Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 29 Oktober 2016

Akhirnya masalah berdengkur aku selesai !

 

Bang.. bangun. Kuat sungguh la dengkur ! Abis jiran pon leh dengar ! “.

Aku pernah pesan kat wife andai aku tidur berdengkur , kejut aku ! Aku risau aku sakit tekak. Bila aku sakit tekak , aku akan demam. Bila aku demam , mood takda dah !

Aku pun pernah pesan pada kawan bila gi travel dengan menggunakan kapal terbang. Kejut aku andai aku berdengkur ! Malu orang dengar. Begitu juga bila travel dengan kereta. Kalau tertidur dalam kereta , pastinya kawan kawan akan sengih bila aku terjaga ! Mesti aku berdengkur kuat la tuuu !

Ada yang pandang ringan masalah dengkur ni. Buat yang tak tau dengkur ni juga adalah salah satu penyakit yang merbahaya. Jangan gelak gelak tauuu.. Boleh bawa mati woooo kalau tak dirawat dengan pantas.

Pelbagai cara aku cuba untuk hilangkan dengkur aku ni.. akhirnya dicadangkan aku ke Ko Skin Specialist Centre dan amik rawatan NightLase® ( Snoring and Apnea Treatment ).

image

Citer banyak takda.. buat temujanji dan hadiri majlis pelancarannya dan juga terus set temujanji rawatan. Dans sampai harinya , aku ke Ko Skin Specialist Centre di Klang. Hurm… Sebelum tu , jom tengok camana rawatan yang aku maksudkan ni..

Dengan mengunakan mesin terapi Fotona’s NightLase® , pesakit tidak akan merasa sebarang kesakitan walaupun tidak diberi sebarang ubat pelali. Aku dah rasa pon.. cuma ada sedikit kesan panas.

Jom tonton dulu video ni..

Terapi Fotona’s NightLase® adalah rawatan patient-friendly laser yang bertujuan mengurangkan masalah pesakit apnea atau mereka punya masalah tidur yang berdengkur dgn kuatnya.

Ok.. tiba masa aku untuk buat rawatan. Cuak ? Ada.. tipu la takda kan tapi teringatkan jiran aku pernah buat rawatan laser pd bahagian mata untuk masalah katarak , aku rasa rawatan Fotona’s NightLase® ni mesti lagi ok !

Dup dap.. heee.. Tenang ! Demi untuk tidak lagi berdengkur !

image

image

image

image

Tak sampai setengah jam , selesai untuk rawatan pertama. Katanya ada 4 kali untuk pastikan terapi snoring atau dengkur ni akan memberi kesan positif.

Dan aku tengok cermin selepas terapi tu.. ternyata seperti di dalam gambar di bawah ni ..

image

Selesai terapi , aku digalakkan minum air suam untuk jumlah yang banyak. Alhamdulillah , selepas 24 jam.. rasa kesan dari terapi tu dah takda dan menariknya , wife aku tak kejut dah aku bangun dari tidur.. Dan yang paling penting , aku dapat tidur yang berkualiti dan nyeyak.. Wife pon ! Hahahaha..

Selamatkah rawatan ni ? InshaAllah selamat dan ramai juga dah tau mengenai keberkesanan rawatan di Klinik Dr. Ko ni..

image

Nasihat aku.. jika masalah dengkur atau sleep apnea korang tu ditahap yang boleh dikatakan bahaya.. selepas dapatkan nasihat doktor , cubalah guna NightLase® ( Snoring and Apnea Treatment ).

Korang boleh tengok info lanjut di http://www.koskinspecialist.com/.

9 komen :

anazarin dotcom berkata... [Reply to comment]

Terbaik nie....macam nak kena cuba..sebab selalu wife kejut sebab dengkur kuat sangat

athirah hassin berkata... [Reply to comment]

Boleh rekemen dkt yg ada masalah sama

Yanty Lee berkata... [Reply to comment]

Wah ! Canggih dah rawatan sekarang.. bagus ada rawatan camni.. bahaya kan masalah dengkur ni.

firzz duka berkata... [Reply to comment]

Ada masalah dengkur gak..mahal tak ben?

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

huhuhu... laser tu dia buang apa kat lelangit?

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Baru tahu ada rawatan laser utk hilangkan dengkur. TQ sharing ben

Lisa Nurulain berkata... [Reply to comment]

Wahh baru tau yg berdengkur tu bahaya. Naseb baik lisa tk berdengkur.. tp tula.. tido sllu jatuh lntai hahha

Famili Ceria berkata... [Reply to comment]

brp hrga tu?

mrs kayrul berkata... [Reply to comment]

Berapa harga utk rawatan tu?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI