Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 20 Oktober 2016

Jom ubah gaya hidup !

 

Dah beberap hari aku buat dan Alhamdulillah.. berjaya ! Bukannya aku tak makan nasi pon.. makan je cuma sekali sehari je la tu pun kalau ada lauk pauk yang sedap !

Dan selebihnya , aku amalkan apa yang aku dah mulakan di Phuket ! Serius , badan rasa selesa bila gini. Korang pon akan lebih menikmati makanan seperti tak pernah makan sebelum ni. Cam aku , 2 hari sekali baru ada makan nasi. Tu pun sikit jer.. Huhuh..

Wife lagi suka apa yang aku buat ni. Aku dah tak makan maggie atau makanan segera ! Kalau tak , risau dia tengok aku. Masuk bilik pun , nampak hidung dulu baru nampak perut berbanding sebelum ni nampak perut dulu , 10 minit kemudian baru nampak hidung ! Hahaha..

Kalau aku gi mana mana skang ni , nampak booth healthy drink atau healthy food , aku akan gi beli air atau makanan. Untuk elak aku lapar dan makan makanan yang tah hapa hapa tah.. asal kenyang ! Bahaya woo..

Di rumah , wife dah buatkan air serta makanan yang aku nak. Dia beri semangat dan dia pun join sama.. Hehehe.. Mana aci tengok suami je kurus dan sihat , kan ?

Makan tengahari , hari ni.. heee..

image

image

Salmon berserta salad. Memang sedap la.. Pasni wife nak belajar buat dressing. Aku , belasah jer. Yang penting , tak memudaratkan perut gue ! Heeee..

Try la.. badan rasa ringan jer..

5 komen :

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Sedapnya..nak buat jugaklah macam nie..

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

sedapnya ss wat tak jadi hahA salmon jadi keras... mmg xde bakat memasak

athirah hassin berkata... [Reply to comment]

Ok la siscuba lg esok 😂

Cik Azz berkata... [Reply to comment]

Tak mampu nak bayangkan kalau dua hari baru makan nasi. Sekarang ni memang dah mula kurangkan makan nasi tapi tu la, badan pun ikut menggigil.

Kena buat perlahan-lahan ni. Tak boleh drastik sangat. Nak jugak cuba tak makan nasi dua hari. Harapnya okay la.

Pojiegraphy Journal berkata... [Reply to comment]

Good move ni to have a better quality of life! Caiyok

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI