Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 9 September 2016

Malam terakhir di Prince Court Medical Centre, Ampang.

 

Esok dah boleh discharge. Baby dan ibunya , sihat sejahtera walaupun pada awalnya , wife ada masalah tetapi doktor telah mengesahkan segalanya ok , petang tadi. Baby pon takda kuning. Alhamdulillah.. Qhaliff dan Zahra dulu ada kuning. Memang teruk gak la ulang alik ke hospital Putrajaya dan klinik kerajaan untuk pemeriksaan harian.  Terpikir gak aku.. sebab chia seed ke atau saffron ???  Apa pun , tengok dalam minggu ni.. Kalau takda , Alhamdulillah.. lega sangat sangat aku..

Tapi disebabkan esok ada hearing test atau ujian pendengaran baby , maka tangguh je keluar malam ni. Esok je la keluar.. Malas aku nak ulang alik dari Sepang. Bukan dekat kot. Nak usung baby , mesti ngan mak dia sekali.. kan ? Haaa..

Maka , malam ni.. aku bawak abang dan kakaknya datang ke hospital dan bermalam di sini. Seronok laaaa Qhaliff. Tak kasi sapa sapa amik adik bongsu dia.. Zahra pon dia tak kasi amik ! Hahaha.. Sayang tul ngan adik adik dia..

Dan malam terakhir ni , Qhaliff tidur ngan ibunya diatas katil.. dan Zahra bersama aku , di bawah jer.. Guna tilam sedia ada.. Huhuhu..

image

image

Mak mertua pon dah datang.. lega skit aku. Boleh la dia tolong skit skit urus baby boy ni.. Huhuh.. Aku leh jaga budak budak ni sementara aku nak biasakan diri..

Pasni , nak kena pikir nama dan juga cukur rambut dia.. Hurm.. Part cukur ni lemah skit. Aku bukan pakar nak cukur.. Risau je nanti aku.. Hurmm..

Terima kasih pada pihak yang sudi taja kami di sini. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga dan juga maju dalam perniagaan yang diceburi..

Nak harap duit sendiri.. memang tak mampu ler ! Huhuhuh… Esok baru tau berapa kena bayar keseluruhan.. Heee..

5 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Tak sabar nak tengok baby baru...

Juls Julie80 berkata... [Reply to comment]

Tahniahh...

seronok berganda yer... 1) rezeki dpt baby 2) ditaja dok hosp tu.. pastinya rezeki anak2 sekeluarga..hihi

selamat berpantanggg

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah syukur..Sal mintak mak bidan cukur rambut...takde keberanian nak buat sendiri..

Salina Johari berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah syukur..Sal mintak mak bidan cukur rambut...takde keberanian nak buat sendiri..

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

Tahniah Bro Ben..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI