Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 8 September 2016

Debaran berlalu.Layan terbaik dari staff dan doktor PCMC !

 

Jam 5.30 pagi , kena bangun dan bersedia. Berpindah bilik.. masuk ke labour room gitu ! Fuh.. jantung berdegup dengan begitu laju. Terasa sejuk giler pagi tadi.. Oh , hujan ! Patut laaa.. Hahaha.. Ingatkan cuak sangat !

Masuk labour room.. Wahh.. aku ingatkan cam kat Putrajaya 2 tahun lepas. Rupanya , bilik persendirian ! Lega aku.. takda la nampak ada insan insan yang tak sepatutnya lalu , berlegar ulang alik kawasan tu.. maksud aku , lelaki la !

Nasihat aku , sebaiknya simpan duit selepas berkahwin.. untuk kes kes gini la. Bukan apa , takut wife korang nanti segan.. Kalau tak mampu , tak pe. Jangan rasa bersalah. Aku ni pon , rezeki dapat masuk sini. Ikutkan kemampuan , memang tak dapek lor ! Huhuh..

image

Dari awal aku check in sini , jururawat jururawat di sini memang ramah. Senantiasa membantu tanpa kira waktu ! Memang patut Prince Court Medical Centre ni senantiasa dapat pujian dari pesakit pesakitnnya.

Selepas subuh berlalu , bukaan wife masih lagi 4cm. Bukaan yang diperlukan ialah 10cm barulah doktor akan amik tindakan. Jam 10 pagi , doktor Tan A.E datang dan pecahkan ketuban setelah gagal pecah sendiri.. Eh , betul ke ayat ? Hahahaha..

image

Pastu tunggu lagi.. Sehingga jam 1 petang , bukaan dah cecah 7cm. Aku makin cuak ! Bila dah cecah 7cm , hanya perlukan sejam lebih untuk ke stage seterusnya..

Walaupun dah ada 2 kali pengalaman , kali ni segalanya amat berlainan sama sekali ! Aku di sisi wife walaupun pada awalnya , aku plan nak larikan diri.. Hahahaha.. Giler kejam kan ? Huhuh.. Tapi aku nak tengok sendiri baby keluar .. Salah satu anugerah Allah yang patut kita hargai.

10cm.. Tiba masanya. Wife diajar bernafas dan meneran dengan betul. Di sini aku rasa mereka yang sedang mengandung , perlu tahu cara meneran yang betul agar bila sampai masanya , tidak cuak dan hilang arah ! Hahahaa.. Cam wife.. hampir nak nangis dia sebab cuak ! Nasib baik hero ada.. Huhuhu..

Nurse sangat tenang tetapi Dr. Tan A.E memang aku respek la ! Patut la dia menjadi rebutan di sini. Dia sangat tenang dan cool. Baby agak besar dan kelihatan sukar nak keluar. Aku dah risau tapi dia rileks jer.. Dia arahkan nurse melakukan sesuatu untuk memudahkan bayi keluar. Pada awalnya nurse agak cuak sebab kepala baby keluar masuk .. wife teran tak berapa betul. Tapi Dr. Tan tenang jer.. Bila dia amik alih , fuhhh… memang aku automatik jadi rileks. Wife di tangan pakar !

Dan 2.51 petang , segalanya berakhir. Bayi selamat dilahirkan dengan sihatnya. Airmata aku automatik keluar. Aku cuba nak tahan tapi tak boleh ! Sesuatu yang cukup ajaib berlaku di depan mata aku. SubhanAllah.. 

Tetapi , kelihatan darah banyak keluar dari laluan bayi tadi. Aku dengar Dr.Tan A.E bertanya pelbagai soalan pada wife dan wife kena ‘tegur’ dengannya ! Huhuuh.. Senyum je aku. Aku dah banyak kali cakap.. Jangan sesekali pandang remeh arahan doktor terutama bila doktor kasi ubat suruh makan ! Haaa..

“ Kalau darah tak berhenti , saya kena tranfer darah esok. “.

Aku ketika tu dok sibuk dengan baby terus terhenti lalu melemparkan padangan pada doktor kemudian wife. Aku pandang ke arah katil. Darah banyak keluar. Terus aku teringiat cerita wife mengenai kawan dia yang kehilangan isteri tercinta selepas melahirkan cahaya mata pertama akibat kehilangan darah yang banyak.

Nurse bersihkan wife dan.. tiada pendarahan berlaku ! Aku tarik nafas lega.. Baby pon dah nangis . Aku pun dah azankan. Kemudian wife susukan baby buat pertama kali. Aku lupa nak bawak madu dan kurma lak.. huhuhu.. Tapi Alhamdulillah.. baby pandai menyusu. Tak yah nak ajar dah.. hehehe..

image

image

Jam 4 petang , aku balik ke rumah mak aku. Nak uruskan uri lak. Sampai rumah , Qhaliff dan Zahra menyerang. Semalaman mereka tak jumpa aku.. huhuh.. sian kena tingal !

Malamnya , aku bawak mereka berjumpa dengan adik mereka di PCMC. Syukur segalanya dah berlalu.. dan bermula episod baru..

Jutaan terima kasih buat semua rakan rakan di media sosial atas doa kalian serta ucap tahniah pada kami..

31 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Alhamdullillah. Tahniah

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Alhamdullillah. Tahniah

CikMai berkata... [Reply to comment]

Syukur Alhamdulillah. Tahniah abg ben dan isteri.

anis abdullah berkata... [Reply to comment]

Tahniah ben dan isteri.

Adam berkata... [Reply to comment]

Boleh tak kita link antara satu sama lain. Blog saya:

biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Terima kasih.

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Syukur Alhamdulillah.. Tahniah buat Abg Ben sekeluarga.
Selamat berpantang buat wife dan Abg Ben. Hehee....
Tak sabar nak tengok gambar penuh baby! Bam-bamm, terlajak gebus

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Syukur Alhamdulillah.. Tahniah buat Abg Ben sekeluarga.
Selamat berpantang buat wife dan Abg Ben. Hehee....
Tak sabar nak tengok gambar penuh baby! Bam-bamm, terlajak gebus

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah, tahniah aben, kak zila, Qhaliff & Zahra...

Nurulhuda Abdul Latip berkata... [Reply to comment]

Tahniah bro! Dari saya kenal di alam maya dari belum ada anak sampai la dah ketiga ni, tahniah untuk wife sekali ...

ekjoz buluh berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah.. Tahniah buat bro Ben sekeluarga.

aizamia 3 berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..
Tahniah buat Ben, k.Zila.
Moga ibu dan baby berada dalam keadaan sihat.
Selamat berpantang aben.. ekekeke..

eima berkata... [Reply to comment]

TAHNIAH ... pcmc MMG TERBAIK ... UTK KES MY DOTTER PUN BERBALOI DOK SINI LEBIH MURAH DR HOSPITAL SWASTA KAT BANGI ...

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

Asalamualaikum Bro Ben..tahniah ya dah tiga lah zuriat.
hebatnya..subahanallah

nasa mulia berkata... [Reply to comment]

Comelnya, tahniah Ben & wife....
eh baby lelaki ke perempuan ini?

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

Tahniah untuk Encik Ben sekeluarga. Nampak semangatnya baby...geram dagu dia!

Ibu Amirul berkata... [Reply to comment]

Tahniah sekali lagi en.Ben...

antalya berkata... [Reply to comment]

alhamdulilah selamat semuanya..pengalaman baru bg ben tgk sendiri proses bersalin dpn mata kan. amacam? nak tambah anak lg tak? kikikiki

Ar Eirza Japar berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah...tahniah abg ben dan wife...semoga semuanya sihat2 aje...

husna zahidi berkata... [Reply to comment]

bau baby! syoknyaa.. tahniah buat abg ben dan seisi keluarga..;)

sumysya berkata... [Reply to comment]

tahniah..wah mmg gebus bam bam

amirah berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah..tahniah...sama berat anak saya 2015 lepas..cuma saya terpaksa bersalin cser..moga jadi anak soleh..tahniah atas pertambahan ahli keluarga..

Irna Nurasikin berkata... [Reply to comment]

Alhamdulilah semuanya selamat.Tahniah Ben dan wife..Tahniah juga pada Qhaliff dan Zahra dah naik pangkat..Hehehe..

Yanty Lee berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah ... semua selamat. Syukran.
Tahniah ! Dagu tu betul2 mahal la. Apa pula ragam adik ni nanti.

noorliana zamri berkata... [Reply to comment]

tahniah

Safiyah berkata... [Reply to comment]

congrats ben and wife.. moga ibu dan anak diberi kesihatan yang baik.. selamat berpantang kpd wife ben.. to abg Qhaliff and kak ngah Zahra.. be good to your adik ye... hehehe.. Jgn buli adik tau...

Nurul Nadiah berkata... [Reply to comment]

Tahniah abg ben

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah, nasib baik pakar yang handle. Teringat i dulu, hilang darah banyak & kena masuk darah lebih kurang satu botol besar air mineral.

Afiq Halid berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah. Tahniah Abg Ben. Semoga semua sihat2. Ada rezeki nak dtg melawat. Hehehe.

mas saari berkata... [Reply to comment]

sebaknya baca..
husband saya tak merasa lg tgk saya bersalin sbb tak sempat.. saya bersalin cpt sgt! anyway tahniah aben!

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

bestnya beben dapat baby... huhuu.. tak terkata ni..

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

pengalaman berharga dapat melihat isteri melahirkan ... alhamdulillah semuanya dah selamat :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI