan sallotape.. Citer banyak takda.. terus aku buat apa yang patut lama dah aku buat tapi asik tertangguh !

image

Zahra dan Qhaliff mampu memandang jer.. Hurm… Sekarang ni diorang baling anak patung.. Kalau dibiar perasan ingin tahu , pastinya diorang ingin terjun gak ! Yer , aku pernah ada rasa nak tau camana terjun dari tingkat atas. Kalau pandai nak mendarat tu , tak pe la.. Kalau tak ??? Hurm.. Cari pasal jer !

image

Sila pantau rumah kita.. Pensil sekali pon mereka pegang , jika tak diperhatikan boleh jadi senjata yang merbahaya.

Mencegah lebih baik dari mengubati.. kan kan ?

4 ulasan:

  1. Asalam.,,berhati2 kena pantau anak2 inshaAllah

    BalasPadam
  2. Bagus ben...tak pe soletap pun...janji keselamatan anak diutamakan...julia pun selalu gitu...asyik nampak apa sahaja dalam rumah boleh jadi satu pemula kepada sindrom ingin tahu anak2...mcm spray, botol sabun...semua tu mmg kena sorok baik2

    BalasPadam
  3. Uish memang mengerikan nampaknya tu..budak badan nipis je. Mungkin boleh guna penghalang yang lebih kukuh..tali yg tebal sikit ke..atau halang terus dengan board...buat macam engsel. Tangga rumah pun sekarang ni mcm dah tak selamat untuk budak-budak yang nak membesar.

    BalasPadam
  4. Betul budak-budak ni perasaan ingin tahu dia kuat sangat.Dulu bella pon macam tu conteng dinding dengan krayon bukannya sengaja tapi terfikir kalau conteng ni mesti rumah akan cantik so contengla satu bilik sekali kene bantai dengan ayah haha.Macam-macam lagi la bukak tutup peti ais sebab nak tahu macamana lampu peti ais tu bole tutup.

    Better cegah sebelum terlambat.Nak larang pon kadang-kadang diorang ni tak paham.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009