Gara-gara nak jadi bapa yang cool !

 

“ Saya makan , apa saja yang anak saya makan ! “ . Jawab aku bila ditanya oleh pengajar petang tu mengenai corak pemakanan yang sihat di The LifeCo Phuket , Mrs. Gonca.

Aku senyum. Dia pun senyum. Dan dia meneruskan penerangan mengenai corak pemakanan yang sihat. Aku terkena ‘sedas’ tembakan dari dia !

Jangan ikut apa yang anak kita makan sebaliknya , anak kita yang ikut apa yang kita makan dan kita hendaklah makan makanan yang sihat !

Aduhhh.. betul gak ! Teringat apa yang aku belikan untuk anak anak aku ! Memang nak bunuh anak sungguh laaa ! Menyesal betul. Pasni aku tak nak buat dah !

image

Tu semua gara gara nak jadi bapa yang cool la ! Tapi aku tersilap langkah ! Tak sepatutnya jadi gitu. Aku patut didik anak anak aku dengan memberi makanan yang sihat !

Tapi tak pe.. masih belum terlambat ! Segalanya masih boleh diperbetulkan dan aku dah pasang niat pasni ! Balik je semua kat KL nanti , aku nak cari satu juicer blender ni !

image

Nekad ! Nak bawa perubahan pada orang disekeliling aku. Bukannya tak leh makan makanan yang biasa kita makan tu.. tapi dalam sehari , kita mesti ada makan salad atau sayuran yang fresh ! Bukan goreng.. bukan steam atau rebus.. segarrrr !

1 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009