Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 14 Oktober 2016

MANDALA PAINTING membuka perasaan aku !

 

Ketika diberitahu yang kitorang (aku serta rakan blogger #KBBA9 ) akan belajar melukis MANDALA , aku dah tau yang kitorang akan diminta meluahkan perasaan masing masing , ketika itu ! Apa yang kitorang rasa pada waktu itu.. bukan yang lepas atau akan datang !

Aku yang ketika itu punya pelbagai rasa.. berkecamuk tapi masih tenang ! Kalau sebelum ni , akan terpamer wajah gundah gulana serta dahi berkerut kerana memikirkan masalah tersebut tapi di sini , aku tenang.. Faktor persekitaran serta pemakanan memainkan peranan ! DETOX berkesan mengubah diri aku.

Kitorang melukis dan mewarna mengikut arahan pengajar dan juga seorang pakar psikologi. Bukan mudah sebenarnya nak menyelami perasaan yang aku sorok sangat sangat.  Sejak pemergian arwah ayah aku , aku belum menitiskan air mata hingga ke hari ini. Aku tak nak lepaskan sebab aku nak ‘dia’ senantiasa ada dalam diri aku ! Huhuh.. Semangat perjuangan dia memberi aku satu kekuatan.

image

image

Selepas aku siap mewarna , aku ditanya pelbagai soalan dan semuanya benar.. luaran jiwa aku memang tenang namun di dalam , sebenarnya berkecamuk.  Pelbagai masalah aku fikirkan. Hurm.. Entahlah..

Hampir menitis air mata aku di situ ketika menyebut pasal arwah ayah. Penderitaan dia sebelum dia menghembuskan nafas terakhir amat memilukan aku. Kanser adalah penyakit yang sangat merbahaya ! Jangan pandang ringan akan dia ! Sebab tu aku berada di sini ! 40 tahun tubuh badan ni digunakan tanpa ada ‘maintenance’ aku rasa aku perlu lakukan sesuatu dengan segera sebelum ‘ ada bahagian ‘ yang mula buat hal !

Selepas ni , aku nak mulakan detox dengan cara lebih berkesan yakni berpuasa sunat. Makan sahur hendaklah betul dan berbuka mestilah dengan makanan yang sihat ! Bukan melantak hingga perut penuh ! Tu cara yang salah ! Berpuasa , detox yang baik namun apa yang kita buat ketika berbuka itulah yang penting.

Andai korang ada ahli keluarga atau korang sendiri nak mengubah cara hidup yang lebih sihat tapi payah.. cubalah ke The LIFECO PHUKET atau cawangan dia yang lain seperti di Turki.

Ingat , bila kita sakit .. kita tak boleh pinjam tubuh badan orang lain.. kita kena hadapinya ! Maka , jagalah kesihatan bermula dari sekarang .

image

4 komen :

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Dying inside but smiling on the outside, telling everyone I'm "fine" when I actually want to break down and cry, a smile can cover a lot.

topiknug Aza berkata... [Reply to comment]

@YB Shehan


apa sih mknanye

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

rasa nak jumpa pakar jugak ni....

puasa dah betul tapi itulah...time berbuka tu cam setahun tak nampak makanan .....

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Teringin jugak nak join, menarik dan paling best sbb fokus pada kesihatan badan. ok amalkan puasa sunat smgu 2 kali..insya-Allah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI