Kalau uri / tembuni bayi tak dibersihkan dengan betul…

by - Ahad, September 11, 2016


image

Hurm… ada suami takut nak bersihkan sendiri. Takut atau segan.. atau lebih tepat lagi tak reti nak bersihkan ! Ada yang berani tetapi tak beberapa bersih sangat.. Ada yang teliti sampai disabun dengan shampoo rambut !

Aku.. masa Qhaliff dulu , aku bersihkan dan tanam sendiri. Masa tu aku tinggal di Putrajaya. Nak baca kisah 4 tahun lepas tu ? Ok.. boleh baca di Berani ke nak tanam uri / tembuni ? .

Bila Zahra dan adiknya ni , aku buat keputusan .. serahkan pada yang pakar ! Kenapa ? Sebab Qhaliff dalam waktu pantang tu , malamnya tak dapat tidur dengan nyenyak. Asyik menangis jer.. Payah la nak tidur.. menurut wife la.. Aku waktu tu kat KL. Kerja banyak. Wife balik pantang di Kelantan. Gulp ! Yeke ? Memang waktu tu , aku basuh.. bagai nak giler aku basuh… Tak jugak darah berhenti mengalir.. 

Dan waktu tu , jam dah lebih 12 malam. Terbayang kisah kisah ngeri Indonesia satu tika dulu , aku tonton ! Adehhh..

Dan Zahra , menurut wife aku.. takda isu tak dapat tidur malam. Urinya dibersihkan oleh jiran aku yang juga mahir dalam bab bab perbidanan.  Adik Zahra pon , setakat ni .. malamnya senang tidur. Berjaga cuma bila nak menyusu jer..

Teringat kisah sorang rakan aku.. dia tanam terus uri tu. Dia lagi la ‘segan’  berbanding aku. Dan sepanjang waktu pantang , anaknya memang menangis la waktu malam. Sampai terpaksa panggil bijak pandai untuk tolong.. Bila lahir adiknya , mak mertua dia uruskan uri tu dan takda isu anak menangis malam !

Hurmm.. Betul atau tidak… kena hati hati la yer.. Jangan pandang ringan dan jangan main basuh jer.. Ada caranya jugak tu.. Ok , ni antara cara cara menanam uri yang aku jumpa di google.. Dari blog Penulis Sepi. Dah tak aktif pon dia tapi pahala tetap dapat. Alhamdulillah..

Cara-caranya ..

1. Membasuh Uri Bawa balik Uri tersebut dan basuh.Tapi tak perlu basuh dengan sabun. Cukup dengan air paip biasa, alirkan pada uri biar semua sekali keluar dengan darah-darah yang melekat kat bahagian luar. Sebaiknya memakai sarung tangan supaya bau darah tu tak melekat pada tangan. Tekan-tekan sikit pada uri tu supaya keluar lebih sedikit darah yang ada. Uri memang penuh dengan salur darah, supaya bila Uri diangkat untuk dialihkan tidaklah meleleh darah yang keluar dari uri. Fokus utama ialah mengurangkan bau darah Uri tersebut supaya bila ditanam, tidak dihidu oleh binatang buas seperti anjing dan sebagainya.

2. Sebelum membasuh uri, berniatlah terlebih dulu. Niatlah apa yang baik-baik untuk anak yang baru lahir dan yang sepatutnya. sebab ini jugalah uri ni patut diuruskan oleh bapa anak itu sendiri. Semasa membasuh Uri, eloklah bacakan Al-Fatihah, 3 Qul dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berzikir Nama-nama Allah. Ini adalah juga untuk memastikan Energy anak tersebut dilindungi oleh Energy positif melalui Zikir kita tadi.

3. Selepas membasuh Uri dengan air paip tadi, keringkan sedikit dengan lap dengan kain napkin, selepas kering sedikit, letakkan Garam Bukit (Garam Biasa pun boleh), Asam Jawa 7-8 Keping pun sudah cukup. Ada juga sesetengah orang meletakkan Cuka. Ini sebenarnya untuk mengurangkan bau darah pada Uri tersebut. Kemudian Ambil Napkin dan balut Uri tersebut secara berlapis.

4. Menanam Uri Menanam Uri janganlah dilengahkan, kalau boleh dalam tempoh 24 jam mestilah ditanam untuk mengelakkan Uri tersebut menjadi kuat baunya.Tempat untuk ditanam Uri tidak perlu tempat khas, tetapi disarankan tanam di ruang kawasan yang terbuka seperti halaman rumah, ditepi jalan utama dan yang penting jangan tanam di dalam belukar ,belakang rumah atau sebagainya kerana kawasan tersebut jarang dipantau dan dikhuatiri binatang buas mengorek tempat tanam Uri. Korek tanah sedalam mungkin, boleh agak dengan cara meletakkan kaki sehingga paras lutut normal.

5. Semasa menanam niatlah supaya Uri tersebut selamat ditanam dan tidak diganggu oleh perkara yang tidak sepatutnya seperti anjing dan sebagainya. Baca Al-Fatihah, 
3 Qul dan Berzikir dengan menyebut Nama Allah yang diingati seperti Ya Rahman, Ya Rahim dan sebagainya. Niat lain seperti, Wahai Uri Anakku, Jagalah Anakku dari sebarang gangguan luar yang tidak baik seperti yang telah kau lakukan ketika dalam perut Isteriku, bantulah Anakku ketika Anakku memerlukan tenaga mu. Perlu diingat, kita tidak meminta Uri tersebut menolong, tetapi meminta pada Allah Yang Satu. Uri adalah sebagai medium zahir yang nampak di mata kasar kita, dan kita meminta Energy dari Uri tersebut membantu anak kita.

Wallahuaklam.. Moga bermanfaat..

You May Also Like

4 comments

  1. perkongsian yang terbaik..
    Asalam..teman blog selamat hari raya ya...maafkan jika pernah menyakiti hati..

    BalasPadam
  2. Hehehe... mujur bukan ibu2 yg kena buat sendiri.

    BalasPadam
  3. Terima Kasih. Semoga ilmu ini dapat disebarkan lagi.

    BalasPadam
  4. Assalam. Boleh menjadi syirik jika berniat untuk meminta tolong dengan uri dengan menyatakan wahai uri anakku...

    Uri hanyalah makhluk yang tiada kuasa. Hanya Allah yang maha berkuasa memberi manfaat dan mudarat

    BalasPadam