Wife aku kata anak ke 3 , lain pengalamannya

by - Khamis, September 15, 2016

 

Dah masuk hari ke 8 , aku cerita pasal Muhammad Aariz  Iman di blog aku. Sekarang ,bagi wife aku pulak cerita pengalaman dia melahirkan si kecik ni. Dari sudut hati dia lak la.. Hehehehe..

Wife bercerita..

Alhamdulillah..7 September 2016 tepat jam 2:51 petang selamat melahirkan anakanda Aariz selepas mengharungi tempoh hampir 2jam yg perit.

Alkisahnya,pagi 6hb. tu ada appointment dgn Dr.Tan di Prince Court Medical Centre (PCMC) pada jam 2:30 petang. Tapi sebelum tu dlm sekitar 9 pagi ada terima whatapps dr adik ipar bertanyakan samada dah rasa sakit ker blom. Dengan yakinnya,cakap takder rasa apa-apa lagi, dan lagipun tarikh bersalinkan lambat lagi, iaitu 16 September ni...tp terkejut sbb adik ipar bagitau dia dah sakit n bukaan dah 5cm. Wahhh..mula cuak dan berdebar-debar. Hari tu tiba-tiba dah mula takder mood nak masak sebab cuak sgt rasa.

Lepas Zohor, sampai di PCMC dan tunggu turn jumpa doktor. Dalam pukul 3 petang,dpt masuk jumpa doktor dan seperti biasa..baby akan discan dan doktor akan cek bukaan jalan. Dan lagi tambah cuak dan berdebar2 bila doktor bagitau bukaan dah 3cm walaupon kepala baby masih tinggi. Doktor Tan mintak tros masuk wad sebab risau bukaan jalan akan berlaku dgn cepat.Tapi sebab dalam keadaan tak bersedia gini dan barang keperluan Qhaliff dan Zahra blom kemas lagi utk sama2 berkampung di hospital,terus mintak ngan doktor utk datang malam sebab nak uruskan keperluan anak-anak dulu.Tapi hakikatnya,nak hilangkan rasa terkejut dan macam tak percaya sebab takkan la dah 3cm,sebab memang tak rasa sakit apa-apa pon.

Makanya, bincang dengan suami, nak p jumpa dan double confirm dengan Dr Azimah dr Klinik Azalea nun di Putrajaya dan selepas di periksa , maka harus la menerima hakikat bahawa sememangnya inilahhh waktunya perjuangan bermula.

Tapiii.. macam biasa hati mula rasa sayu,sebab kenangkan akan berpisah jap mlm ni dengan anakanda berdua tu..so decide nak luangkan masa dengan dorang suma sebelum bersalin dengan makan2 bersama..heheh..sempat lg tu. Malam sebelum ke hospital, hantar dorang berdua dulu ke rumah mak mertua.Masa hantar tu, dorang semua dah tdo sebab penat satu hari keluar, alahai saat ni airmata macam tak boleh tahan lg mengalir tak berhenti-henti, sedihnya Ya Allah nak tinggalkan dorang.

Selepas tu, terus kami suami isteri ke hospital sbb doktor dah bagitau awal2 siang tadi mesti masuk wad dlm pukul 8-9 mlm sbb esok paginya dalam jam 5pagi perlu masuk ke labour room..Makanya,malam tu ditemani suami bermalam di wad dan dalam pukul 5pagi keesokkannya tros ditolak ke labour room untuk persediaan bersalin.Tapi sebelum tu,siap mandi2 semua dan solat dan just tunggu doktor untuk dipecahkan air ketuban pada jam 10pagi. Masa ni bukaan jalan dah 5cm tapi masih tak rasa sakit langsung.

Tapi bila jam 1 petang mula rasa sakit,mula cuak dah. Dah la epidural tak amik, ubat tahan sakit pon macam tak rasa kesan langsung, gas yg disedut pon macam tak berfungsi..cuakkk..sakit makin kerap,Ya Allah..sambil dok tahan sakit sambil doa..tp dah dekat pulul 2 petang tu, rasa lain macam sakitnya.Makin kerap,sakit yang amat..nurse cek bukaan dah 7cm, dlm setengah jam lepas tu dah 9cm..

Nurse tros panggil doktor dan suasana tenang dalam labour room sebelum ni bertukar cemas..sesi pembelajaran utk push baby bermula dengan bantuan daripada suami dan nurse.

Aduss.. dalam kepala dok pikir kenapala masa ni br teringat nak belajar,susah jgk rupanya teknih ni..hahah.. kudrat masa ni rasa dah 5% dan memang rasa nak surrender btol mintak doktor buat emergency caesar jerla..sebab rasa memang dah tak tahan sakitnya tu.

Last push dengan bantuan instructor suami akhirnya Alhamdulillah,baby berjaya dikeluarkan dan alangkah hebatnya kuasa Allah segala kesakitan sebelum di seolah-olah tros dicabut. Alhamdulillah saat baby diletakkan di atas dada,rasa syukurnya Ya Allah semuanya telah selamat.

Untuk bersalin kali ni,nampaknya banyak benda yang dipelajari .Antaranya kena rajin makan ubat yg dibekalkan oleh doktor bagi memastikan paras hemoglobin (HB) ibu berada di atas paras 10,kalo jumlah bacaan Hb di bawah paras 10 maksudnya ibu berisiko menghidapi anemia.

Anemia pula adalah sel darah merah (Hb) di dalam darah berkurangan. Ia sememangnya berbahaya untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan! Dalam kes bersalin kali ini,malangnya paras bacaan Hb daku hanya 8.2masa saat sebelum bersalin,akibatnya risiko agak tinggi disebabkan kehilangan darah sebanyal 800 cc,dibandingkan dengan 1000cc bagi mereka yang bersalin ceasar!!!

Makanya, harus mendapat teguran dari doktor risiko dan kesan dr tumpahan darah yg banyak tu. Hurmm..sebab tu jangan menyesal lepas bersalin tu akan rasa nak pitam dan gelap mata bila berdiri..so lenkali amik iktibar dan pengajaran dr pengalam bersalin kali ini.Hurmm.. ada lain kalikah persoalannya ???

Bersambung episod 2 tahun akan datang

Bersambung katanya..  Kena paksa baru nak bersambung.. Hahahaha..

image

Alhamdulillah.. Mereka terima dengan baik , adik baru.. Zahra cemburu cemburu sayang je tuuu.. Heeee..

Dan gambar bawah.. Aariz dan sepupunya.. beza sehari lebih awal.. dan beratnya , 4.1kg..

image

You May Also Like

6 comments

  1. Fuh. Sayangilah isteri sepenuhnya. Beratnya dugaan nak bersalin. Sakit yang tak tahu nak digambarkan..

    BalasPadam
  2. salam... tahniah encik ben... sedap nama baby baru tu... mcm gabungan nama anak saya..huhu

    Muhammad Aariz Danial oct2011
    Nur Safiyya Iman Aug2014

    BalasPadam
  3. tahniahh abg ben dapat baby ketiga yang sangat comel...hihihi

    BalasPadam
  4. Rasa mcm baru smalam ja zila beranak, dah 9 hari rupanya

    BalasPadam