Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 12 September 2016

‘Korban’ penuh pengertian kali ini !

 

Hari Raya Korban kali ini , cukup meninggalkan kesan pada diri aku. Kita mampu merancang , Allah yang menentukan segalanya. Namun segalanya ada hikmah.. Hanya perlu percaya kepadaNYA.

Selepas solat sunat Aidiladha hari ini , aku telah melakukan sesuatu yang aku tak pernah lakukan sebelum ini.Dan ternyata ianya memberi sejuta keinsafan pada aku. Dulu aku pandang remeh jer.. Tetapi setelah mengetahui yang kita bakal menghadapinya satu hari nanti, adalah wajib buat kita mengetahui bagaimana nak melakukannya.

Dan tak disangka-sangka , ada jugak insan sudi datang berkunjung ke rumah aku di pagi raya dan membawa juadah hari raya. Terubat rindu mak mertua aku di kampung. Dia ‘berkorban’ buat pertama kalinya beraya tanpa suami di sisi dan datang menjaga anak cucunya di Sepang ni. Terhutang budi aku padanya.

Bagi aku , juadah juadah ni cukup istimewa dan menarik sekali. Kalau tidak , memang kami makan lemang yang dibeli di seberang jalan rumah aku tu je laa.. Heehehehe..

Terima kasih buat Saidila Abdul Rahman, Kak Laila Mee Udang femes dan Ezza Fie.. sudi datang bawa makanan dan Razzi yang sudi tolong bantu aku abiskan segalanya.. Huhu..

image

image

Raya raya sebelum ni , aku pulang ke Kelantan. Kali ni , wife nak berpantang di Sepang jer. Dia tak nak aku ulang alik seperti sebelum ni. Risau katanya.. Hurmmm..

Walaupun sehari je beraya kali ni , namun apa yang aku rasa dan alami jauh lebih bermakna dari sebelum ini.. Inilah pengorbanan yang sukar kita nak temui.. bukan sekadar mengorbankan lembu dan kambing..

2 komen :

Delimasari berkata... [Reply to comment]

meriah juga yer - terubat rindu di kampong

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

apakah sesuatu yang dilakukan tu..ke saya terlepas baca.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI