Dugaan dalam memilih makanan sihat !

 

Di KLIA..  Hurm.. terpusing pusing mencari makanan yang patut aku makan di usia ni ! Huhuh.. cari salad kalau ada ! Tetiba ternampak Secret Recipe nun di hujung sana.  Terus aku ke situ sebab tau ada salad.

Tengok harga.. RM13. Fuh , mahalnya harga sebuah kesihatan.. Hahahaha.. Tengok makanan lain , aku tak beberapa nak sangat. Bukan takda selera atau tak mahu tapi takut menyesal selepas tu.. Huhuhuh..

Aku order Caesar Salad dengan air mineral. Hurm.. Kalau ada lemon , leh jadikan dia air detox terus. Payah jugak nak jaga kesihatan di luar dari rumah sendiri ni !

image

Ok la .. tak berat sangat untuk usus dan perut aku. Aku tak nak dah makan sampai kembung perut ! Memadai sekadar dapat makan je.. Tapi aku kena abiskan gak la ni takut dalam kapal terbang kang , aku kelaparan..

Hurmm… seronok sebenarnya bila kita mengamalkan cara hidup begini. Walaupun agak mahal tapi berbaloi dengan pulangannya.. Buang gula , garam , minyak , lemak dan kita akan dapat keselesaan pada tubuh badan.

Aummmm… moga semangat gini berterusan.. Hahahaha..

6 ulasan:

  1. sehat itu memang mahal, demikian juga makanan seenak Caesar Salad tentu memiliki harga yang lumayan mahal

    BalasPadam
  2. kalau mahal tp berbaloi takpe. tp tu lahh, makanan tak menyihatkan ni lagi menggoda dari makanan yg berkhasiat huhu

    BalasPadam
  3. nak cuba makan sayur gak la..heee

    BalasPadam
  4. sedapnya caeser salad.

    memang nak sihat makanan dia mahal2. cuba yang berlemak bergoreng. murah je boleh dapat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI