Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 6 September 2016

Mereka tanya , aku jawab !

Mesej yang aku terima di page aku , SANTAI BEN ASHAARI.

“ Assalamualaikum.

En.Ben..saya baru tgok en.ben kat slot Assalamualaikum td.... Saya pun bru tau tntang En.Ben.... masa yg sesuai untuk saya.... Bleh saya tahu cara nak join Kelab Blogger En Ben.... memandangkan suami saya akn berhenti kerja blan dpan...dan die perlu ade inisiatif untuk memulakan perniagaan..saya nak tahu klau2 En. Ben ade buat kursus...bleh kami join... “

Soalan pertama , cara cara nak join Kelab Blogger Ben Ashaari.. Kelab Blogger saya  ni terbuka untuk semua blogger yang aktif. Namun punya peraturan yang ketat. Tujuan kelab blogger ditubuhkan ini adalah untuk membantu serta mendidik blogger supaya menjadi blogger yang bermatlamat serta berdisiplin. Mereka yang tak mampu mencapai tahap begitu, saya akan remove keluar walaupun dia ‘ada nama’. Keutamaan saya ada teamwork ! Bukan individu. Jadi nak join , pastikan ada blog dan punya minat yang mendalam terhadap blog serta boleh bekerjasama dengan rakan rakan yang lain.

Soalan kedua.. Kursus. Inilah kelebihan kelab blogger yang saya tubuhkan. Di dalam kelab blogger ni  ada macam macam orang dan macam macam kerjaya. Aku suka amik macam macam jenis orang join kelab ni. Tujuannya , berkongsi pengalaman. Setiap pengalaman mereka adalah satu suntikan untuk aku serta rakan blogger yang lain. Perlu tahu yang setiap manusia ada ilmu tersendiri. Perkongsian ini amat berguna seta berbaloi buat aku dan mereka yang bijak menghadamnya. Jangan tengok luarannya. Sungguhpun mereka baru tapi mereka bukan baru lahir semalam..

Dan jawapannya , aku tidak menyediakan sebarang kursus. Aku beri apa yang aku tau mengenai dunia media sosial ni , percuma melalui bual santai di dalam group mahupun ketika berjumpa di mana mana event yang melibatkan group KBBA9. Jika nak hadiri kursus , rakan blogger di KBBA9 ada membuat kelas blogging. Boleh disyorkan nanti jika berminat.

Hurmm.. agak sedih aku bila membaca part suaminya akan berhenti dan akan mulakan berniaga. Jangan risau.. rezeki ada di mana mana. Perlu bekerja keras dan fokus pada apa yang ingin dicapai. Selagi hidup , selagi itu kita bergerak ke hadapan.. Jangan pandang belakang dah..

image

2 komen :

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah, banyak belajar dlm KBBA9, ilmu dunia akhirat InsyaAllah...

Nurul Ain berkata... [Reply to comment]

assalamualaikum abbg ben.. mcm mne nk join kelab KBBA ni ye?? Tq :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI