Check up buat pertama kali di usia 40 tahun !

by - Jumaat, Oktober 28, 2016

 

Gulp.. gementar sebenarnya tapi memandangkan rakan rakan yang seusia dah buat pemeriksaan berkala diri memasing , aku pun nak tak nak.. buat gak laa !

Aku risau tekanan darah tinggi , kencing manis dan jugak kolestrol. Apakah berkat aku menjaga pemakanan kebelakangan ni membawa kesan positif serta senaman yang dilakukan setiap hari membawa impak pada diri aku ?

Di PICC pagi tadi.. ada pameran travel dan di sanalah aku buat pemeriksaan yang dikendalikan oleh NADI ( National Diabetes Inst ) dan mereka peramah orangnya. Disebabkan peramah tu la aku beranikan diri. Bukan sekadar peramah.. Ok , korang leh sambung sendiri !  Hahahaha..

Mula mula timbang berat. Hehehe.. Berat tuuu !! Nasib baik la dia tengok aku punya badan dan tak cakap banyak. Kemudian ukur tinggi.. Dia bisik .. “Nasib baik abg bawak anak.. kalau tak.. “. Hahaha.. Ok , aku tipu ! Dia tak kata apa pun.. senyum je.. Hehehehe.. Tu pasal perasan sendiri..

Ok.. Pastu amik tekanan darah.. Dia kata agak tinggi skit. Biasanya berapa ? Dia tannya aku.. Aku jawab.. 180 – 190 tu , standard aku. Ni 145… aku rasa tinggi sikit sebab tadi Zahra gi gegar meja panel jemputan untuk perasmian event tu ! Hahahaha.. Tu aku gi kejar dia.. Agak terkejut aku sebenarnya.. Hahahaha.. Tapi dia kata ok la tu.. sebab aku pun baru lepas workout pagi tu..

Kemudian , test glukosa dan kolestrol.. Keputusannya..

image

Kata doktor yang cun tu , semua ok cuma kena awasi gak la sebab umur.. Nak je aku kata. Doktor nak tolong awaskan ke ? Hahahaha.. Kang ada gak kena renjatan elektrik kat situ ! Hahahah..

Apa apa pun.. alhamdulillah.. Aku bukan lagi tergolong dalam manusia yang ada hypertension ! Dia terkejut sebenarnya sebab aku tak makan ubat masa ada tekanan darah tinggi tu. Aku kawal pemakanan dan banyakkan bersenam jer.. Heeee..

Kalau aku boleh.. korang pon boleh !

image

You May Also Like

1 comments

  1. Dah biasa buat check up ni sejak umur 20an..haha tapi degil selalu lawan cakap.

    BalasPadam