Kenali Blogger #KBBA9 : AFIQ HALID

by - Selasa, Oktober 11, 2016

 
AFIQ HALIQ.. kalau aku ni awek cun cam Amira Othman , aku leh jatuh cinta kat mamat ni ! Dia kira Anuar Zain versi blogger la bagi aku. Tapi dia punya lemah lembut bukan gay yer ! Dia normal dan berbudi bahasa gitu.. Kalau teater melayu klasik perlukan pelakon , dia layak sangat !
Banyak idea mamat ni.. ada je menda yang bermain di kepala dia cuma terbatas nak laksanakan.. Hurm.. tak pe , inshaAllah akan terlaksana juga nanti ! Tunggu masa jer dan aku akan support selagi terdaya..
Jom baca pasal mamat hensem ni ..
_________________________________________________________
Fuhhhhh. Berpeluh juga apabila terbaca yang Ben Ashaari beri peluang untuk berada dalam blog beliau. Terketar nak tulis nama seperti mana buat pertama kali Fiqqq bagi nama untuk join Kelab Blogger Ben Ashaari. Ingat senang ke? Jadi, Fiqqq tidak boleh lepaskan peluang yang mungkin datang hanya sekali. Kan ... kan ... kan ???
Lebih biasa bahasakan diri sebagai Fiqqq sebab nama penuh pun Afiq. Memang sudah terbiasa. Lebih suka sebut nama penuh. Sebab nama yang baik adalah doa yang baik-baik. Betul tak? Hahaha. Tiada apa kelebihan yang Fiqqq ada memandangkan masih baru dalam penulisan blog. Tulisan pun masih banyak perlu Fiqqq perbaiki.
Kalau pernah singgah di www.afiqhalid.com, Fiqqq banyak kongsikan tempat makan yang sedap, murah dan seronok untuk lepak dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Ada juga Fiqqq borak berkenaan rutin harian, lokasi percutian dan sebagainya. Cuma, Fiqqq lebih kepada makanan. Mungkin sebab suka makan. Hahaha.
 
Fiqqq & KBBA9
Pernah ditanya sebelum masuk dalam KBBA, cita-cita sebagai seorang blogger. Hahaha. Mestilah Fiqqq ingin jadi penulis yang berpengaruh dalam memberi pendapat, ulasan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, belajar untuk perbaiki penulisan. Biar kelihatan santai tapi beri maksud yang 'power'. Huhuhu. Untuk capai ke tahap itu, Fiqqq perlu ada tahap daya pemikiran yang 'wow'. Betul tak? Bukan mudah untuk meyakinkan orang yang tidak kita kenal dengan penulisan.
Seronok berada dalam keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Banyak perkara yang Fiqqq belajar. Pelbagai aspek. Memang kena dengan tagline Bukan Sekadar Blogger. Ada kalanya rasa diri ini tidak layak untuk berdiri bersama mereka. Sebab Fiqqq tahu tahap keupayaan diri. Lebih kurang 'my strenght is I know my weaknesses. My weaknesses is I don't even know my strenght'. Gitu lah. Hahaha.
 
Tapikan ... Kalau Fiqqq tidak cuba. Mana tahukan? Biar perlahan tapi jangan berhenti. Permulaan memang akan makan masa. Buat itu dan buat ini. Belajar itu dan belajar ini. Sedangkan kita waktu kecilpun jatuh berkali-kali waktu belajar untuk berdiri. Kalau kita tetap duduk maka situ je lah tempatnya. Hahaha.
Paling risau kalau diberi peluang untuk pergi buat review. Serius. Risau mampu atau tidak untuk beri yang terbaik. Haaaaa. Apa-apa pun, andai diberi tugasan untuk membuat review, Fiqqq pergi sebagai blogger. Andai pergi jalan-jalan, Fiqqq pergi sebagai saudara. Andai ada yang memerlukan bantuan, Fiqqq cuba bantu sebagai ahli keluarga.
Fiqqq juga meletakkan satu benchmark untuk jadi seperti Ben Ashaari yang boleh menulisan dengan santai dan bersahaja tapi memberi impak yang besar. Ingin juga jadi seperti Bamhoq dalam Explorasa dalam mengulas setiap makanan yang mampu mengiurkan pembaca. Dapat mengambil gambar yang superb seperti Razzwey. Dan ... dan ... dan teringin juga untuk terbang jauh seperti Faizal Fredley dalam berkongsi pengalaman mengembara merentasi benua. Tinggikan cita-cita? Tapi tidak salahkan? Kita mula daripada sekarang mana tahu akan datang peluang itu datang. Huhuhu.
Terima kasih Abg Ben kerana beri peluang. Lepas ini, cuba rajinkan diri untuk update entry. Cuba jugalah untuk buat hari-hari. Hahahaha.

You May Also Like

8 comments

  1. Terima kasih Abg Ben kerana beri peluang dan terus memberi sokongan.

    BalasPadam
  2. Ok fiqqq teruskan usahamu d berblogging ya

    BalasPadam
  3. Afiq the sopan santun guy. mampu pergi jauh sebab dia ada banyak bakat. Tak malu bertanya. Good luck Afiq. Congrats for being featured. Gempakk beb

    BalasPadam
  4. nasib baik ben bukan amira othman,
    hahahah,
    bdk paling smart dlm kbba9 ni

    BalasPadam
  5. good afiq..banyak afiq boleh lakukan

    BalasPadam
  6. terbaik lah Afiq.. paling suka afiq teror amikkan gambar lompat hihih... gambar cantik2..

    BalasPadam
  7. Terima kasih sebab selitkan gambar aku. Hahahahhaa... Good luck weyh. Semoga terus maju jaya

    BalasPadam