Jika GST naik 8% !

 

Semalam , tertengok kat berita yang mengatakan GST adalah sumber pendapatan negara.. Aku terkedu ! Adoiyai.. Takkan mengaut cukai dari rakyat tu dijadikan pendapatan ??? Naya la gini..

image

Kenapa ? Aku barulah nak ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat ! Korang pon sedia maklum yang aku dok asyik cerita pasal ‘detox’ dan pemakanan seimbang di Facebook . baru-baru ni. Nak berubah ke arah yang lebih sihat di Malaysia ni , makan kos ! Mahal !! Nak murah ? Adaaa.. gi pindah kampung ! Hahahaha..

Gi pasaraya.. belilah makanan makanan ‘hijau’ dan ‘clean’ gini. Takda gula dan garam. Minyak masak pon tak gunakan. Jimat banyak dah ni ! Haaa.. tapi sayur sayur gini , bukan murah ! Kalau nak murah , tanam je ulam kat belakang rumah atau seberang jalan tu haaa..

image

Jumlah yang perlu dibayar.. memang akan lebih RM200 termasuk GST ! Jika GST naik , hurmm… aku kembali je la makan makanan asal boleh makan je untuk teruskan hidup ! Yang sihat sihat punya makanan , kasi je kat Pak Pak Menteri je makan. Diorang nak tadbir negara sampai rakyat kering gamaknya ..

2 ulasan:

  1. Tak tahu nak kata apa dah jika kadar GST dinaikkan dari 6% ke 8%. Yang saya boleh komen ialah, perniagaan semakin merudum dan kuasa beli orang ramai akan semakin mengecil. Ini akan menjejaskan keharmonian kerana mungkin akan ada di antara mereka yang terdesak akan membuat tindakan yang menyalahi undang-undang seperti mencuri atau merompak demi untuk sesuap nasi.
    Harap pak menteri fikir untuk jangka panjang sebelum membuat sebarang keputusan.

    BalasPadam
  2. Panas hati je baca 8% ni. dah la baru nk rs hidup stabil skit dah nak naikkan lg.. hurmmmm.. kl gaji naik berkadar langsung xpe la juga..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009