Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 31 Oktober 2016

Sapa nak pergi ke Bangkok dengan POWER ROOT ?

 

Skang ni aku tengah giler gi gym. Pagi dan malam.. huhu.. Alang alang nak kurus dan sado , buat betul betul kan ? Jangan buat kerja setengah jalan..

Cuma , satu je masalah aku dari dulu.. Rehat tak cukup sebab lepas workout , ada banyak kerja perlu dilakukan di rumah. Maklumlah , Mr. MAMA sepenuh masa ..

image

image

Apa yang boleh aku buat ialah.. standby POWER ROOT Tongkat Ali yang jadi pilihan aku sejak remaja lagi. Kenapa POWER ROOT ? Sebab tenaga aku seperti direcharge dengan segera. Terasa segar selepas tu..

image

image

Legaa lepas kena setin ! Kalau memandu balik Kelantan pon aku standby stok ! Alhamdulillah.. hilang penat memandu bila kena setin Power Root.

Oh ya… khas untuk peminat peminat  setia Power Root. Ada contest untuk korang semua.. dan juga aku !

image

Camana nak menangi peluang untuk menyaksikan perlawanan ONE Championship MMA Live di Bangkok sebagai VIP ? Mudah jer.. Ikuti langkah ni.. :

  1. Setiap pembelian Extra Power Root atau Per'l Kurma = 1 penyertaan
  2. Jawab soalan ini: Adakah Extra Power Root mengandungi Tongkat Ali?
  3. Tangkap gambar resit dan Whatsapp ke 018-398 7840. Contoh: Ali bin Hasan_880829-04-xxxx_Ya
    Peraduan berakhir pada 13 November 2016. Untuk syarat dan terma sila lawati: http://bit.ly/EPRBKK_terms

Senang je kan ? Haaa.. Mereka yang dah berjaya , seperti di bawah ni ..

image

Tunggu apa lagi ? Cepat !!

The LifeCo Phuket , destinasi yang pilihan tepat !

 

Kalau korang tanya aku sekali lagi.. apakah aku ingin kembali ke The LifeCo Phuket ? Maka jawapan aku ialah YA ! Kenapa ???? Jawapannya ialah ketenangan serta pemakanan yang dihidangkan di sana , segalanya amat sesuai dengan tubuh badan aku sekarang ni yang mana sebelum ni , aku amatlah berbeza sekali !

Apa ada di The LifeCo Phuket ?

Berihat , berubat dan pulihkan diri ! Heeee.. Tu bagi aku la. Ikutkan sebenarnya di sini lebih pada mereka yang ada masalah dengan stress , sakit sakit kronik dan perlukan rawatan alternatif serta mereka yang berniat nak jaga kesihatan dengan cara yang betul.

image

image

Ada 3 program terapi yang korang leh ikut di sini :

  1. Well Aging
  2. Spa & Beauty
  3. Detox and Cleansing

Ketiga tiga program ni , aku dah ikuti dalam masa 4 hari. Ikutkan tak sempat nak abis semua tetapi kerana terkejar masa , program dipendekkan NAMUN kesannya terasa sehingga hari ini ! Sangat sangat berbaloi !

Hanya untuk mereka yang serius nak jaga kesihatan !

Ada yang kata , mahalnya ! Kalau korang ada duit , tapi kesihatan takda pon tak guna ! Apa guna ada duit banyak tapi sakit kan ? Stress juga satu penyakit ! Jangan amik ringan soal kesihatan ni yer..

Ada duit , tapi kesihatan merosot. Cubalah ke sini. Takda sebarang ubatan menggunakan dadah di sini. Heee… Clear je semua.

Mahal ? Mana lagi mahal ? Organ kita murahkah ?

image

Hilangkan Tekanan

Suasana di The LifeCo Phuket ni , berlainan dengan resort yang pernah aku pergi. Tenang. Mendamaikan. Tiada bunyi lagu lagu yang memekakkan telinga. Tiada asap rokok atau kenderaan. Tiada manusia yang menyusahkan.

Sememangnya akan tenang di sini.

image

Selain dari ketenangan serta kedamaian suasana , makanan yang disediakan pon semua sihat sihat belaka !

Best kan ? Serius.. hilang stress aku bertahun yang disimpan , dalam masa 4 hari jer !

image

image

image

image

image

image

Apa saja yang korang nak melibatkan kesihatan , ada kat sini ! Malah kat sini ada sesi kaunseling andai korang perlukan. Nak massage.. yoga.. pilates.. ada !

Nak tau lebih lanjut , boleh tengok di www.thelifeco.com ! Kalau kehidupan sangat stress , sila je ke sini ! Pasti berbaloi.

Vaping tidak haram dah !

 

image

Alhamdulillah.. Baguslah vape tak haram. Cuma kalau boleh , haramkan menghisap vape di tempat awam serta wanita dan juga mereka di bawah usia 18 tahun. Sila sediakan tempat khas untuk vapers ni. Hisap dan semburlah asap asap tu sesama sendiri. Takda sapa nak marah ! Kan kan ?

Cuma aku agak pelik la kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," katanya.

Takkan la ini aspirasi anak muda sekarang ni ? Hisap vape ?  Apa maksud ASPIRASI ? Keinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu.

Hisap vape ni bagus untuk mereka yang memang nak berhenti merokok. Seperti yang aku pergi ke satu pembentangan kertas kerja mengenai vape dan rokok elektronik yang mana aku dipahamkan kepentingan vape pada mereka yang ketagihan nikotin. Boleh baca di entri Ketagihan nikotin : Rokok atau e-Rokok / Vape ? ini.

Dan tolonglah pantau juga yer… risau nanti anak anak kecik kecil dan juga gadis gadis yang terkenal dengan kesopanan , hisap vape dengan penuh kebanggaan !

Ahad, 30 Oktober 2016

Puashati shopping barang luar negara di BestOnlineShoppe !

 

Lama dah teringin tapi tak terbuka hati lagi nak memilikinya sehinggalah aku belajar betapa pentingnya sayur dan buah pada tubuh badan kita setiap hari !

Bayangkan.. selepas aku dapat tau , aku amalkan.. Mulut tak berbau dah walaupun tak gosok gigi. Kentut takda bau dan buang air besar pon senang ! Tak payah buat muka Jason King dah !!! Haaaa..

Nak beli dalam negara , mahal ! Kebetulan kat luar negara sekarang terutama di UK tengah sale ! Ada kawan tawarkan juicer pada aku. Katanya tengah murah sekarang. Waduhhhh ! Mau tak seronoknya !

Dan tak lama kemudian, sampai ke rumah aku ! Weeeee…. Terbayang , saleri + brokoli + bayam + lemonade + cayenne + pisang + epal – gula = jus kesihatan ! Setiap hari.. pagi dan malam ! Fuhhh ! Awet muda koooo ..

image

image

RM490 jer ! Aku dah order baby seat untuk anak aku ! Sini mahal koot.. huhuu.. Order kat mana ? Heee..

Nin diaaa.. Lengkap ! Atau follow je instagram dia untuk melihat produk produk terbaru atau akan datang.. : BestOnlineShoppe

image

Akhirnya , Zahra menerima kehadiran Aariz !

 

Kerap aku tanya Zahra.. ni sapa ? Dia mencebik. Dia menjeling. Dia wat dek ! Namun aku yang tau perangai anak no 2 ni , yang serupa cam aku .. aku rileks dulu. Jangan paksa dia. Nanti nanti dia terima la tu.

Dan kebelakangan ni , dia tak menjerit dah bila tengok aku dukung Aariz.

“ Zahra.. mana baby ? “. Soal aku.

“ Baby Aariz laa… “. Jawab dia .

“ Daddy bagi kat auntie eh , baby Aariz. “ . Soal aku lagi dan disusuli dengan tangisan serta pukulan dari dia. Huhuh.. Sayang dah dia ngan adik dia ni..

image

Qhaliff dan Zahra , masing masing jaga adik dia ni haa.. Tak kasi orang tak dikenali usik atau pegang. Memang dia marah. Huhuhuh..  Lega aku aih.. dua dua leh harap kalau adik dia teriak. Mai kasi tau pastu sambung tengok Ultraman ! Adeh..

Antara ‘sedap’ dan ‘penyakit’..

 

Godaan.Ujian. Dugaan.Itulah yang sering dihadapi oleh orang orang seperti aku.. orang yang mula mengambil berat mengenai kesihatan serta pemakanan seimbang.

Aku sejak balik dari Phuket ari tu , memang dah nekad untuk teruskan segalanya.. apa yang dimulakan di sana dan kekalkan selama mungkin.. ke akhir hayat , sapa tau kan ?

Tapi bila kita jumpa sanak saudara , ahli keluarga.. rakan rakan pastinya akan diuji dengan makanan ! Hahahah..

Alaa.. ari ni jer. Esok diet la balik.. “.

Jujur. Serba salah. Hajat hati , nak turut kehendak mereka tapi dalam pada masa sama , hati menentang juga ! Tapi teringatkan nasihat doktor cun ari tu , aku rasa sebaiknya ditolak dengan lembut.

“ Kolestrol. Tekanan darah tinggi. Kencing manis. Tiga serangai menanti masa utk ‘lapor diri’ ! Dan buat masa sekarang , berjaya dihindari. “

Nekad. Pisang Cheese ni aku tolak tepi ! Sedap camana pon , aku agak ngeri melihatnya ! Hahahaha.. Kalau dulu , aku ngap jer ! Tanpa banyak bicara. Hahahaha..

image

Teringat kata rakan di Phuket.. Lidah memang kata sedap tapi limpa dan hati akan bekerja keras untuk mengasingkan bahan bahan yang tak diperlukan dalam badan. Sian organ kita.. Huhuhuh..

Tak pe la.. Selagi aku mampu tahan godaan , aku tahan. InshaAllah , lama la kot.. Nak kekal awet muda gitu. Heeee.. Yang penting , sihat ! Kannn ?

Sabtu, 29 Oktober 2016

Akhirnya masalah berdengkur aku selesai !

 

Bang.. bangun. Kuat sungguh la dengkur ! Abis jiran pon leh dengar ! “.

Aku pernah pesan kat wife andai aku tidur berdengkur , kejut aku ! Aku risau aku sakit tekak. Bila aku sakit tekak , aku akan demam. Bila aku demam , mood takda dah !

Aku pun pernah pesan pada kawan bila gi travel dengan menggunakan kapal terbang. Kejut aku andai aku berdengkur ! Malu orang dengar. Begitu juga bila travel dengan kereta. Kalau tertidur dalam kereta , pastinya kawan kawan akan sengih bila aku terjaga ! Mesti aku berdengkur kuat la tuuu !

Ada yang pandang ringan masalah dengkur ni. Buat yang tak tau dengkur ni juga adalah salah satu penyakit yang merbahaya. Jangan gelak gelak tauuu.. Boleh bawa mati woooo kalau tak dirawat dengan pantas.

Pelbagai cara aku cuba untuk hilangkan dengkur aku ni.. akhirnya dicadangkan aku ke Ko Skin Specialist Centre dan amik rawatan NightLase® ( Snoring and Apnea Treatment ).

image

Citer banyak takda.. buat temujanji dan hadiri majlis pelancarannya dan juga terus set temujanji rawatan. Dans sampai harinya , aku ke Ko Skin Specialist Centre di Klang. Hurm… Sebelum tu , jom tengok camana rawatan yang aku maksudkan ni..

Dengan mengunakan mesin terapi Fotona’s NightLase® , pesakit tidak akan merasa sebarang kesakitan walaupun tidak diberi sebarang ubat pelali. Aku dah rasa pon.. cuma ada sedikit kesan panas.

Jom tonton dulu video ni..

Terapi Fotona’s NightLase® adalah rawatan patient-friendly laser yang bertujuan mengurangkan masalah pesakit apnea atau mereka punya masalah tidur yang berdengkur dgn kuatnya.

Ok.. tiba masa aku untuk buat rawatan. Cuak ? Ada.. tipu la takda kan tapi teringatkan jiran aku pernah buat rawatan laser pd bahagian mata untuk masalah katarak , aku rasa rawatan Fotona’s NightLase® ni mesti lagi ok !

Dup dap.. heee.. Tenang ! Demi untuk tidak lagi berdengkur !

image

image

image

image

Tak sampai setengah jam , selesai untuk rawatan pertama. Katanya ada 4 kali untuk pastikan terapi snoring atau dengkur ni akan memberi kesan positif.

Dan aku tengok cermin selepas terapi tu.. ternyata seperti di dalam gambar di bawah ni ..

image

Selesai terapi , aku digalakkan minum air suam untuk jumlah yang banyak. Alhamdulillah , selepas 24 jam.. rasa kesan dari terapi tu dah takda dan menariknya , wife aku tak kejut dah aku bangun dari tidur.. Dan yang paling penting , aku dapat tidur yang berkualiti dan nyeyak.. Wife pon ! Hahahaha..

Selamatkah rawatan ni ? InshaAllah selamat dan ramai juga dah tau mengenai keberkesanan rawatan di Klinik Dr. Ko ni..

image

Nasihat aku.. jika masalah dengkur atau sleep apnea korang tu ditahap yang boleh dikatakan bahaya.. selepas dapatkan nasihat doktor , cubalah guna NightLase® ( Snoring and Apnea Treatment ).

Korang boleh tengok info lanjut di http://www.koskinspecialist.com/.

Video yang membuka mata hati aku !

 

Aku ingatkan takda orang perasan  rupanya memang ada yang prihatin mengenai mereka yang mudah memandang seorang pada orang lain terutama pada mereka yang ‘selekeh’ atau tidak kelihatan kaya ! Yer , aku selalu kena dulu dan sekarang pon masih ada.

Dengan viralnya video terbitan dari Petronas sempena Deepavali ni , aku berharap masyarakat lebih prihatin pada insan lain terutama pada mereka yang kelihatan ‘biasa-biasa’ ni..

Dan paling utama ialah warga Malaysia akan lebih saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan sesama kita tanpa mengira bangsa dan agama. Ini secara langsung akan membuatkan kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Wat pe nak gaduh gaduh kan ?

Video ni pon mengingatkan aku yang mana walaupun kita tidak sama taraf , tapi itu tidak menjarakkan kita untuk hidup dalam satu masyarakat yang berbilang bangsa ! Kan kan ?

Jom tonton video yang bagi aku , memang ada kebenarannya sama sekali ! Dan ianya pernah juga berlaku pada aku. Semoga dengan kehadiran perayaan Deepavali ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.

Apa pendapat korang ? Video ini memang meninggalkan mesej yang mendalam buat aku , bila menonton buat pertama kalinya di Facebook baru baru ini !  Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman yang lebih baik dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. Ini yang perlu ada pada kita semua. Prihatin tu bagus tapi jangan cepat buruk sangka !

Korang ada pendapat sendiri ? Sila tinggalkan di ruangan komen atau boleh terus komen di FB Petronas .. Kliik SINI !

Selamat Menyambut Hari Depaavali dan mari kita sama sama kekalkan keamanan di dalam negara Malaysia yang penuh dengan kecahayaan kedamaian..

Jumaat, 28 Oktober 2016

Check up buat pertama kali di usia 40 tahun !

 

Gulp.. gementar sebenarnya tapi memandangkan rakan rakan yang seusia dah buat pemeriksaan berkala diri memasing , aku pun nak tak nak.. buat gak laa !

Aku risau tekanan darah tinggi , kencing manis dan jugak kolestrol. Apakah berkat aku menjaga pemakanan kebelakangan ni membawa kesan positif serta senaman yang dilakukan setiap hari membawa impak pada diri aku ?

Di PICC pagi tadi.. ada pameran travel dan di sanalah aku buat pemeriksaan yang dikendalikan oleh NADI ( National Diabetes Inst ) dan mereka peramah orangnya. Disebabkan peramah tu la aku beranikan diri. Bukan sekadar peramah.. Ok , korang leh sambung sendiri !  Hahahaha..

Mula mula timbang berat. Hehehe.. Berat tuuu !! Nasib baik la dia tengok aku punya badan dan tak cakap banyak. Kemudian ukur tinggi.. Dia bisik .. “Nasib baik abg bawak anak.. kalau tak.. “. Hahaha.. Ok , aku tipu ! Dia tak kata apa pun.. senyum je.. Hehehehe.. Tu pasal perasan sendiri..

Ok.. Pastu amik tekanan darah.. Dia kata agak tinggi skit. Biasanya berapa ? Dia tannya aku.. Aku jawab.. 180 – 190 tu , standard aku. Ni 145… aku rasa tinggi sikit sebab tadi Zahra gi gegar meja panel jemputan untuk perasmian event tu ! Hahahaha.. Tu aku gi kejar dia.. Agak terkejut aku sebenarnya.. Hahahaha.. Tapi dia kata ok la tu.. sebab aku pun baru lepas workout pagi tu..

Kemudian , test glukosa dan kolestrol.. Keputusannya..

image

Kata doktor yang cun tu , semua ok cuma kena awasi gak la sebab umur.. Nak je aku kata. Doktor nak tolong awaskan ke ? Hahahaha.. Kang ada gak kena renjatan elektrik kat situ ! Hahahah..

Apa apa pun.. alhamdulillah.. Aku bukan lagi tergolong dalam manusia yang ada hypertension ! Dia terkejut sebenarnya sebab aku tak makan ubat masa ada tekanan darah tinggi tu. Aku kawal pemakanan dan banyakkan bersenam jer.. Heeee..

Kalau aku boleh.. korang pon boleh !

image

Khamis, 27 Oktober 2016

Perbezaan selepas amalkan pemakanan seimbang !

 

Heee… berdetox dah lepas ari tu kat Phuket. Aku memang terasa perbezaan sangat terutama pada pernafasan yang mana sebelum ni ada kawan tegur dan juga doktor seperti aku punya semput. Begitu juga dengan tekanan darah tinggi dan juga penglihatan aku.

Selesai berdetox , aku amalkan pemakanan seimbang. Tak makan nasi ? Aishh.. ngarut laa.. Makan la tapi dalam jumlah yang kecil jer. Tu pun belah tengahari. Awal pagi dan malam , aku makan salad.

image

image

Sekarang ni , pernafasan aku pun tak berbau.. Mulut pun dah tak berbau berbanding dulu , walaupun gosok gigi pun , terpaksa cari Listerin dan kumur ! Segan nak berbual dengan orang ..

Dan yang paling penting , aku tak lagi picit kepala ! Skit skit pening.. pening dan pening ! Haish.. punca dari garam ! Maggi banyak dulu aku haaa..

Korang cuba la.. tak yah detox pon ok.. cuma amalkan pemakanan seimbang.. Sayur ( yang tak digoreng atau stim ) dan buah-buahan setiap pagi dann malam. Tengahari , makan la nasi. Tapi kalau boleh , elakkan makanan yang ada minyak , gula , garam serta lemak ! Kalau aku , cari nasi putih , sup sedkit dan ayam bakar.. Kalau teringin sangat la.. Hee…

Menjadi suri rumah bukanlah mudah seperti yang disangka !

 

Bukan mudah. Aku bangun pagi dan paksa diri untuk keluar berjalan menaiki jalanraya berbukit selama sejam.. kemudian terus ke gym. Selesai , baru mulakan tugasan di rumah atau keluar g event seperti yang dijadualkan.

Malam… tidur lewat. Selagi anak anak tak tidur , selagi tu aku tak boleh nak buat kerja blog. Atau , aku tertidur dulu.. tu pun dah jam 2 pagi ! Jam 6 pagi.. bangun dah !

Begitulah rutin harian aku sekarang ni. Nanti wife kerja , rutin tu akan berubah. Dan Qhaliff ke sekolah buat pertama kalinya , segalanya akan berubah. Maka aku gunakan kesempatan sebelum hadirnya masa masa itu dengan sebaik baiknya !

Mencari rezeki pada masa menjaga keluarga serta diri sendiri ! Diri sendiri perlu fit , sihat dari segi mental dan fizikal untuk bekerja dan menjaga anak anak pada masa yang sama !

Penat ! Bila kawan kawan ajak keluar lepak , terpaksa tolak. Ada keutamaan di rumah yang perlu diuruskann. Jika nak keluar jugak , anak anak nak ikut.. hahahaha.. ada kalanya usung gak..

Stress ? Ada la jugak…Tapi kehidupan perlu diteruskan. Nasib baik aku dah amalkan pengambilan makanan seimbang.. kalau tak ? Fuhh.. Secara jujurnya , korang pun aku galakkan buat pemakanan seimbang. KOrang akan rasa lain sangat ! Ada yang kata nikmat kehidupan ditolak ketepi bila buat semua ni.. Ngarut laa.. Kita bersederhana jer.. Amik sekadar untuk RASA. Memadailah kan ? Bukannya suhh makan siang malam.. Huhuh..

Ok..Aku dah selesai jogging.. Rasanya ari ni nak rehat dari gi gym.. kasi otot rileks skit..heee.. Nak jemur baju ? Ke nak detoxkan tapak kaki dulu ? Hahahah.. sebelum semua bangun tidur , aku nak detox kaki aku ni.. penat bermingguan bersenam.. nak rehat sekejap !

image

Rabu, 26 Oktober 2016

Anak kedua bukan degil tapi inginkan perhatian !

 

Aku degil ? Aku rasa tak.. Zahra degil ? Aku pun rasa tak.. Ada sesuatu di kepala anak ke dua ni .. Cuma tak dapat nak baca sebab anak kedua ni perahsia dalam diam.. Memang tak leh nak baca di raut wajah diorang.. er , aku pun !

Dalam diam , mereka jadi ‘pemberontak’. Bukan sengaja atau suka suka tetapi nakkan perhatian dari si ayah atau ibu.Suruh la buat apa pun , pada awalnya diorang ni wat tak dengar. 3-4 kali , baru bergerak tapi slow jer..kan ?

Diorang ni sebenarnya nak dicakap baik baik.. tu jer ! Bukan nak permainan atau dimanja manja. Anak kedua ni dah boleh berdikari pun. Mereka mampu cari ‘kasih sayang’ sendiri. Hahahaha..

Namun dalam diam , anak kedua ni sebenarnya amat penyayang dan sangat mengambil berat ! Cuma mereka suka memerhati dari jauh jer. Terasa hati kot dengan si anak pertama yang lebih dapat perhatian dari ibu bapa.. kan ?

image

Anak kedua ni , unik ! Mereka boleh survive dalam apa jua keadaan. Degil tu tak tapi cuma keras hati jer ! Cinta sejati je mampu leburkan hati mereka yang keras tu..

Eceh.. Hahahaha…

Bekerja keras sebelum bulan Disember !

 

Aku ada sebulan lebih lagi.. pastu aku punya masa lapang ini akan jadi terhad.. sangat terhad ! Kembali jadi suri rumah sepenuh masa dan tiada lagi kebebasan masa seperti sekarang..

Pagi.. Morning Walk

image

Gym.. kardio dan training biasa biasa je..

image

Petang.. Jogging dan malam.. gym lagi ! Lepak ? Takda kot.. heeee.. Tak sempat nak melepak bersama kawan kawan kecuali bila ada event..

image

Bulan 12 nanti.. wife masuk kerja.. aku tak leh dah nak buat semua ni.. kecuali belah malam jer ! Tu je masa yang ada untuk aku atau aku kena jadualkan semula dengan lebih teratur tapi padat !

Aku kena kekalkan badan gini.. atau.. hurmm..

Beralih bidang ?

 

Tak nak jadi blogger dah ? Boring dan penat ? Hurmmm.. Dah tu nak buat apa lak ? Huhuhuh..  Aku ditawar jadi model sejak sejak kurus ni ! Hahahaha.. Berbaloi jadi kurus ehhh.. Apakah aku akan terima ?

Hurmm..

image

image

Apakah aku akan berhenti dari jadi blogger ? Takda laa… Sungguh pun dulu aku bercita cita nak jadi model tapi rasanya blogger lebih sesuai dan sebati dengan aku yang jenis mulut takda insuran ni.

Dan projek bersama designer Amir Khadir ni , adalah lebih pada nak tolong kawan jer dan mencari pengalaman baru. Abis projek ni , aku gemuk balik la.. Hahahaa.. Rindu nasi kandar woii !

Selasa, 25 Oktober 2016

Tips nak kurus dengan cepat ?

 

Beberapa minggu lepas , aku ngeri tengok gambar aku ! Aku akui aku boroi dengan teruknya. Aku cepat pancit. Tak fit dan asyik nak tidur jer ! Jalan skit pon dah mengah..

image

Segalanya bermula sebelum Ramadan lepas. Aku berhenti workout untuk beri laluan pada ‘puasa’ tapi bila dah berenti , memang malas dah nak mula ! Ditambah lagi dengan wife mengandung dan tak boleh buat kerja berat gara gara uri rendah.. aku tak leh kuar gi mana mana kecuali mencari rezeki..Tak sampai hati nak tinggalkan dia dengan anak anak walaupun dia kasi aku gi gym… Redha boroi menjengah diri ! Hahahaha..

Bila kawan kawan dah mula perli.. haaa ! Ini satu kesilapan mereka ! Hahahaha.. Aku tak leh orang perli aku ! Ianya satu semangat untuk aku bangkit untuk membuktikan..

Aku mulakan dengan langkah demi langkah. Aku dah kenal tubuh badan aku. Aku tahu apa yang aku perlukan dan aku cari. Kemudian , aku perlu bersenam pagi dan petang ! Sehari 2 kali untuk mempercepatkan pembakaran lemak lemak tepu ! Hahahaha..

Alhamdulillah.. dalam masa 2 minggu dah nampak hasil !

image

Masih ada lemak lemak degil di bahagian perut dan pinggang ! Ni masalah aku dari dulu. Selain dari jaga pemakanan aku , aku ada pakai satu losyen yang diimport dari Jepun. Hehehehe..

Aku pakai ketika nak tidur dan ketika nak bersenam.Sedikit sebanyak ianya membantu membakar lemak lemak tepu yang dah duduk kat situ , 20 tahun lamanya ! Hahahaha.. Sebelum usia 20 , aku kurus kering.

image

Tadaaa… Kena pakai tebal tebal.. Sebab tu ada 2 ! Hahahaha.. Tak panas macam losyen yang pernah aku pakai sebelum ni.. Tapi terasa bahang la.. hehehehe..

Nah.. baca sendiri ! Kasi paham dan sila order ! Aku tak jual tauuu.. Kawan ni yang jual ! Heeee..

SEVEN BREAK SLIMMING GEL NEO - (PENGEDAR SAH MALAYSIA - kakpy) . SELAMAT TINGGAL LEMAK DAN SELULIT DALAM MASA 7 HARI !DIBUAT DI JEPUN, BERKUALITI TINGGI DAN LEBIH BAIK DARI PRODUK LAIN ‼ .

  1. Gel Pelangsing Badan
  2. Pembakaran lemak dan menghilangkan stretch mark.
  3. Berat 200g (lebih banyak kuantitinya daripada produk lain) .

OVALISS sangat berkesan bertindak untuk pembakaran lemak muda untuk tempoh yang singkat . Lemak muda mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk mudah longgar dan mencair. Tetapi apabila menggunakan gel ini, dengan sekali penggunaan sahaja sel-sel lemak muda ini akan mula mencair. Sel lemak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil untuk tempoh yang singkat selepas menggunakan gel ini.

Rekod telah mencatatkan, dalam masa 2 hari penyusutan saiz berlaku sebanyak 2-3 cm dan pastikan bahawa anda juga mengukur saiz sebelum dan selepas penggunaan. Ukuran adalah lebih tepat berbanding dengan pengamatan dengan mata sahaja.

 

ADIPOLISS pula berfungsi untuk membakar lemak lama dan mengubahnya menjadi tenaga. Lemak lama ini adalah lemak yang telah membentuk sejak 1-10 tahun lamanya, adalah sukar untuk membakar lemak-lemak ini tanpa ADIPOLISS tetapi dengan SEVEN BREAK SLIMMING GEL NEO yang mengandungi ADIPOLISS ini, lemak-lemak lama dapat dicairkan dan ini juga dapat mengelakkan daripada berat badan anda naik mendadak apabila tidak menggunakannya lagi.

Produk pelangsing badan lain tidak mempunyai ADIPOLISS, kerana itulah berat badan dan saiz badan anda naik dengan cepat dan berbalik kepada bentuk asal semula jika tidak menggunakan produk tersebut tetapi tidak bagi produk ini. . Selain itu, gel ini mengandungi komponen pelembab asid hyaluronik, ekstrak teh dan lidah buaya untuk membuatkan kulit lembap dan licin halus . 1-RM60 free pos 2-RM100 free pos .

Whatapp : 0175250541 #gelkuruskakpy

Boleh follow @kakpysecretstudio @kakpysecretstudio @kakpysecretstudio “.

 

Amacam ? Nasihat aku , kalau amik.. kena juga bersenam. Setakat sapu je , payah gak.. Lagi pun bersenam kan bagus.. Badan kurus tak fit pon tak guna kan ? Alang alang nak cantikkan badan , jaga kesihatan juga ! Heeee..

image

Seronok apa bersenam.. Badan segar jer. Nak buat kerja pon rasa seronok. Takde la rasa cam.. hurmm..

Diulangi tips nak kuruskan badan ialah , jaga makan , bersenam dan sapu losyen bakar lemak .. disyorkan SEVEN BREAK SLIMMING GEL NEO !

Cuba la.. mana tau sesuai kan ? Kalau tak jadi tu , jangan marah aku lak.. sila check apa tak kena.. Banyak faktor gak wooo ! Jangan sapu losyen pastu gi makan nasi kandar 2 pinggang ! Kalau gini , mandi SEVEN BREAK SLIMMING GEL NEO pon payah ! Hahahaha..

Selamat mencuba !

image

Target , bulan 12 slim dan sado.. hahahaa..

Isnin, 24 Oktober 2016

Manis : Ambil gambar resit belian apa jua dan dapatkan point !

 

Bayangkan… segalanya di hujung jari korang. Mencari butik atau kedai yang membuat jualan murah.. restoran yang sedap masakanya tapi harga yang mampu bayar , membeli gadget yang ingin diidamkan dan akan dapat pulangan berbaloi selepas itu !

Cam best je kan ? Aku pun baru tauu.. Camana caranya ?

image

Jangan buang resit pembelian tu !!  Meh aku bagi tau camana nak manfaatkan resit tu.

image

Mula-mula download aplikasi MANIS di Google Play atau Apple Store. Aplikasi mobile ni ada fungsi Snap & Earn , Cash Vouchers , Spending Tracker dan macam macam lagi.

Dah download ? Ok.. sekarang sila gi membeli barangan apa yang korang nak.. Kemudian , snap gambar resit tu dan send ! Dan seterusnya korang akan dapat kumpul mata/point !

image

image

Pastu bila point atau mata dah banyak , boleh tebus voucher ! Fuhhh.. macam macam ada ! Tiket wayang , topup telefon , F&B voucher , shopping voucher dan macam macam lagi !

Dan Manis akan beri free voucher dan promosi ekslusif dari peniaga kegemaran korang. Ini tak perlukan kumpulan point ! Haa.. rezeki la kalau dapat. Macam tak percaya je kan ? Hehehehe..

image

Satu lagi kelebihan Manis ialah , Spending Trecker ! Korang boleh treck semua pembelian korang yang direkodkan di Manis ni dan dapat ganjaran melaluinya ! 2 dalam 1 gitu ! Kan berbaloi kan ?

Kalau nak tau dengan lebih lanjut atau kurang nak paham , koarang boleh tonton video di link ni..

Amacam ? Kena bayar ke aplikasi Manis ni ? Tak perlu aihh.. Percuma jer ! Korang leh download di link ini (https://goo.gl/ki3ABm ). Sebab tu sekarang ,membeli belah lebih seronok dengan adanya Manis. Ingat , bukan sekadar membeli belah.. apa saja yang ada resit !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI