Virus Zika di Malaysia sudah !

by - Khamis, September 01, 2016

 

Gulp.. Singapura dah mencatatkan banyak kes virus Zika. Lebih 100++ , kan ? Dan beberapa orang rakyat Malaysia yang bekerja di sana sudah pon dijangkiti virus Zika. Menurut status Kementerian Kesihatan di Facebook , YB. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan melaporkan satu kes jangkitan virus Zika dikesan di Malaysia pada 31 Ogos 2016. Kementerian Kesihatan Singapura juga turut mengesahkan 5 rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika.

1 kes di Malaysia… di Klang ! Terus aku capai racun nyamuk , aku sembur di setiap bilik termasuk bilik tidur ! Dengan cuaca sekarang ni , kejap panas.. kejap hujan.. lembab , rasanya nyamuk makin suka laaa nak membiak !

Kenapa aku risau pasal virus Zika ni ?

image

Apa yang perlu kita tau mengenai Virus Zika ? Sedikit info dari Majalah Sains yang aku rasakan , kita perlu amik tahu dan jangan pandang remeh !

Penyakit Zika adalah disebabkan oleh jangkitan virus Zika yang dibawa melalui nyamuk Aedes. Virus Zika dikenalpasti di negara Uganda pada tahun 1947 semasa pemantauan demam kuning sylvatic di kalangan monyet rhesus. Ianya kemudian dikenalpasti di dalam manusia pada thaun 1947 di Uganda dan juga Tanzania. Kini ianya telah merebak di Perancis, Polynesia, Asia dan Amerika Selatan

Antara simptom penyakit virus ini adalah demam, ruam kulit (exanthema) dan konjuntivitis (merah mata). Simptom-simptom ini kebiasaannya berlanjutan selama 2 hingga 7 hari.

Buat masa ini, tiada lagi vaksin bagi penyakit ini dan cara terbaik mengelak penyakit ini adalah dengan mengelak dari gigitan nyamuk Aedes. [Sumber WHO]

Risiko bagi penularan jangkitan ini ke Malaysia adalah tinggi di atas sebab-sebab berikut:-

  1. Malaysia mempunyai nyamuk pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes.
  2. Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.
  3. Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas.
  4. Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes.
  5. Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80%) tidak menunjukkan gejala dijangkiti, yakni mereka boleh menjadi “pembawa yang sihat” dan menyebarkan virus ini tanpa disedari.

Walaupun penyakit ini hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes) di badan, sakit sendi dan tidak menyebabkan kematian, namun Kementerian memandangnya dengan serius sebab ia telah dikaitkan dengan kejadian “microcephaly” iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”. “Microcephaly” merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.

image

Sumber maklumat dari Majalah Sains .

Semoga Allah lindungi kita semua. Berhati hati yer.

You May Also Like

0 comments